Menurut kajian yang masih baru dan masih panas ini, kanak-kanak usia pra-sekolah yang terdedah kepada penggunaan skrin (gajet, komputer dan tv) pada jangkamasa yang lama didapati mempunyai struktur otak yang berbeza.
Perbezaan ini boleh menyebabkan mereka ketinggalan dari segi:
1) Perkembangan bahasa
2) Perkembangan literasi
3) Skil membina imej minda
4) Kawalan mental (mental control)
5) Keupayaan untuk mengawal diri dan tingkah laku
Ads
Jika anak usia pra sekolah anda mempunyai ciri-ciri ini, cuba semak kembali penggunaan skrin anak.
Otak berkembang dengan sangat pesat pada usia awal ini. Ibubapa bertanggungjawab untuk:
1) mengawal dan menetapkan jangkamasa dan masa untuk penggunaan skrin.
2) mengawasi konten yang digunakan dan ditonton di skrin.
Ads
Jangan beri alasan kalau tidak beri gajet kepada anak dia akan mengamuk. Dia mengamuk kerana dia tahu dia akan dapat gajet.
Ads
Ingatlah autoriti terletak di tangan ibubapa bukannya pada anak.
Pastikan teknologi membantu perkembangan kanak-kanak bukannya membantutkannya.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar Parent Connect Consultancy
Tahun lepas, admin mendapat email daripada salah seorang ibu yang mengadu anaknya bosan ke tadika. Ibu bapa mana yang tidak risau apabila anak yang masih kecil tiba-tiba kata perkataan ‘bosan’ memang risau kan.
Mengikut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri, luahan isi hati kanak-kanak itu pasti ada sebabnyaa. Jadi ibu bapa perlu ambil peduli apabila anak mengadu masalahnya.
Ibu ayah jangan terkejut bahawa anak-anak yang masih kecil juga mengalami stress seperti orang dewasa sehingga mengadu tidak mahu ke tadika.
Sekiranya sikap tidak mahu ke tadika bermula dari awal lagi, ia tidak begitu menimbulkan tanda tanya. Hal ini sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa hendaklah melihat permasalahan ini dari pelbagai sudut. Setiap peristiwa yang berlaku di tadika adayang membawa kesan positif dan negatif kepada sikapkanak-kanak. Ada beberapa faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku.
1.KESEDIAAN BELAJAR
Faktor kesediaan belajar hendaklah dilihat dari segi umur dan individu. Kanak-kanak yang masih belum mencapai usia enam tahun pada tarikh pendaftaran mungkin terdapat perbezaan sikap dan tingkah lakunya berbanding dengan kanak-kanak yang telah mencapai usia enam tahun. Kesediaan belajar ini boleh ditangani menerusi pemupukan keyakinan diri oleh guru semasa di tadika. Kata-kata perangsang dan galakkan melakukan aktiviti bersama kanak-kanak lain membuatkan mereka merasa bangga dan lebih berkeyakinan.
2.JUMLAH MURID TERLALU RAMAI
Keprihatinan guru semasa kanak-kanak berada di tadika perlu diberi perhatian. Kepelbagaian minat dan latar belakang ini menyebabkan sukar bagi guru yang mempunyai bilangan kanak-kanak yang ramai di dalam satu kelas tadika. Kanak-kanak yang terlepas pandang dan tidak mendapat perhatian akan merasakan dirinya tersisih dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri. Apabila anak-kanak mula menyisihkan diri daripada rakan sebaya minat untuk berada di tadika semakin luntur. Guru pula tidak menyapa namanya biarpun sekali dalam sehari akan menyebabkan perasaan semakin rasa terpinggir kepada diri kanak-kanak.
3.PERATURAN TADIKA
Kadangkala kanak-kanak tidak dapat membuat penyesuaian diri dengan terhadap persekitaran di tadika. Kanak-kanak tidak dapat membezakan antara suasana di rumah dan di tadika. Di rumah tidak ditetapkan dengan peraturan yang perlu dipatuhi berbanding dengan keadaan di tadika. Kanak-kanak belajar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru. Tujuan yang murni ini kadangkala tidak dapat difahami oleh kanak-kanak. Oleh itu, guru tadika harus memastikan peraturan dan arahan tidak terlalu banyak kerana akan membebankan kanak-kanak untuk memahami.
4.KELETIHAN
Mungkin keletihan menjadi punca kanak-kanak merasa penat dan tidak mahu ke tadika. Kanak-kanak yang aktif bermain selepas balik dari tadika pada sebelah petang dan tidur lewat menyebabkan mereka memberi alasan tidak mahu ke tadika.
Kanak-kanak perlu mendapat tidur yang secukupnya supaya mereka segar apabila bangun tidur dan bersedia untuk ke tadika.
Terdapat kanak-kanak yang tertidur semasa di tadika dan mereka tidak dapat menjalankan aktiviti dengan berkesan. Akibatnya mereka merasa kecewa dengan hasil kerja yang dilakukan dan mula menyisihkan diri daripada rakan sebaya. Gangguan seperti kurang tidur dan rehat perlu diambil perhatian oleh ibu bapa semasa di rumah. Kerap memberi ingatan kepada kanak-kanak supaya tidur awal dan tidak perlu bersama menonton televisyen sehingga lewat malam.
5.PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN
anak di tadika Pernahkah ibu bapa bertanya setiap hari tentang perkembangan anaknya di tadika? Bertanya kepada kanak-kanak dianggap mengambil perhatian terhadap diri kanak-kanak itu sendiri. Sentiasa memberi rangsangan dan galakkan kepada kanak-kanak setiap kali pulang dari tadika atau mengambil peluang berbincang semasa makan.Sekiranya jawapan atau perkara yang diceritakan berunsur negatif, ibu bapa hendaklah memberi rangsangan positif. Berbincang dengan kata-kata yang memberi semangat. Sentiasa memberi pujian tingkah laku yang positif. Ibu bapa hendaklah kerap berbincang dengan guru tadika secara terbuka untuk mengetahui perkembangan anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kecil, tidak pernah merasakan batasan untuk melakukan sesuatu. Walaupun dia tidak tahu, dia senantiasa merasakan dia boleh melakukan segala-galanya. Bagaimana cara untuk tidak mematikan suis kehebatan anak-anak? Ikuti perkongsian Ibu Rose.
Ibu masih teringat akan cucu sulung Ibu yang semasa itu dia baru berusia 1 tahun; kami sedang berbincang siapa yang akan menghantar anak bongsu Ibu ke sekolah hari itu.
Walaupun Az-Zahraa cucu sulung Ibu semasa itu belum boleh bertutur, kami faham bahasa dia. Dia yang mendengar kami berbincang itu, terus menyampaikan kepada kami dengan gelagatnya, bahawa dia boleh menghantar Mak Su nya.
Kami ketawa melihat gelagatnya dan perasannya dia bahawa dia tahu dan boleh membawa kereta.
Namun, jauh di sudut hati, Ibu tersedar dan disedarkan satu peringatan yang bagi Ibu adalah sangat besar. Iaitu, anak-anak kecil seperti Az-Zahraa ini, tidak pernah merasakan mereka tidak boleh melakukan sesuatu.
Bagi mereka tiada yang mustahil. Bagi mereka semuanya boleh dilakukan. Namun, sehari demi sehari anak kecil ini belajar bahawa mereka tidak boleh melakukan segala-galanya. Kekecewaan demi kekecewaan melanda diri mereka dan jika ibu bapa mereka tidak pandai mendidik, anak ini akan merasakan putus asa untuk mencuba melakukan sesuatu.
Maka ramai yang akan membesar dengan penuh kekecewaan di dalam diri. Apatah lagi bila mereka sering dilarang melakukan apa yang mereka ingin lakukan. Dan bertambah teruk jadinya bila mereka dimarah, dihalang dengan kasar dan dipukul kerana mahu melakukan sesuatu. Bermulalah perasaan curiga terhadap diri. Bermulalah perasaan “Aku memang tidak mampu melakukan apa-apa!’.
Hari saban hari anak-anak kecil yang sudah merasakan demikian membesar menjadi remaja dan kepercayaan ini kemudian ianya beranak menjadi, ‘Aku memang tidak penting’ dan kemudiannya ‘ Aku tidak berharga!’
Bila ini melanda diri seseorang, maka semua benda menjadi susah. Semua benda menjadi bosan! Life have no meaning! Life is boring!
Kita melihat keadaan ini berlaku pada orang dewasa, remaja malah ramai sudah anak-anak sekecil 6 tahun sudah pandai mengatakan…” Saya rasa bosan!”
Bayangkan, bagaimana seorang yang begini menjalani hidupnya?
Seolah-olah suatu suis di dalam diri telah dimatikan! Hidup menjadi tiada haluan dan sekarang dikawal oleh orang lain ibarat zombi!
Bagaimana perasan anda jika ‘suis’ ANDA sudah dimatikan?
Atau itu yang sedang terjadi kepada anda sekarang?
Mungkin juga anak-anak anda?
Ibu doakan TIDAK.
Sayang Ibu, jika suis itu telah dimatikan, sayang perlu membukanya kembali. Terlalu banyak kebaikan yang ada di dalam diri mu. Jangan sia-siakan. Anda perlu ingat dan memahami betapa Kau Berharga! Dan kenapa amat perlu dirimu merasakan begini.
Jika dikau matikan suis mu maka, suis anak-anak mu pun akan turut mati. Payah untuk anda membantu anak-anak anda mengeluarkan kehebatan mereka jika anda sendiri tidak menghargai kehebatan diri mu.
Dan ingat, menghargai kehebatan itu adalah salah satu cara kita bersyukur kepada Allah diatas ciptaannya, iaitu diri kita.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak terlalu diam, ramai ibu bapa mula rasa risau. Tak pandai bersosial ke? Tak pandai bercakap ke? Atau sebenarnya ada yang tak kena? Ramai yang tak sedar, ‘anak pendiam’ bukan semestinya anak yang bermasalah. Tapi diam yang berpanjangan tanpa komunikasi juga boleh jadi tanda awal sesuatu yang perlu diberi perhatian. Artikel ini akan bantu ibu bapa kenal pasti perbezaan antara anak yang sememangnya introvert dan anak yang mungkin sedang menahan perasaan atau trauma secara senyap.
Ada anak yang secara semula jadi lebih suka menyendiri, main sorang-sorang, atau ambil masa sebelum selesa dengan orang. Ini bukan masalah. Ini gaya personaliti – dipanggil ‘introvert’. Mereka lebih fokus, lebih suka pemerhatian dari jauh, dan biasanya bijak menyusun kata bila dah selesa. Ibu bapa perlu faham dan terima, bukan paksa anak jadi ‘peramah’ seperti yang dimahukan masyarakat.
Fakta menarik: Kajian dari University of Wisconsin menunjukkan bahawa otak introvert lebih aktif dalam kawasan berkait pemprosesan maklumat dalaman – sebab tu mereka perlukan lebih masa untuk respon dalam perbualan.
Tapi bukan semua diam itu sihat. Jika anak:
Tahukah anda? Selective mutism bukan bermakna anak degil – ia gangguan anxiety di mana anak hanya boleh bercakap dalam situasi tertentu yang dia rasa sangat selamat.
Beberapa sebab yang boleh jadi punca:
Kisah benar: Seorang guru bercerita, ada murid yang tidak pernah bersuara langsung selama 6 bulan pertama persekolahan. Rupa-rupanya dia trauma selepas menyaksikan pergaduhan serius di rumah. Selepas intervensi lembut dan sokongan emosi, anak ini mula bercakap sepatah demi sepatah.
Tip praktikal: Gunakan “emotion cards” di rumah untuk bantu anak kenal pasti perasaan mereka dengan mudah dan seronok.
Bandingan seperti “kenapa tak macam abang/kakak?” hanya buat anak rasa dia ‘salah’. Semua anak unik, dan yang pendiam pun ada cara sendiri untuk menyerlah. Yang penting, ibu bapa jadi tempat anak rasa selamat untuk jadi diri sendiri, bukan jadi apa yang orang nak.
Petua: Luangkan masa one-on-one walau hanya 10 minit sehari untuk tanya soalan terbuka seperti “Apa benda paling menarik hari ni?” – anak lebih mudah terbuka bila tahu kita benar-benar nak dengar.
Anak pendiam bukan bermakna dia tak normal. Tapi diam yang menyembunyikan tangisan jiwa perlukan perhatian dan belas dari ibu bapa. Jangan tunggu anak bercakap, baru nak dengar. Mungkin selama ni, diam dia pun sedang ‘bercerita’. Jadilah pendengar walau tiada suara – kerana kasih ibu bapa bukan hanya melalui kata, tapi juga dari mata yang faham dan hati yang peka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!