Ahli politik, Nurul Izzah Anwar menerusi laman Instagram rasmi telah menyampaikan berita duka dimana beliau telah pun mengalami keguguran anak keempatnya.
Anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia ini juga reda diatas kehilangan tersebut.
“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone …”
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Surely, we belong to Allah and verily to Him do we return.”
“Syukur Alhamdulillah – saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individu nya berbeza.”
Ads
“Ungkapan mensyukuri nikmat – kata-kata indah untuk Yang Maha Esa – yang kita ucap kan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.”
“So to those of you, well almost all of us who have tasted loss, we can offer our doas, a big virtual hug, and a reminder – that life does go on.”
“And the splendour of joy and happiness – it lurks in every corner – whether it’s the smiles of Safiyah, Harith and Yu Zhou – or in the warm embrace of my own papa and mama, every moment counts.”
“Happy homecoming in every warmth that you experience. Healing is a journey – and if you need to take some time to breathe in the moment – just do it. Before the next chapter in life begins anew ❤️, InshaaAllah.”
Ads
Rata-rata warga maya termasuk selebriti turut berdukacita di atas berita duka tersebut.
ctdk Innalillahi wainnailaihiroji’un.. Anaknda tunggu di Syurga.. Semoga Allah kurniakan lagi rezeki cahayamata.. aamin ya rabb
syedsaddiq Really sorry to hear this. Inna Lillahi wa inna ilayhi
raji’un. My prayers are with you & the family.
Ads
khalilahuda ❤️❤️hugss
Diharapkan Nurul Izzah dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Laksa memang digemari ramai. Namun ibu selepas bersalin perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan kegemaran ramai ini.
Amalan berpantang makan laksa sampai setahun lepas bersalin ni biasanya dilakukan oleh ibu-ibu di sebelah utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Mengapa? Salah satu sebabnya ialah laksa dikatakan sebagai makanan yang ‘sejuk’ dan berangin.
1. Proses penghasilan laksa
Hal ini dikatakan berpunca daripada proses penghasilan laksa itu. Biarpun bahan utama laksa ialah beras, namun ia dimasak terlebih dahulu dan kemudian dibentuk menjadi bentuk laksa.
Setelah itu, ia dikeringkan. Untuk dimakan bersama kuah laksa, ia perlu dimasak sekali lagi. Di sini timbulnya unsur sejuk atau angin itu.
Apabila dimasak dua kali. Kandungan angin adalah tinggi lalu menyebabkan sakit urat dan sakit badan.
Malah bila dimasak dua kali, ia seolah-olah seperti nasi yang dipanaskan berkali-kali semasa anda berpantang. Jika makan nasi sejuk, anda boleh bentan. Samalah halnya dengan makan laksa dalam tempoh setahun selepas melahirkan ini.
2. Kuah bersifat tajam
Untuk mendapatkan kuah laksa yang sedap, ikan perlu direbus, kemudian dikisar bersama tulangnya. Di sinilah unsur tajam itu dibangkitkan.
Bisa tulang ikan menyebabkan kuah laksa menjadi ‘tajam’. Kandungan dalam tulang ikan boleh mengakibatkan sakit sendi, sakit tumit dan sakit urat untuk jangka masa panjang.
3. Kuah ada unsur angin
Ramai yang membuat anggapan bahawa daun kesum dan bunga kantan yang digunakan sebagai bahan di dalam kuah
adalah sayur berbisa. Penggunaannya boleh menyebabkan angin di dalam badan.
4. Timun bersifat sejuk
Untuk menambah kesedapan laksa, timun digunakan sebagai ulamnya.
Seperti yang anda sedia maklum, ibu berpantang tidak boleh makan timun kerana ia adalah sejenis sayur yang sejuk. Ia boleh mengundang angin di dalam badan.
Memang pantang larang orang tua-tua tiada kajian saintifik. Namun tiada salahnya jika ia diikuti selagi tidak datangkan mudarat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit nak bersalin memang luar biasa. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Maka itu ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengurangkan sakit dan menjadi pelega buat ibu yang bakal bersalin.
Namun ada sesetengah keadaan yang membuatkan kita rasa takut dan bimbang untuk gunakan kaedah ini kerana kesan jangka masa panjang. Namun perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat ini mungkin boleh mengubah persepsi ibu-ibu tentang penggunaan epidural ketika bersalin.
Ikuti perkongsiaannya!
“Pakai epidural saya sakit belakang bertahun-tahun lamanya lepas beranak! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde guna !”
“Kakak kepada kakak angkat , sepupu belah ayah saya pakai epidural tu, dia lumpuh separuh badan pastu. Takot lak saya nak epidural”
“Takpa doktor, saya nak rasa sakit bersalin tu. Boleh hapuskan dosa” ( setengah jam lepas tu menangis mintak epidural )
“Suami saya tak bagi amek epidural tu, boleh sebabkan lumpuh katanya” – suami tak rasa pun sakit bersalin cmne, dia lak buat keputusan untuk bini yang bertarung dgn kesakitan tu.”
“Nenek saya dulu beranak tkda pun epidural segala bagai ni, elok jer dia !”
Ni antara sebab-sebab orang takmau epidural. Sakit bersalin bukan main main oi. Setakat contraction sikit sikit boleh senyum lagi. Cuba kalau sakit betul-betul datang tengok cmne.
Kalau terpotong hujung jari masa membawang pun dah kalut, belom lagi rasa sakit bersalin cmne
Epidural tu ape ?
Salah satu teknik pelega kesakitan yg diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin lah. Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye. Takda ler ianya hilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.
Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L3-L4 atau L4-L5 Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin tau.
Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah
Kalau da pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu
Apa bagusnya epidural ?
💉Antara banyak-banyak cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yg terbaik.
💉Tak mengantuk. Baby dalam rahim pun tak mengantuk
💉Kalau perlu caesaerean, tak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan
Kesan buruk yang boleh timbul
Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin .Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan. Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Acaner tu? Tak dapat epidural pun sakit belakang ?
Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu.. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang. Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.
Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.
Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang
Yang menanggung sakit bersalin tu awak. Bukan suami atau makcik bawang yang mengecam penggunaan epidural.
Satu lagi, bukan semua hospital ada servis epidural ini. Kalau ada pun, untuk pesakit tertentu bergantung kepada kakitangan bius yang ada untuk pemantauan. Tanya dulu ok?
Seperkara lagi, sakit memang ler penghapus dosa, tapi sakit nak bersalin ni bukan main-main untuk dicuba-cuba.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa tidak boleh memandikan bayi dengan air sejuk? Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi.
Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir. Terlalu kecil, takut nak pegang, bimbang terlepas, terjatuh dan macam-macam lagi. Mari kita ikuti cara-cara mudah memandikan bayi.
Paling penting mama dan papa perlu yakin dan melakukannya dengan betul dan selamat. Dengan izin Allah, urusan memandikan bayi menjadi mudah dan lancar.
Sebelum memandikan bayi, mama dan papa perlu memastikan suhu air tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Cuba celupkan siku untuk tujuan ini. Buka pakaian bayi dan pastikan bahagian sulit bayi dicuci terlebih dahulu menggunakan tisu lembap sebelum dimandikan.
Langkah 1
Setelah dipastikan air mandian suam, cuci terlebih dahulu bahagian intim & punggung bayi hingga bersih.
Telangkupkan badan bayi dengan tangan kanan memegang bahagian tengah punggung. Manakala tangan kiri pula memegang erat bahagian dada dan bawah lengan bayi.
Posisi ini bagus diaplikasikan ketika memandikan bayi baru lahir kerana dapat mengelakkannya daripada terkejut.
Bagi memandikan bayi, pastikan anda memasukkan bahagian kakinya terlebih dahulu. Kemudian, cuci bahagian berkenaan dengan sempurna.
Langkah 3
Tangan bahagian kiri masih lagi berada dada dan bawah lengan bayi. Perlahan-lahan turunkan kedudukan bayi untuk menyiram bahagian belakang badannya dan bersihkannya dengan sempurna.
Penggunaan sabun di semua bahagian tubuh dibolehkan untuk bayi baru lahir kecuali muka. Dalam pada itu, pastikan anda hanya menggunakan sabun yang bersesuaian dengan bayi.
Langkah 4
Selepas itu, pusingkan kedudukan bayi. Tangan kiri berada di bawah tengkuk bayi. Cuci bersih badan, bawah lengannya, leher, punggung, dan pelipat betisnya.
Langkah 5
Selanjutnya, cuci kepala dan mukanya menggunakan air mandian yang disediakan dalam bekas berasingan. Kalau boleh, kepit telinga bayi untuk mengelakkan air memasuki telinga. Biasanya air itu disediakan di dalam gayung. Pengakhirannya cuci sekali lagi bahagian belakang bayi.
Selesai mandi, terus balut bayi dengan tuala atau kain lampin untuk mengelakkan kesejukan. Lap kering terutama sekali pada bahagian pelipatan untuk mengelakkan terjadinya ruam.
Teruskan langkah seterusnya untuk mencuci bahagian pusat, menuam, memakaikan lampin, barut dan pakaian bayi. Lakukan dengan pantas kerana bimbang bayi kesejukan. Pastikan suasana bilik tidak terlalu sejuk semasa langkah-langkah ini dilakukan. Kemudian susukan bayi selepas dimandikan.