Umum memang mengetahui tentang pelakon Fasha Sandha yang kini sedang sarat hamil. Namun sebelum ini Fasha masih belum mendedahkan gender anak yang bakal dilahirkan nanti.
Tapi baru-baru ini ketika hadir ke majlis kejutan baby shower yang diadakan khusus buat pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu, Fasha ada memaklumkan tentang jantina anaknya yang akan lahir menerusi sepotong video yang dirakam oleh usahawan kosmetik Rita Sosilawati.
Screen Shot 2020-07-10 at 9.58.45 AM
“Another drama queen,” jerit Fasha menerusi video tersebut, lapor portal hiburan Gempak.
Menerusi majlis baby shower yang diadakan pada Khamis, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu teruja menantikan cahaya mata sulungnya bersama pelakon Aidil Aziz.
Fasha yang turut memuat naik beberapa keping foto sepanjang majlis baby shower itu berlangsung nyata terkejut dengan perancangan dan sambutan majlis yang diadakan itu.
Screen Shot 2020-07-10 at 9.59.05 AM
“I can’t believe all of you made all that effort to throw me a surprise baby shower party.
Ads
“It must have been a ton of work and I can never thank you enough.
“Please know that I am grateful beyond words.
“Thank You dear family and close friends,” ucapnya di Instagram.
Majlis baby shower yang meriah itu bertemakan warna merah jambu dihadiri oleh keluarga dan juga teman-teman rapat Fasha Sandha.
Dalam beberapa posting yang lain, Fasha turut memuat naik video percutian babymoon bersama suami tercinta, Aidil dan juga kedua-dua anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima di Langkawi.
Fasha Sandha dan Aidil Aziz melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac tahun lepas. Ini merupakan kehamilan bayi pertama buat Fasha setelah keguguran sebanyak dua kali.
Semoga dipermudahkan semuanya buat Fasha Sandha. Rayfal dan Raysha mesti tak sabar nak jumpa adik baru mereka.
Sumber: Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah mengumumkan kehamilan kedua baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi kepada umum bahawa bayi lelaki yang berusia empat bulan lebih itu sebenarnya kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.
Menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini, Datuk Siti menjelaskan sebenarnya beliau lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.
“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu.
“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya dalam nada kesyukuran.
Tambahnya lagi walaupun menunggu lama untuk menimang cahaya mata sendiri, doanya telah dimakbulkan dan bersyukur tetap dapat sepasang untuk melengkapi hidup rumah tangganya.
Sebelum ini, desas-desus peminat yang menyatakan Datuk Siti hamil anak kedua terjawab apabila beliau mengumumkan sendiri berita ini. Tiada niat nak sembunyikan tetapi bila bayi dah membesar dengan sihat, itulah masa sesuai beliau umumkannya.
Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.
Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
Setelah itu, Tok Ti sekali lagi turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee 12 Disember lalu.
Datuk Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hamil pada usia 35 tahun agak berisiko, Fasha Sandha memberitahu keguguran yang dialami bukan kerana dia membuat pengumuman tentang kehamilannya terlalu awal.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, berkata dia menganggap apa yang terjadi bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu.
“Sebenarnya ia bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu sebelum. Sebelum ini saya hamil Raysha saya ada umum juga ketika kandungan peringkat awal.
“Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku.
“Tapi saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik kepada soal rezeki,” kata Fasha.
Fasha yag ditemui di majlis hari terbuka sebelum ini mengalami keguguran pada usia kandungan hampir mencecah tujuh minggu pada 7 Jun lalu.
AKAN LEBIH BERJAGA-JAGA JIKA HAMIL LAGI
Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima ini memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga sekiranya diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.
“Pada usia ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang saya belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif di masa hadapan.
“Jika hamil lagi, saya perlu berehat dan tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung,” ujar Fasha yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan aktor Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Pemantauan ibu kepada pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan atau still birth.
Menurut Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan , Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu. Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.
DEFINISI STILL BIRTH
Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.
Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB). MSB melibatkan bayi yang meninggal
lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.
CARTA PRGERAKAN BAYI ITU PENTING
Sewaktu kandungan mencecah usia 34 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.
Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
PUNCA DARIPADA IBU
1.Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).
2.Menghidap penyakit tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
3.Sindrom anti phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
4.Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
5.Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
6.Sosial ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.
PUNCA DARIPADA BAYI
1.Pembesaran terbantut
Risiko still birth boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.
2.Pembentukan kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
3.Air ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
4.Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta atau uri lekang juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!