Susu terkenal sebagai minuman sihat yang kaya dengan nutrien. Selain berkhasiat dalam membantu menguatkan tulang dan gigi, susu juga adalah minuman baik yang menyokong pergerakan otot, pembelajaran dan memori. Pun begitu, kebanyakan ibu bapa berdepan dengan dilema dalam pemberian susu kepada kanak-kanak.

Anak Usia 2 Tahun Perlu Lebih Zat Dari Makanan, Susu Hanya 2 Gelas Sehari Sahaja!

Selepas diperkenalkan kepada makanan pejal, ada kanak-kanak yang berhenti mengambil susu kerana lebih tertarik kepada minuman lain. Dan, tidak dapat dinafikan juga, ada kanak-kanak yang gemar minum susu. Jadi, sebenarnya, berapa banyak susu yang perlu diberikan kepada kanak-kanak?

Berapa gelas susu yang diperlukan untuk kanak-kanak?

Susu merupakan sumber baik kalsium, vitamin D, dan protein. Meskipun susu diketahui merupakan minuman yang baik untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak, namun pengambilan susu untuk kanak-kanak ada hadnya; tidak boleh diambil berlebihan, dan juga tidak boleh terkurang.

IKLAN

Sebenarnya, jumlah pemberian susu untuk kanak-kanak adalah bergantung kepada peringkat usia mereka. Dalam lingkungan usia kanak-kanak, mereka disarankan untuk minum susu antara 2 dan 4 gelas setiap hari. Pengambilan susu meningkat terutama jika anak anda jenis yang tidak minum atau makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti yogurt, keju, dan susu.

Menurut kajian yang dilakukan di University of Toronto, biarpun susu baik untuk membina tulang, namun pengambilan susu yang berlebihan adalah tidak elok untuk tahap zat besi kanak-kanak. Ini kerana minum susu berlebihan boleh mengurangkan simpanan zat besi, sekali gus menyebabkan kanak-kanak cenderung mengalami kekurangan zat besi yang teruk.

American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan supaya kanak-kanak yang tidak minum empat cawan susu sehari mengambil suplemen vitamin D, bagi menggantikan kandungan vitamin D yang boleh didapati daripada susu. Walau bagaimanapun, saranan zat besi oleh AAP adalah kanak-kanak perlu minum hanya dua hingga tiga cawan susu sehari sahaja.

IKLAN

Berikut adalah saranan lazim pengambilan susu mengikut peringkat usia kanak-kanak:

2-8 tahun: minum 2 cawan susu setiap hari
9-18 tahun: minum 3 cawan susu setiap hari

Yang mana lebih baik? Susu rendah lemak atau susu penuh?

IKLAN

Pelbagai jenis susu yang terdapat di pasaran. Namun, yang mana satu terbaik untuk kanak-kanak? Ketahuinya jenis-jenis setiap susu dan kesesuaian pemberian kepada anak:

Susu penuh: Bukan semua kanak-kanak boleh diberikan susu jenis ini. Hal ini kerana, susu penuh mempunyai banyak lemak di dalamnya, berbanding dengan susu rendah-lemak dan susu tanpa-lemak. Kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak susu penuh cenderung mendapat obesiti semasa alam kanak-kanak. Walau bagaimanapun, berikut merupakan antara golongan kanak-kanak yang perlu diberikan susu penuh:

Anak kecil yang berusia lebih setahun dan di bawah 2 tahun, yang tidak minum susu ibu
Kanak-kanak yang memilih makan (tetapi bukan kategori terlebih berat badan)
Susu rendah-lemak: AAP menyarankan semua kanak-kanak diberikan susu rendah lemak sebaik sahaja usia mereka dua tahun. Sesetengah bayi yang berusia antara 12 bulan dan 2 tahun perlu dikurangkan pengambilan lemak susu jika mereka sudah sedia terlebih berat badan, atau jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang terlebih berat badan ataupun mempunyai kolesterol tinggi.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI