“Sejak ada anak rutin harian saya banyak berubah. Soal berjaga malam dan menguruskan anak bukan satu hal yang sukar pada saya. Adakalanya rasa penat tetapi saya puas hati membesarkan Eidrees sendiri bersama suami.

Itu yang dikongsikan oleh Anzalna Nasir sejak bergelar ibu kepada buah hatinya Mohamad Eidrees.

Selesa urus sendiri

“Kalau nak diikutkan saya boleh mempunyai pembantu rumah jika nak tetapi memandangkan masa membesarkan untuk membesarkan Eidrees hanya sekali saja seumur hidup rasa rugi pula.

“Jadi apa yang saya lihat sebaiknya biarlah saya dan suami sama-sama menjaga dan membesarkannya. Tak tahu lagi bila akan merasa pengalaman macam ni,” katanya.

Anzalna Selesa Besarkan Eidrees Tanpa Maid. Biar Penat Kerana Momen Ni Sekali Je

Tambah Anzalna lagi tiada pembantu bukan satu masalah besar baginya kerana suami sangat membantu dalam hal ini. Begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Sekiranya saya dan suami masing-masing sibuk dengan kerja, kami akan meminta ahli keluarga tolong jagakan Eidrees. Namun jika mereka pun sibuk saya sanggup tolak apa-apa tawaran kerana keutamaan saya adalah anak.

Anzalna Selesa Besarkan Eidrees Tanpa Maid. Biar Penat Kerana Momen Ni Sekali Je

Membesarkan Eidrees paling menyeronokkan

Anzalna mengakui membesarkan Eidrees momen paling menyeronokkan dalam hidup.

Biarpun penat, tapi dapat kepuasan bila jaga anak sendiri. Semua boleh tolak ke tepi kerana Mohamad Eidrees.

“Lagi puas hati bila semua benda kita buat sendiri. Tidur tidak cukup atau terpaksa bangun awal bukan masalah kerana saya sudah terbiasa bangun awal. Jadi bukan masalah pada saya.

Anzalna Selesa Besarkan Eidrees Tanpa Maid. Biar Penat Kerana Momen Ni Sekali Je

“Apa yang saya perasan, perangai saya sendiri bertukar sejak ada anak. Saya lebih prihatin dalam hal kebersihan dan penjagaan rumah. Kalau boleh saya hendak pastikan seluruh rumah bersih demi untuk kesihatan Eidrees. Sebolehnya saya tidak mahu ada habuk-habuk yang tertinggal, bimbang memudaratkan Eidrees.

Begitu juga soal makanan Eidrees, semuanya saya sediakan sendiri. Cuma bila ada kerja yang terpaksa saya selesaikan, terpaksalah saya meminta bantuan kakak atau emak mentua untuk tengokkan Eidrees,” ceritanya lagi.

Anzalna Selesa Besarkan Eidrees Tanpa Maid. Biar Penat Kerana Momen Ni Sekali Je

“Dia Yang Saya Tunggu Selama Ini”

Kelahiran Eidrees merubah kehidupan mereka secara total. Anzalna mengakui segala perihal dirinya kini dilupakan seketika sementelah memberi sepenuh perhatian kepada Eidrees.

“Saya tidak kisah berhabis untuk Eidrees, waktu membeli-belah di Paris dan London tempoh hari pun semuanya untuk Eidrees malah kalau hendak tahu saya sudah siapkan beberapa pakaiannya hingga usianya dua tahun. Saya hanya mahu dia gembira dan selesa serta membesarkannya dengan serba sempurna,” kongsinya lagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI