Bila anak sudah mencecah usia 8 bulan, mama boleh hidangkan makanan jejari atau finger food buat mereka. Antara kelebihan pemberian finger food pada bayi adalah boleh membantu koordinasi mata serta tangan bayi, melatih bayi untuk memegang benda dan banyak lagi.

Rugi kalau mama tak bagi peluang untuk bayi makan sendiri melalui pemberian finger food. Jom cuba resipi yang mudah disediakan ini.

Resipi Finger Food Labu Manis

Aneka Resepi Kudapan Petang Untuk Bayi 8 Bulan, Paling Mudah Nak Sediakan!

Bahan-bahan:

  • Labu manis
  • Tepung beras

Cara penyediaan:

1. Kukus labu sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar labu sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan finger food ikut bentuk yg diingini.
4. Goreng seperti biasa.

Resepi Cekodok Ubi Kentang + Ayam :

Aneka Resepi Kudapan Petang Untuk Bayi 8 Bulan, Paling Mudah Nak Sediakan!

Bahan-bahan:

IKLAN
  • Ubi kentang
  • Unsalted butter ( ub )
  • Isi Ayam potong dadu
  • Mixed herb
  • Bunga kobis/brokoli
  • Carrot yg disagat
  • Tepung ubi/tepung beras

Cara penyediaan:

1. Kukus ubi kentang, isi ayam & bunga kobis sehingga lembut. saya kukus asing.

2. Lenyek ubi kentang semasa masih panas bersama UB. Sejukkan suhu bilik.

3. Isi ayam dah sejuk saya carikkan bagi lagi halus.. nak blend isi ayam tu pon boleh. Ada homemade stock ayam lagi bagus. Boleh skip rebus isi ayam.

4. Lenyek bunga kobis. Sejukkan suhu bilik.

5. Apabila semua dah sejuk. Satukan ke semua bahan ke dalam ubi kentang tadi trmasuk mixed herb dan tepung

6. Tepung agak² ja. Adunan jangan terlalu lembik. Jangan terlalu keras.

IKLAN

7. Bentukkan dan goreng. Kalau banyak boleh frozenkan.

 

Resepi Cek Mek Molek Inti Kurma:

Aneka Resepi Kudapan Petang Untuk Bayi 8 Bulan, Paling Mudah Nak Sediakan!

Bahan-bahan:

  • Ubi keledek ( ikut suka warna apa² pon )
  • Tepung beras
  • Puree kurma

Cara Penyediaan:

IKLAN

1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan bulat-bulat . Lenyekkan sedikit.
4. Masukkan puree kurma. Bentukkan seperti kuih cek mek molek.
5. Goreng seperti biasa.

Resepi Cucur Badak Ubi Keledek Tiada Inti:

Aneka Resepi Kudapan Petang Untuk Bayi 8 Bulan, Paling Mudah Nak Sediakan!

Bahan-bahan:

  • Ubi keledek ( ikut suka warna apa-apa pon )
  • Tepung beras

Cara Penyediaan:

1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan bulat-bulat then leyekkan sedikit macam buat cucur badak.
4. Goreng seperti biasa.

Kredit: Izzaty Elleh

Aneka Resepi Kudapan Petang Untuk Bayi 8 Bulan, Paling Mudah Nak Sediakan!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI