Anak tak boleh duduk diam tu rezeki. Tu tandanya, otak dia sihat, fizikal dia sihat, emosi dia sihat, tumbesaran dia sihat, dalaman dan luaran dia sihat walafiat.
Yang buat dia jadi tak sihat bila kita suruh dia duduk diam-diam dan ikut arahan macam orang dewasa. Hah, itu bahaya!
Melalui perkongsian Influencer Parenting, Mohd Fhais, fitrah anak yang lasak dan gasak ni Learning Capacity mereka adalah dengan bergerak. Sel-sel otak dia orang berhubung bila dibenarkan bergerak bebas.
Otot kaki dan tangan dia jadi kuat dan kental dengan bergerak bebas. Malah emosi dia juga jadi terurus dan aman sentiasa bila dapat bergerak bebas.
Ads
Andai di kongkong dan di perintah-perintah ikut arahan maksudnya kita dah “bunuh” kebolehan belajar dan kemampuan untuk membesar anak dari dalaman.
Ayat mudah, kita “tak bersyukur” pada rezeki yang Allah dah beri pada kita. Lagipun, anak yang lasak dan gasak ni sebenarnya ada potensi jadi orang yang sangat hebat kemudian hari nanti.
Ads
Sebabnya sejak lahir lagi mereka dah ada Growth Mindset semulajadi. Ramai anak tak ada benda ni. Itu yang kita patut rasa bertuah sangat. Pandai kita corak, pandai la anak mengorak langkah jadi orang berjaya kelak.
Kredit: Mohd Fhais
Penat anak tak duduk diam, tapi lega bila nampak potensi besar anak-anak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau ibu ayah ada anak dalam lingkungan umur 6 bulan ke 3 tahun, sebaiknya anda ambil tahu pasal ‘separation anxiety’ ni.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, memang mencabar emosi bila anak asyik nak melekat dengan kita sampaikan tak boleh nak berpisah langsung. Kadang tu mak ayah ‘hilang’ dari depan mata kejap je tapi dia punya meraung, Ya Tuhan satu taman terperanjat dengar suara dia!
Pantang rasa nak kena tinggal, tiba-tiba je 3C ni berlaku dengan amat dasyat – Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak berdukung atau melekat je kerja).
Tapi bila parent muncul balik, eh terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Inilah yang disebut fasa ‘Separation Anxiety’. Benda ni normal je sebenarnya dan selalu berlaku kat anak yang dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 3 tahun. Masa ni dia belum berapa faham lagi pasal konsep ‘Object Permanence’.
Pada dia, kalau parent tu tak ada kat depan mata, maksudnya memang tak ada! Hilang selama-lamanya!
Sebab tu mak ayah semua wajib tahu 5 teknik untuk atasi masalah Separation Anxiety ni supaya kita semua tak stress nanti bila fasa ni berlaku kat anak kita sendiri.
#1. Biasakan bercakap dengan anak kita tu bila kita nak ke mana-mana.
Masa nak ke toilet, beritahu, “Mak nak ke tandas ni.” Nak ke dapur ke, nak ke bilik ke pun sama. Mula-mula tu tak faham tapi lama-lama nanti, dia akan mula mengerti ke mana kita nak pergi.
#2. Untuk anak yang dah pandai merangkak, tak pun yang dah mahir berjalan, mak ayah cubalah main kejar-kejar dengan dia sekerap mungkin.
Bila dia mendekat nak mintak kita dukung, masa tu kita buat-buatlah lari macam tengah bermain dengan dia.
Tak adalah nanti dia meraung kalau kita tak dukung pun sebab dia duk ingat yang kita tengah main dengan dia.
#3. Penting sangat untuk kita patuhi janji dengan anak. Kalau kita cakap nak pergi sekejap, make sure betul-betul sekejap.
Bila kita praktikkan macam ni, si kecil tu akan develop rasa confidence untuk ditinggalkan sebab dia tahu mak ayah dia tak kan mungkir janji.
#4. Ada anak yang jadi kacau bilau macam ni masa nak tinggalkan kat pengasuh.
Jadi make sure sebelum serahkan anak kita tu, cukupkan dulu semua keperluan fisiologi dia. Mana yang lapar berilah makan minum dulu. Mandi, tukar pampers siap-siap. Nanti tenanglah sikit budak tu waktu nak kena tinggal.
#5. Akhir sekali, kena keraskan hati kita ni sikit kalau si kecil tu nak minta dukung.
Beritahu yang kita tengah ada kerja nak siapkan. Tak apalah kalau dia menangis pun, biarkan kejap. Tapi bila dah siap je kerja terus kita datang balik entertain anak kita tu.
Lama-lama nanti si kecil tu akan faham yang kita sebenarnya tak abaikan dia pun, cuma mak ayah ada benda nak kena selesaikan sekejap.
Tolong saya #kongsikan ilmu ni ye terutamanya dengan kawan-kawan yang baru ada anak. Percayalah, ilmu ni penting sangat untuk mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan anak yang rapat dengan ayah akan membesar sebagai anak yang cerdik dan berkeyakinan bila dewasa nanti. Dalam perkembangan seorang anak, perlu diingat yang peranan ayah sama pentingnya seperti peranan ibu.
Walaupun kebanyakan anak memang rapat dengan ibu kerana ikatan telah terbina sejak dari dalam kandungan dan semasa proses menyusu tetapi tak semestinya ayah tak boleh rapat dengan anak.
Salah satu kajian yang dilakukan oleh Father Involvement mendapati ikatan yang erat antara anak dan ayah akan melahirkan anak yang cerdik dibandingkan dengan anak yang langsung tidak rapat dengan ayah atau hanya rapat dengan salah seorang daripada orang tuanya.
Walaupun sibuk dengan kerja, ayah janganlah balik ke rumah tanpa mampu melemparkan senyuman atau bertanya khabar pada si kecil. Mereka sangat menantikan kepulangan ayah dari kerja untuk bercerita banyak perkara yang berlaku pada hari tersebut.
Tip Eratkan Hubungan Dengan Anak
Kualiti masa lebih penting berbanding kuantiti. Itu jika anda seorang ayah yang sangat sibuk. Pastikan anda menyediakan waktu khusus untuk anak antara 20 hingga 30 minit sehari untuk bonding time. Masa ini anda buatlah apa aktiviti yang anak suka. Kegembiraan yang mereka alami dalam jangka masa yang singkat tapi berkualiti ini mampu memberikan kesan positif dalam diri mereka.
2. Tak perlu kos yang mahal atau perjalanan yang jauh
Untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak tak semestinya anda perlu merancang percutian ke tempat yang jauh dan pastinya memerlukan kos yang mahal dan perjalanan yang panjang. Kadang-kala aktiviti membasuh kereta di depan rumah pun dah boleh menjadikan anak gembira kerana dapat bersama ayah. Paling penting masa bersama si kecil.
3. Bermain dan bersiar-siar bersama adalah saat yang dinantikan oleh anak
Jadikan masa hujung minggu sebagai waktu untuk bermain dan bersiar-siar dengan anak. Mungkin anda boleh pilih waktu awal pagi untuk keluar beriadah di taman. Bermain bola sepak, main kejar-kejar, layan si kecil bermain di taman permainan sambil melihat keindahan alam semula jadi adalah waktu berharga yang sangat disukai oleh anak. Selain mengeratkan hubungan ayah dan anak, mereka juga boleh belajar mengenali pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbahan.
4. Sentiasa peluk anak
Anak yang sentiasa dipeluk lebih tenang, kurang degil, dengar cakap dan ceria, jadi ayah pastikan anda sentiasa peluk anak setiap hari. Pelukan dari seorang ayah akan merembeskan sejenis hormon oksitoksin di mana sel saraf pada badan akan memberi isyarat kepada otak untuk berada dalam keadaan tenang. Pelukan kepada anak lelaki akan membantu ia mengurangkan perlakuan agresif selain bagus untuk perkembangan IQ mereka.
5. Berbual dengan anak
Pernah tak ayah berbual dengan anak? Walaupun ayah sibuk tapi carilah masa untuk berbual-bual dengan anak. Ayah boleh bercerita hal-hal berkaitan pembentukan karektor diri anak. Daripada ayah, anak belajar tentang disiplin, keyakinan diri, skil kemahiran hidup dan bagaimana menjadi individu yang berani dengan cabaran hidup.
6. Dengar cerita anak
Anak-anak memang suka bercerita. Walaupun kadang-kala kita tak berapa faham dengan cerita si kecil tapi cubalah layan dan memberikan respon pada ceritanya. Ayah, tolong letak seketika handphone dan beri tumpuan pada cerita anak. Ia penting untuk membina keyakinan diri anak meluahkan perasaannya.
7. Sesekali keluar berdua dengan anak
Mungkin ramai ayah yang tak yakin untuk keluar berduaan dengan anak sahaja. Tapi tak salah cuba cara ini sebagai salah satu kaedah merapatkan hubungan. Sesekali cuba bawa anak anda keluar tanpa ibu mereka bersama. Selain anda dapat meluangkan masa bersama, cara ini juga membantu ayah menjadi lebih cekap menguruskan keperluan anak. Kalau tak confident, cuba keluar dengan anak dalam masa sekejap dan tempat yang tak jauh. Bila dah okay mungkin boleh keluar lebih lama dan ke lokasi yang jauh sedikit dari rumah.
8. Uruskan keperluan anak
Sebaiknya mulakan sejak anak masih bayi. Walaupun kekok sebab pertama kali bergelar ayah tapi berusahalah untuk belajar menguruskan keperluan si manja. Percayalah, seorang ayah punya cara dan kehebatan tersendiri menguruskan keperluan si manja walaupun mungkin kali pertama boleh jadi kelam-kabut.
Membina ikatan erat bukanlah satu perkara yang mudah dan cepat. Ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran. Paling penting anda tidak mudah berputus asa untuk terus rapatkan diri dengan anak. Ingatlah, peranan ayah sangat penting dalam perkembangan karektor seorang anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hobi bukan sekadar aktiviti suka-suka. Ia adalah “alat pembelajaran semula jadi” yang penuh potensi. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang aktif dengan hobi memiliki keseimbangan emosi yang lebih baik, prestasi akademik yang cemerlang, dan hubungan sosial yang lebih kukuh berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai hobi tetap.
Hobi seperti membina model, melukis, dan mencipta kraf mengaktifkan bahagian otak kanan yang berkait rapat dengan kreativiti, visualisasi, dan pemikiran abstrak.
Fakta menarik: Kajian dari University of California mendapati bahawa kanak-kanak yang sering melukis atau mencipta sesuatu mempunyai daya penyelesaian masalah 30% lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.
Hobi juga bantu mereka membina kemahiran merancang, mengambil risiko dalam keputusan kecil dan menyelesaikan konflik dengan cara kreatif.
Aktiviti berkumpulan seperti kelas seni, kelab robotik atau pasukan sukan menjadikan kanak-kanak lebih selesa berkomunikasi, belajar giliran, dan mengekspresikan pendapat mereka dengan yakin.
Fakta menarik: Menurut laporan dari Harvard Graduate School of Education, kanak-kanak yang aktif dalam kelab atau komuniti lebih berempati dan proaktif membantu rakan-rakan mereka.
Ini bukan sahaja membina kemahiran interpersonal, tetapi juga menanam rasa hormat dan sikap kepimpinan sejak kecil.
Hobi juga merupakan saluran emosi. Bila anak tertekan atau keliru, hobi seperti menulis jurnal, melukis atau bermain alat muzik membantu mereka meluahkan emosi dengan selamat.
Fakta menarik: Data dari National Institutes of Health menunjukkan bahawa aktiviti kreatif seperti seni dapat mengurangkan hormon stres (kortisol) dalam masa 45 minit sahaja.
Ini menjadikan hobi bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu bentuk terapi emosi yang berkesan!
Hobi fizikal seperti berkebun, menari, atau berbasikal menjadikan anak lebih sihat, aktif dan ceria. Ia bantu menyeimbangkan masa mereka dari terlalu lama menghadap skrin.
Fakta menarik: WHO menyarankan kanak-kanak berumur 5–17 tahun perlu aktif sekurang-kurangnya 60 minit sehari, dan hobi fizikal boleh membantu mencapai sasaran ini tanpa tekanan.
Aktiviti ini juga memperbaiki koordinasi motor kasar dan halus serta mengurangkan risiko obesiti kanak-kanak.
Hobi yang konsisten mengajar anak tentang kepatuhan pada rutin, fokus jangka panjang, dan pengurusan masa. Mereka belajar bahawa kejayaan kecil datang dari usaha yang berterusan.
Fakta menarik: Kajian dari Michigan State University menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai hobi seperti muzik atau sukan menunjukkan tahap disiplin diri 28% lebih tinggi, dan ini dikaitkan dengan pencapaian akademik yang lebih baik.
Hobi bukan sekadar “isi masa lapang”—ia adalah senjata rahsia dalam membina peribadi anak-anak yang seimbang. Ia memperkayakan jiwa, menyuburkan minda, dan menyentuh aspek sosial serta emosi.
Sebagai ibu bapa dan pendidik, marilah kita terus memupuk minat anak-anak dalam aktiviti yang mereka suka. Biarlah hobi mereka menjadi tempat mereka belajar tentang dunia, tentang diri mereka sendiri, dan tentang erti usaha dan keseronokan sebenar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!