Anak ni kalau nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada satu perkara pokok kita kena elakkan buat, iaitu elak TENGKING anak. Ada beza ye garang, tengking, marah, tegas.

Garang = Sejenis perasaan yang dirasai oleh orang sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.

Orang garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi orang tahu personaliti dia garang. Biasanya orang garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu daripada orang lain. Contohnya dia lembut di dalam. Jadi nak melindungi kelembutan tu dia tutup dengan sifat garang.

Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yang kuat disertai dengan emosi yang meluap-luap. Kebiasaannya orang panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.

Henti Tengking Anak! Bawah 7 Tahun Kerap Tinggi Suara, Bahaya Untuk Emosi Anak

Kanak-kanak akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yang dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak-anak semakin hilang keupayaan untuk berfikir dan bertindak serta sukar membuat. Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depresi pada anak-anak.

Marah = Orang pemarah dan orang penengking berbeza. Sebab ada orang suka marah dia pendam dan diam. Jadi dia lepaskan dengan emosi merajuk.

Panas baran sebenarnya orang yang suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sebab ada orang dia suka diam bila marah.

IKLAN

Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Orang tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dalam diri. Tiada kaitan dengan emosi.

Ada orang yang pendiam tapi tegas. Ada org penakut tapi tegas. Namun tegas sinonim dengan berani.

Sebab ramai orang keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Orang tu ingat tegas dan marah tu maksudnya tengking.

Kunci didikan anak ada pada bait kata Saidina Ali RA. Iaitu satu manusia yang Allah reda untuk ke syurga semasa hayatnya. Orang yang rapat dengan Nabi SAW. Orang yang awal memeluk Islam di usia muda. Orang yang memimpin umat Islam di kala suasana perit.

Bila sebut sahabat Nabi SAW, maknanya ia merujuk orang yang setia dan paling rapat dengan Nabi SAW. Orang paling hampir kepada Nabi SAW. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.

IKLAN

Saidina Ali RA pesan

” Didik anak 7 tahun pertama sebagai raja ”

Macam mana layan raja? Ada tengking raja?

Sebab otak manusia yang bergerak dulu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yang penuh dengan emosi. Sebab tu orang yang menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dengan kuat.

IKLAN

7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat.

Otak kanan juga ada daya imaginasi yang sangat-sangat tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, barulah dapat unlock penggunaan otak kiri.

Tak kisah lah bagi fish oil ker, hemp oil ker, sacha inchi oil ker. Once kita kerap tengking anak. Otak anak yang nak develop tadi akan terbantut. Dan data yang terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak-anak.

Jika saya kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan.

Saya juga belajar perlahan-lahan. Kita nak anak mudah menghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca.

Stop TENGKING anak.

Agaknya, suka tak dapat suami atau bos yang suka menengking? Anak manja? Jangan risau. Anak manja adalah anak yang berdikari. Ada beza manja dan mengada. Jadi mulai hari ini jangan tengking. Stop tengking terus. Ada cara nak stop perangai menengking ni.

Sumber: Abu Hannah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI