Anggaplah Anak Tak Duduk Diam Rezeki Ibu Ayah. Maksudnya Otak & Badan Anak Sihat!

Share

Anak tak boleh duduk diam tu rezeki. Tu tandanya, otak dia sihat, fizikal dia sihat, emosi dia sihat, tumbesaran dia sihat, dalaman dan luaran dia sihat walafiat.

Yang buat dia jadi tak sihat bila kita suruh dia duduk diam-diam dan ikut arahan macam orang dewasa. Hah, itu bahaya!

Melalui perkongsian Influencer Parenting, Mohd Fhais, fitrah anak yang lasak dan gasak ni Learning Capacity mereka adalah dengan bergerak. Sel-sel otak dia orang berhubung bila dibenarkan bergerak bebas.

Otot kaki dan tangan dia jadi kuat dan kental dengan bergerak bebas. Malah emosi dia juga jadi terurus dan aman sentiasa bila dapat bergerak bebas.

Andai di kongkong dan di perintah-perintah ikut arahan maksudnya kita dah “bunuh” kebolehan belajar dan kemampuan untuk membesar anak dari dalaman.

Ayat mudah, kita “tak bersyukur” pada rezeki yang Allah dah beri pada kita. Lagipun, anak yang lasak dan gasak ni sebenarnya ada potensi jadi orang yang sangat hebat kemudian hari nanti.

Sebabnya sejak lahir lagi mereka dah ada Growth Mindset semulajadi. Ramai anak tak ada benda ni. Itu yang kita patut rasa bertuah sangat. Pandai kita corak, pandai la anak mengorak langkah jadi orang berjaya kelak.

Kredit: Mohd Fhais
Penat anak tak duduk diam, tapi lega bila nampak potensi besar anak-anak

ARTIKEL MENARIK [Usia 0-7 Tahun Bermainlah Dengan Anak. Umur 8-14 Disiplinkanlah Mereka. Baru Sempurna!]

LAGI ARTIKEL MENARIK  [Telur & Ikan Antara Makanan Terbaik Buat Anak Makin Bijak, Pakar Kongsikan Jenis Makanan Untuk Otak Anak]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN