
Bukan semua ibu mempunyai kesempatan untuk menyediakan bekal setiap pagi. Jadi apabila usaha kecil itu dihargai oleh anak sendiri, pastinya ia menjadi satu momen yang cukup bermakna.
Begitulah yang dirasai pelakon Anzalna Nasir apabila bekal makanan yang disediakan untuk anak sulungnya, Eidrees, bukan sahaja mendapat pujian daripada si kecil, malah turut menarik perhatian rakan-rakannya di sekolah.
Menurut Anzalna, Eidrees pulang dari sekolah sambil berkongsi cerita bahawa beberapa orang rakannya teruja melihat makanan yang dibawa di dalam kotak bekalnya kerana kelihatan begitu menyelerakan.
Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir itu turut berkongsi cerita anaknya yang membuatkan hatinya tersentuh.
“Eidrees balik sekolah hari ini cerita kawan-kawan dia terkejut tengok lunch box dia. I tanya kenapa, katanya kawan-kawan cakap makanan dia nampak sedap sampai ada yang minta makanan dia,” katanya.
Cerita ringkas daripada anaknya itu membuatkan ibu cantik jelita ini tersentuh. Malah, Anzalna sempat terfikir untuk menyediakan lebih banyak makanan supaya Eidrees dapat berkongsi dengan rakan-rakannya.
“Terus I rasa nak buat lebih untuk kawan-kawan dia sekali, tak sampai hati pula dengar.
“Tapi paling buat I happy bila Eidrees cakap, ‘Thank you, mommy masak sedap.’
“Simple words macam ini pun dah cukup buat I rasa bersemangat nak masak lagi dan buat yang lebih baik untuk anak-anak,” ujarnya.
Perkongsian Anzalna itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Ada juga yang berseloroh mahu menjadi guru atau rakan sekelas Eidrees semata-mata kerana teringin merasa masakan yang disediakan Anzalna.
Gelagat pengikutnya itu turut membuatkan Anzalna terhibur apabila menyedari cerita bekal Eidrees sudah mendapat ‘kawan’ dari seluruh Malaysia.
“Hahahahahaha esok aunty tak jadi masak. Tak tahu pula yang Eidrees ada kawan baik satu Malaysia,” balasnya secara berseloroh.
Bagi Anzalna pula, pujian kecil daripada anak sendiri sudah cukup menjadi pembakar semangat untuk terus memasak dan memberikan yang terbaik buat anak-anak serta keluarga.
Ka-kata yang lahir secara jujur daripada anak juga mempunyai nilainya tersendiri kerana ia hadir tanpa dibuat-buat. Bukan sahaja menggembirakan hati, ia boleh menjadi dorongan untuk seorang ibu terus melakukan perkara yang sama dengan lebih bersemangat pada hari-hari seterusnya.
Baca lagi: Mykad Generasi Baharu Rasmi Hari Ini, Tak Perlu Tergesa-Gesa Tukar Mykad Lama!
Disipilin Anak Tanpa Perlu Jerit & Ugut Rotan, 6 Cara Berkesan Guna Time-Out!
Diabetes Jenis 1 Pada Anak, 8 Tanda Penting Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!
Sumber: Anzalna Nasir