Semua ibu bapa inginkan si kecil mereka mendapat waktu tidur yang konsisten dan berkualiti.
Tapi sangat sukar kan? Doktor kanak-kanak, Dr Redzal Zainol berkongsi beberapa tip yang boleh mama papa lakukan untuk memudahkan proses menidurkan anak.
Selain sakit fizikal lepas bersalin, cabaran paling besar bagi wanita ialah untuk menstabilkan emosi.
Hampir 80 peratus wanita hadapi perubahan mood dan perasaan negatif sejurus selepas bersalin. Ini fakta realiti tak kira bersalin anak pertama, kedua atau seterusnya.
Keadaan ni dinamakan sindrom Baby Blues. Bahaya jika tak dikawal ya.
Berikut perkongsian dari Puan Masturah Abu Bakar, ibu kepada tiga anak yang boleh dijadikan peringatan bersama.
Saya sendiri rasa dan hadapi setiap kali lepas bersalin. Walaupun anak dah 3, tetap hadapi Baby Blues ni.
Sebab apa ni sindrom berlaku? Adakah sebab ibu tak kuat iman? Atau derhaka pantang?
Bukan. Tak ada alasan spesifik kenapa sindrom ini berlaku.
Kemungkinan disebabkan perubahan hormon masa mengandung dan melahirkan yang menyebabkan badan menghasilkan perubahan kimia. Perubahan ini memberi kesan kepada otak dan boleh menyebabkan depression.
Selain tu, rutin yang berubah, ragam baby, tak cukup tidur dan badan yang baru nak adapt juga boleh menyebabkan sindrom ni terjadi.
Maksudnya, sindrom Baby Blues merupakan benda biasa yang akan dihadapi ibu-ibu. Benda biasa tapi BERBAHAYA.
Cara kita menangani sindrom ini menentukan kesihatan mental kita selepas bersalin.
Cuba cek simptom baby blues ni:
1) Rasa sedih atau menangis tiba-tiba 2) Tak sabar, cepat marah 3) Cepat terasa hati dan banyak pendam 4) Rasa letih (mental atau fizikal) 5) Rasa cemas atau berdebar-debar 6) Gelisah 7) Tak boleh tidur (walaupun baby dah tidur). Kadang-kadang kalau nak tidur terngiang-ngiang suara baby menangis. 8) Tak boleh beri perhatian kepada baby atau diri sendiri Para suami, kalau nampak isteri tu lain macam, cepat-cepat peluk. Tak perlu banyak tanya. Lepas bersalin ni ialah tempoh yang sangat kritikal dan sensitif.
Jangan buat tak tahu. Jangan anggap tak ada apa-apa. Jangan anggap remeh. Jangan lepas tangan.
Salah langkah, salah cara, lambat tangani, isteri boleh dapat PPD.
Kalau Baby Blues tak settle dari awal, kesan buruknya berlarutan dan mungkin jadi inner conflict which may lead to depression.
Pelukan boleh beri sokongan emosi to the max. Percaya tak pelukan tu boleh redakan emosi isteri yang bergelojak? Semua akan cool down lepas tu.
Sediakan makanan yang sihat. Tak payah percaya pantang yang bukan-bukan tu. Ni dah tahun 2019.
Para isteri, kalau rasa sedih terus cakap kat suami. Jangan simpan jangan pendam. Walaupun tak ada sebab kukuh kenapa anda menangis. Just bagitahu.
Please please please minta tolong orang lain kalau rasa tak boleh buat. Jangan jadi supermom. Sebab kita memang tak mampu.
Dan bagi yang Muslim, lindungi diri kita dengan zikir dan ayat-ayat pelindung. Supaya jauh dari gangguan syaitan.
Jujurnya ada yang malu-malu untuk berniaga sedangkan hakikatnya ilmu berniaga ini sudah tertulis di dalam al Quran sebagai resipi dan tip untuk berjaya. Ajar dan didiklah anak-anak kita untuk berniaga, jangan malu sebaliknya sokong mereka.
Perkongsian Dr Norzila Zakaria ini menarik juga untuk kita jadikan semangat untuk anak-anak berdikari dan punya pendapatan sendiri kelak. Latih anak-anak kita untuk berdikari dan punya pengalaman dalam bidang ini.
Sila baca dengan fikiran terbuka. Saya adalah produk pelajar yang tidak diajar berniaga sejak dari bangku sekolah. Oleh sebab itulah bila saya cuba berniaga, saya gagal.
Kali pertama dapat pegang duit sendiri ketika saya masih belajar. Ambil upah mengait ‘chair back’, zaman tu saya baru berusia 12 tahun. Upah mengait sama mahal dengan harga segulung benang bulu. Sakit tangan mengait tapi upahnya tidak berbaloi.
Kemudian saya ambil upah menjahit baju. Saya mula menjahit baju sendiri pada usia 11 tahun siap buat tulang belut di leher. Anak-anak zaman sekarang dah tak kenal apa itu tulang belut. Boleh tahan juga halusnya jahitan saya. Sebab tu bila saya mahu menempah baju saya perlu cari yang jahitannya lebih baik dari saya untuk rasa berbaloi.
Saya mula belajar menjahit seawal usia 9-10 tahun. Masih teringat sukarnya memahami memotong pesak baju kurung dan menjahitnya terbalik kanan dan kiri. Entah berapa kali buka jahitan sehingga lah sudah boleh memberi tip bagaimana memudahkan jahitan pesak.
Saya mengambil upah menjahit baju kurung lepas habis sekolah menengah. Ketika itu saya tidak pandai meletak harga upah.
“Ikutlah nak beri berapa pun” jawab saya bila orang tanya harga upah.
Ada yang bagi RM 10, RM15. Saya berkata demikian sebab saya bukan tukang jahit terlatih. Belajar menjahit dari emak tukang jahit kampung.
Mindset ketika itu nak buat baju sebab mahu tolong orang sahaja. Jahit tulang belut pun ambil masa dua jam baru siap (ketika itu) . Tidak berbaloi dengan upah RM10 ( 30 tahun yang lalu).
Kemudian semasa belajar di UKM Jalan Raja Muda Kuala Lumpur, saya meniaga kain, beli di Chow Kit. Dapat duit biasiswa MARA saya belikan kain yang telah siap dipotong 4 ela di pasar Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Jual kepada kawan-kawan emak dan emak sedara di kampung.
Zaman tu tidak banyak kedai kain seperti sekarang. Corak pun memang tidak jumpa di kedai kain biasa di Banting. Bila jual saya ambik untung sikit saja dalam RM 5-10, boleh hutang pula tu. Ada yang bayar dua kali. Mana nak pusing modal!
Kemudian saya berniaga tudung bawal pula (setelah berkahwin dan tinggal di Kelantan). Kedai Kak Yah Golok di Pasar Siti Khadijah tempat saya memborong tudung. Puluh ribu juga modal meniaga.
Masa ni sudah pandai kira margin keuntungan. Tapi sebab mahu tolong orang kampung masih lagi jual hutang. Ok juga lah keuntungan tu tapi yang tidak bayar pun ramai. Biasanya yang ambil banyak dan jual semula kepada kawan-kawan mereka.
Semuanya kerana tiada ilmu berniaga. Maka itulah hasilnya tiada mentor dan banyak membuang masa namun hasilnya sedikit atau rugi. Hanya untung pengalaman. Tapi kalau tiada mentor lambat lah mahu berjaya dalam perniagaan.
Anak-anak saya semasa bersekolah di Australia telah didedahkan untuk mencari dana untuk membeli sesuatu keperluan untuk aktiviti sekolah. Mereka ada mindset berniaga. Bila mereka keluar mereka pastinya ada idea mahu mencari pendapatan sampingan jika dilatih sebegini.
Boleh ke sekolah kita buat aktiviti begini? Ha pasti ada yang menjawab nanti orang kantin marah kalau pelajar menjual makanan. Nanti koperasi sekolah tak laku jual barang. Apa salahnya cutikan sehari aktiviti kantin. Beri peluang anak-anak bawa barang untuk dijual di sekolah.
Biar mereka belajar menjual dan tawar menawar. Belajar mengira kos dan keuntungan. Belajar mencari pasaran dan pelanggan. Belajar mencari pusingan modal dan pasaran tetap.
Inilah yang cuba saya beritahu Hafiz yang cuba-cuba berniaga “slime” dengan kawan-kawannya. Maka terpaksalah saya beritahu peraturan sekolah. Jangan berniaga dalam sekolah nanti jadi isu besar!
Hafiz perlu mencari pelanggan di luar sekolah dan saya akan bantu dengan idea untuk mencari pelanggan.
Saya kongsikan kesungguhan Hafiz untuk berniaga. Saya sokong 200%. Go go Hafiz!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang sihat, cergas dan membesar dengan ketinggian ideal. Ramai yang menyangka faktor genetik memainkan peranan paling besar, tetapi menurut perkongsian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, rahsia anak tinggi sebenarnya boleh dibentuk sejak kecil melalui pemakanan seimbang, tidur yang cukup dan gaya hidup sihat.
Menariknya, Tunku Azizah sendiri berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak baginda termasuk Tengku Mahkota Pahang yang tinggi lampai. Baginda menegaskan, amalan yang konsisten sejak bayi mampu membantu anak mencapai potensi ketinggian maksimum.
Tunku Azizah menekankan bahawa tempoh 1,000 hari pertama selepas kelahiran amat penting. Dalam fasa ini, pemakanan anak perlu seimbang dengan lebihkan protein, zat besi, sayur-sayuran dan kurangkan nasi.
“Saya ingat lagi, anak umur 4 bulan dah banyak diberi bayam, daging dan hati ayam. Saya lebihkan ayam dalam makanan mereka. Kalau nak anak tinggi, lebihkan ayam, daging, ikan, sayur. Nasi kurangkan,” kata baginda.
Pakar perubatan turut menyokong pandangan ini. Protein daripada ayam, ikan, daging dan hati ayam membantu membina otot serta tulang. Hati ayam pula kaya dengan zat besi (iron) yang penting untuk pembentukan hemoglobin. Hemoglobin berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke sel tulang, sekaligus menyokong tumbesaran anak.
Tip lain yang Tunku Azizah amalkan ialah mengelakkan anak daripada minuman manis seperti sirap atau air berperisa. Untuk kanak-kanak kecil, cukup dengan susu dan air kosong yang membekalkan kalsium serta protein untuk pertumbuhan tulang.
Tidur juga memainkan peranan besar dalam tumbesaran anak.
“Kalau nak anak tinggi, pukul 7.30 malam dah masuk katil, pukul 8 lampu tutup. Apabila anak mendapat lebih tidur, mereka akan lebih tinggi,” jelas baginda.
Secara saintifik, hormon pertumbuhan dirembeskan paling aktif ketika anak tidur nyenyak di waktu malam. Sebab itu tidur awal sangat membantu ketinggian mereka.
Selain pemakanan anak, Tunku Azizah turut mengingatkan ibu hamil untuk menjaga pemakanan sejak awal. Tempoh 9 bulan dalam kandungan dan 1,000 hari pertama selepas kelahiran adalah asas kesihatan, kecerdasan dan ketinggian anak.
Makanan kaya protein, zat besi, kalsium, vitamin D serta tidur yang cukup membantu melahirkan anak yang sihat dan membesar dengan baik.
Jelaslah, ketinggian anak bukan semata-mata faktor genetik tetapi boleh dibentuk dengan amalan yang betul sejak kecil. Pemakanan seimbang, cukup tidur dan gaya hidup sihat adalah kunci utama.
Patutlah Tengku Mahkota Pahang memiliki ketinggian ideal—rahsianya rupanya telah dipupuk sejak awal usia dengan amalan yang konsisten!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.