Anak tak boleh duduk diam tu rezeki. Tu tandanya, otak dia sihat, fizikal dia sihat, emosi dia sihat, tumbesaran dia sihat, dalaman dan luaran dia sihat walafiat.
Yang buat dia jadi tak sihat bila kita suruh dia duduk diam-diam dan ikut arahan macam orang dewasa. Hah, itu bahaya!
Melalui perkongsian Influencer Parenting, Mohd Fhais, fitrah anak yang lasak dan gasak ni Learning Capacity mereka adalah dengan bergerak. Sel-sel otak dia orang berhubung bila dibenarkan bergerak bebas.
Otot kaki dan tangan dia jadi kuat dan kental dengan bergerak bebas. Malah emosi dia juga jadi terurus dan aman sentiasa bila dapat bergerak bebas.
Ads
Andai di kongkong dan di perintah-perintah ikut arahan maksudnya kita dah “bunuh” kebolehan belajar dan kemampuan untuk membesar anak dari dalaman.
Ayat mudah, kita “tak bersyukur” pada rezeki yang Allah dah beri pada kita. Lagipun, anak yang lasak dan gasak ni sebenarnya ada potensi jadi orang yang sangat hebat kemudian hari nanti.
Ads
Sebabnya sejak lahir lagi mereka dah ada Growth Mindset semulajadi. Ramai anak tak ada benda ni. Itu yang kita patut rasa bertuah sangat. Pandai kita corak, pandai la anak mengorak langkah jadi orang berjaya kelak.
Kredit: Mohd Fhais
Penat anak tak duduk diam, tapi lega bila nampak potensi besar anak-anak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau tanya anak-anak sekarang kenal atau tidak dengan permainan tradisional seperti congkak mungkin ada yang tak mengenalinya. Sebenarnya permainan tersebut sangat baik untuk perkembangan anak-anak usia tadika.
Perkongsian oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli seorang Occupational Therapist di Facebook miliknya menyenaraikan 5 manfaat yang akan diperoleh bila anak-anak yang masih dalam usia tadika bermain congkak.
5 SEBAB CONGKAK PERLU ADA DI SETIAP RUMAH YANG ADA ANAK USIA TADIKA
1. Koordinasi mata-tangan. Masa anak-anak tengok pergerakan tangan dia dan nak masukkan congkak dalam setiap lubang congkak, masa inilah anak belajar koordinasikan pergerakan tangan dengan penglihatannya. Kemahiran ini penting untuk anak-anak boleh fokus penglihatan pada tangannya semasa belajar menulis.
2. Manipulasi dalam tangan. Masa anak genggam guli banyak-banyak dalam tapak tangan, dan gerakkan satu per satu guli dari tapak tangan ke hujung jari untuk dimasukkan ke dalam lubang congkak, ketika inilah anak belajar manipulasi dalam tangan. Kemahiran ini penting untuk anak boleh kawal pensel dengan baik.
3. Fokus visual vs fokus auditori. Anak belajar untuk tidak terganggu dengan bunyi-bunyian guli yang bising, san teruskan fokusnya pada penglihatan mata dan pergerakan tangannya. Kemahiran ini penting untuk bantu tingkatkan fokus anak.
4. Mengikut peraturan mudah. Semasa anak belajar untuk masukkan satu guli sahaja dalam setiap lubang congkak, anak belajar mengikut peraturan mudah. Mengikut peraturan tanpa stress penting untuk anak boleh duduk dengan baik dan kuasai kemahiran kemahiran kompleks sepertu membaca dan menulis.
5. Belajar sabar dan mengikut turutan. Terutamanya untuk anak yang sedikit kurang sabar dan nak buat kerja dengan laju sahaja, main congkak akan bantu anak untuk "tone down" dirinya. Sebab anak perlu fokus pada memasukkan satu demi satu guli mengikut turutan pada lubang congkak. Best dan simple kan? Ha. Pergi beli congkak cepat kalau belum ada
Ibu ayah jangan ambil mudah bab gigi anak. Bawa mereka buat pemeriksaan bila tiba masanya untuk elak masalah gigi rosak.
Kecuaian ibu ayah boleh menyebabkan mereka tidak mampu untuk makan/ mengunyah berkhasiat dengan baik dan keluar masuk hospital sebab sakit gigi.
Menjadi kewajipan ibu ayah untuk menunaikan hak anak-anak yang masih kecil. Mereka masih belum tahu melakukannya sendiri terutama sekali pemeriksaan gigi, Banyak kita lihat masalah berkaitan gigi anak, belum pun usia dua tahun gigi dah mula rongak gara-gara kurangnya kepekaan ibu bapa kepada pemeriksaan gigi anak. Sepatutnya sebelum usia 4 tahun, gigi anak sudah diperiksa 3 kali!
PEMERIKSAAN GIGI MENGIKUT TAHAP USIA
Banyak perkara berkenaan gigi anak yang akan diperiksa mengikut tahap usia. Ia telah tertulis di dalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0-6 tahun) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti;
Keperihatinan ibu bapa boleh membantu si manja mengelakkan masalah berkaitan gigi sepanjang proses pembesarannya. Amalan baik seperti memberus gigi sebelum tidur juga boleh diterapkan sejak awal lagi sebenarnya.
Hak untuk mendapatkan pemeriksaan gigi mengikut waktu yang sewajarnya.
Ramai ibu bapa yang tidak peka mengenai pemeriksaan pergigian bagi anak-anak di bawah umur 4 tahun.
Belek-belek sedikit buku kesihatan anak anda itu..
Cuba lihat muka surat 68,96 & 115. Jarang sekali dilihat lengkap semuanya. Tahniah buat yang peka.
SEBELUM 4 TAHUN GIGI ANAK KENA DIPERIKSA SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI
Untuk makluman ibu bapa sekalian, anak berumur bawah 4 tahun giginya perlu diperiksa sekurangnya 3 kali :
GIGI SUSU SAMA PENTINGNYA DENGAN GIGI KEKAL
Kesihatan pergigian perlu seiring dengan kesihatan tubuh badan yang lain.Jangan di anggap remeh walaupun hanya gigi susu yang ada. Gigi susu sama pentingnya seperti gigi kekal.
KESILAPAN IBU AYAH BOLEH BUAT IBU AYAH MERANA
Mahukah anda lihat anak kecil itu tak lena tidurnya kerana kesakitan gigi?
Sanggup anda lihat anak kecil itu kekurangan zat kerana tak mampu mengunyah makanan dgn baik?
Ada juga anak kecil terpaksa keluar masuk hospital kerana jangkitan kuman akibat kerosakan gigi susu.
BAWA ANAK KE KLINIK PERGIGIAN SEAWAL BOLEH
Bawa anak anda ke klinik pergigian seawal yang boleh. Pasti ada nasihat dan celoteh dari doktor atau nurse yang merawat nanti.
Boleh dikatakan rata-rata ibu bapa hari ini meluahkan rasa risau apabila anak berusia 2 tahun ke atas masih belum boleh menyebut perkataan bermakna. Malah menurut terapis pertuturan pun, ia disebabkan oleh beberapa faktor.
Bagaimanapun, masih belum terlambat lagi tetapi ibu bapa mesti cari jalan penyelesaiannya membantu anak. Untuk ibu bapa yang mungkin nak tahu tip, perkongsian Puan Siti Nurnabilah ini mungkin boleh dijadikan panduannya. Tip ini diamalkan untuk anaknya dan memang berjaya.
Pasangan Puan Siti Nurnabilah Muhammad Fairul Anuar dan Encik Ahmad Ashraf Ghazali dikurniakan cahaya mata pertama, Safiya Imani, yang kini sudah pun berumur 1 tahun 9 bulan.
Menurut Nurnabilah, anaknya yang hanya dipanggil Safiya ini ialah seorang yang sangat aktif dan tidak gemar untuk duduk diam.
Walaupun begitu, anaknya ini merupakan seorang kanak-kanak yang mudah mendengar kata walaupun hanya berusia hampir dua tahun.
Safiya juga bukanlah jenis kanak-kanak yang mudah meragam kerana ibu ini amat menjaga waktu tidur, makan dan emosi si anak.
Jadi, boleh dikatakan Safiya amat mudah diurus dalam pelbagai aspek.
Ajak berbual sejak Safiya masih dalam kandungan
Nurnabilah telah mula bercakap atau berbual bersama anaknya sejak awal kandungan lagi.
Menurutnya, setelah Safiya lahir, dia telah mula merancang pelbagai aktiviti yang sesuai dengan umur anaknya itu.
Antaranya membacakan flashcard dan buku cerita sewaktu sedang menyusukan, memandikan atau memakaikan lampin anaknya.
Walaupun dia sedar anaknya tidak boleh memberikan respons pada ketika itu (disebabkan masih pada usia bayi), namun dia tahu si anak mendengar setiap patah perkataan yang disebutkannya.
Berkat usahanya yang berpanjangan, Safiya berkemampuan untuk menyebut beberapa perkataan seperti Allah, Abi (panggilan untuk ayahnya) dan juga Abu (ibu).
Kata Nurnabilah lagi, sebelum anaknya pandai bercakap, dia sendiri telah mengajarkan bahasa isyarat kepada Safiya, seperti jika mahukan susu dan sebagainya. Jadi, dia lebih faham kemahuan anaknya pada ketika itu.
5 tips anak cepat bercakap dikongsikan Puan Nurnabilah
Terdapat 5 kaedah atau cara nak ajar anak bercakap yang boleh kita amalkan berdasarkan pengalaman Puan Nurnabilah.
Ibu ayah kena libatkan diri dengan aktiviti anak
Sejak Safiya berusia 1 bulan, Nurnabilah dan suami telah membeli pelbagai buku bacaan untuk dibacakan bersama-sama.
Semakin Safiya membesar, dia sudah tahu untuk menyebut nama sesuatu benda atau watak dalam buku yang dibaca.
Semua ini berkat usaha Nurnabilah yang menyebabkan anaknya sentiasa mendengar apa yang dibacakan kepadanya.
Bercakap dengan penuh ekspresi muka
Ibu ini juga akan menunjukkan ekspresi muka seperti teruja dan sebagainya ketika berbual bersama si anak.
Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa ada eye contact sewaktu bercakap dengan anak.
Dengan cara ini, anak akan lebih cepat ‘tangkap’ apabila melihat ekspresi muka dan juga gerak mulut ibu bapa.
Ini lebih berkesan jika ditambah dengan nada suara yang sesuai seperti intonasi yang ceria ketika bercakap.
Kurangkan penggunaan gajet untuk anak
Nurnabilah tidak menafikan kebaikan gajet. Namun sebagai ibu bapa, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mengawal penggunaan gajet oleh anak-anak.
Sebaliknya, pendekatan yang dilakukan ibu ini adalah dengan menonton video pada gajet dan berinteraksi bersama-sama anaknya.
Dia juga akan mengehadkan waktu penggunaan gajet tidak lebih satu jam setiap hari untuk Safiya.
Selebihnya, Safiya akan bermain dengan alat permainan fizikal sahaja bersama-sama dengan ibunya.
Guna perkataan yang pendek, betul dan jelas
Nurnabilah juga tidak mengamalkan kaedah baby talk seperti ‘Jom mamam’.
Walaupun ia kedengaran agak comel, namun ia tidak sesuai untuk perkembangan jangka panjang anak.
Gunakan perkataan yang pendek, betul dan jelas seperti ‘Jom makan’ atau ‘Jom eat’. Ini merupakan cara nak ajar anak bercakap yang betul.
Berikan anak masa untuk belajar
Ibu bapa tidak disarankan untuk terlalu memaksa atau menekan anak untuk belajar bercakap.
Ini kerana, anak akan mudah berasa stres dan tidak akan memberikan kerjasama yang baik.
Oleh itu, jangan sesekali memaksa anak untuk menyebut sesuatu perkataan.
Kita perlu mengikut rentak anak ketika mengajar mereka, bukannya anak yang perlu mengikut rentak kita sebagai orang dewasa.
Jika kita mengikut rentak anak, anak akan lebih fokus, memberikan perhatian dan memahami apa yang disampaikan.
Kita mudah faham apa yang anak mahukan apabila anak pandai bercakap
Berdasarkan pengalaman yang dilalui, Nurnabilah lebih memahami kemahuan anaknya apabila si anak sudah pandai bercakap atau menyebut perkataan.
Bukan itu sahaja, Safiya juga lebih mudah untuk memahami arahan dan mendengar kata.
“Apabila ibu bapa mudah memahami kemahuan anak, anak juga akan mudah mendengar kata ibu bapa. Kesannya, emosi ibu dan anak juga akan menjadi lebih gembira dan positif. Alhamdulillah!” kata Nurnabilah.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.