
Pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir, kini lebih selesa dikenali sebagai seorang ibu yang penuh kasih sayang selepas mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada tahun 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, dengan anak sulung mereka, Mohamad Eidrees, kini berusia 6 tahun. Selain Eidress, pasangan ini dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Mohamad Emirhan yang kini berusia tiga tahun.

Baru-baru ini, perkongsian Anzalna di Instagram mencuri perhatian ramai apabila beliau memuat naik momen penuh emosi melihat anak sulungnya diberi amanah menjadi imam solat hajat di sekolah, bersempena dengan program Global Sumud Flotilla (GSF).
Dalam kapsyen yang ditulis, Anzalna meluahkan rasa sebak bercampur bangga:
“Hati rasa sejuk sangat bila tengok anak sendiri jadi imam. MashaAllah Eidrees mommy is so proud of you 🥲 Thank you Teacher Sab, for sharing these beautiful videos. Anak-anak soleh dan solehah, Alhamdulillah.”
Kata-kata ringkas itu benar-benar menyentuh hati, menggambarkan perasaan seorang ibu apabila melihat anak kecil berusia 6 tahun sudah mampu memikul tanggungjawab mengimamkan solat berjemaah. Ia bukan sahaja satu pencapaian buat Eidrees, malah satu nikmat besar untuk seorang ibu yang mengharapkan anaknya membesar sebagai insan soleh.

Rakaman yang dikongsikan oleh Cikgu Sab itu memperlihatkan suasana murid-murid sekolah menunaikan solat hajat dengan penuh tertib, diimamkan oleh Eidrees. Bagi Anzalna, detik itu adalah momen yang akan kekal dalam lipatan kenangan.
Anak Siti Nurhaliza Turut Jadi Perhatian

Menariknya, dalam video yang sama, tanpa disangka turut kelihatan anak lelaki penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, iaitu Muhammad Afwa, yang turut serta bersama murid-murid lain. Gelagat Afwa yang comel dan bersungguh menunaikan solat nyata mengundang perhatian ramai.
Kehadiran Afwa dalam video tersebut membuatkan netizen semakin tersentuh, melihat bagaimana anak-anak kecil dari keluarga berbeza dapat bersama-sama menunaikan ibadah dengan penuh khusyuk. Ramai yang menyifatkan ia sebagai gambaran indah bagaimana generasi muda dididik sejak awal untuk mencintai agama dan berdoa untuk kesejahteraan ummah.
Reaksi Netizen
Perkongsian Anzalna itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ramai yang memuji keberanian Eidrees menggalas tanggungjawab sebagai imam di usia muda, di samping kagum melihat anak-anak lain seperti Afwa yang sama-sama membesar dengan pendidikan agama yang kukuh.
Ada yang mendoakan agar Eidrees terus menjadi anak soleh yang membanggakan ibu bapa, ada juga yang berkongsi rasa syukur melihat anak-anak generasi kecil ini mula diasuh dengan nilai agama sejak usia awal. Netizen rata-ratanya menganggap momen itu bukan sahaja membanggakan buat keluarga Anzalna, tetapi juga memberi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk menekankan pendidikan agama dalam keluarga masing-masing.
View this post on Instagram
Sumber: anzalnanasir88
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!












