Hati seorang perempuan senipis sehelai tisu. Mudah terasa jika dipersoalkan atau ketika di tegur dengan kasar terutamanya oleh insan tersayang. Sebagai suami yang bertimbang rasa dan romantis, biasanya mereka lebih peka dengan perasaan si isteri. Dalam perkahwinan, ada beberapa perkara yang tidak boleh suami sebutkan pada isteri.
Sesetengahnya kedengaran remeh, tetapi jika dikatakan pada isteri akan sangat mengguris perasaannya. Kadang-kadang mungkin suami terleka, tidak menyangka hal itu boleh membuatkan isteri berjauh hati. Dipetik dari laman Facebook Feminine HQ, mereka berkongsi 9 ayat yang JANGAN LAGI DISEBUT depan isteri.
Sumber foto: www.freepik.com
Suami, JANGAN LAGI Sebut 9 Ayat Ini Pada Isteri Anda, Atau Habislah…
1. “Cuba bawa bertenang. Rilek!” Ini ayat pertama yang para suami suka sangat sebut bila isteri mula membebel atau tak boleh bawa bertenang. Dan ini adalah ayat yang paling salah!
Apabila isteri marah tentang sesuatu, ayat suruh mereka bertenang tak akan membantu. Ia buat mereka rasa lebih tertekan dan anda tak nak mendengar apa kata-kata mereka.
Apa patut anda sebut: Sebaiknya anda tanya dia apa yang merungsingkan itu dan selesaikan masalah bersama-sama.
2. “Period ke? Patutlah!” Helo, isteri bukan asyik nak marah atau membebel ketika datang bulan saja tau! Ha ini yang buat isteri mula mengamuk bila suami sebut ayat ini.
Ada banyak sebab mengapa isteri marah – mungkin anda menyakitkan hati mereka, anda annoying atau sebagainya, dan period bukan sebab utama isteri marah.
Jadi, berhenti sebut ayat ini dan berhenti ingat anda tak melakukan sebarang kesalahan yang boleh buat isteri mengamuk.
Ads
3. “Apa masalah awak ini?” Ayat yang cukup tajam untuk si isteri. Tunggulah bebelan sepanjang siri Harry Potter pula akan keluar pula, ya!
Menyoal apa masalah isteri akan menyebabkan mereka anggap mereka “satu masalah” yang tak boleh dikawal.Ayat ini tak cukup empati dan rasa belas kasihan pada isteri.
Apa patut anda sebut: Cuba soal dengan lembut dan tertib tentang isu yang dihadapi mereka. Tanya bagaimana anda boleh membantu menyelesaikan masalah itu.
4. ” Dulu ex abang pandai masak ini.” Ex dan kisah dulu-dulu jangan pernah diungkit semula kalau tak mahu pinggan terbang, ya!
Apa patut anda sebut: Pujilah masakan isteri itu, dia sudah berusaha tau!
Ads
5. “Rimaslah! Awak asyik membebel saja!” Lagi anda kata anda rimas, lagi isteri akan membebel. Kan saya sudah cakap, ada sebab kenapa isteri membebel.
Ia mungkin ada permintaannya tak ditunaikan, atau anda tak meringankan beban dia langsung!
Cuba ambil alternatif bijak dengan mencari punca kenapa isteri membebel dan selesaikannya.
6. “Tengok perempuan itu, lawa! Isteri mana yang tak cemburu kalau suami puji wanita lain. Suami pun janganlah gatal nak puji wanita lain depan isteri kalau tak mahu isteri tarik muka dan merajuk pula.
Ads
Tapi, biasalah lelaki kan… mata kena cuci juga. Cuba kurangkan kalau tak mahu bergaduh!
Tip: Kalau kantoi isteri anda nampak anda tengok perempuan lain, cakap “Abang bersyukur isteri abang tak macam dia itu. Seksi sangat!”
Ehem, rahsia kita okay?
Apa yang penting, sama-samalah kita suami isteri menjaga tutur kata masing-masing.
Ia demi perkahwinan bahagia hingga ke anak cucu kita juga. Bukan untuk orang lain.
Bolehlah jadi rujukan para suami. Mungkin ada ayat lain yang akan buat si isteri terasa hati, tetapi ini adalah yang paling asas. Apa-apa pun, dalam hidup berumah tangga haruslah saling menghormati dan menjaga hati antara satu sama lain.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran mengenai angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di perairan negara dari 29 hingga 31 Disember.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, METMalaysia memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka melanda perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, kenaikan paras air laut turut diramalkan berlaku di kawasan perairan berkenaan bermula Ahad hingga Isnin dengan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.
Menurut METMalaysia, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter turut dijangka membadai kawasan perairan selatan Samui, Tioman, selatan Bunguran, tenggara Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan hingga Selasa.
Di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef North, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dengan kelajuan melebihi 60 km/j dan ombak lebih 4.5 meter dijangka berlaku hingga Selasa.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.
Amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan utara Bunguran serta timur laut dan barat daya Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 km/j dan ombak hingga 4.5 meter.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut METMalaysia.
Sumber: METMalaysia. & Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Muhammad Aiman Aminuddin berkata, kumpulan itu dari Kuala Berang, Terengganu dan menaiki kereta api di stesen KTM Tanah Merah untuk mengadakan lawatan di gua berkenaan.
Katanya, sebelum itu keadaan cuaca cerah, namun secara tiba-tiba keadaan menjadi diluar jangkaaa menyebabkan mereka terperangkap.
“Operasi menyelamat mangsa membabitkan lima lelaki, 16 wanita dan 18 kanak-kanak itu mengambil masa lebih dua jam,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 3.24 petang memaklumkan terdapat mangsa terperangkap di dalam gua akibat kepala air.
“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari BBP Dabong dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa dipindahkan menggunakan bot bomba dan kesemuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.04 petang.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak yang dalam fasa nak membesar ni ada saja kerenah mereka yang mencuit hati. Ada saja benda dibuat yang menguji kesabaran ibu ayah. Banyak akal, buat itu ini. Ada masanya setiap perangai anak tu sebenarnya mengikut ibu ayahnya.
Mungkin selalu sangat tengok kita, jadi sedikit-sebanyak mempengaruhi perangai mereka. Bila dilihat balik, sama rupanya perangai anak tu seperti ibu atau ayahnya.
Seperti yang dikongsikan oleh Tomok di laman Instagram, sebuah video yang menunjukkan anak perempuannya, Khadija atau mesra dipanggil Dadija sedang bercakap tentang sesuatu.
Sumber foto: Instagram Tomok
Tak tahu apa yang dikatakannya, tetapi memang riuh sungguh sambil tangannya menunjukkan sesuatu di luar rumah. Melalui kapsyen video juga Tomok juga bertanya jika ada sesiapa yang tahu apa yang cuba disampaikan oleh Dadija.
Memang comel sungguh telatah Dadija, semakin besar terserlah wajahnya seperti ibu. Seronok tengok gaya Dadija bersembang, tak cukup dengan mulutnya yang becok, tangan pun sibuk tunjuk ke sana-sini.
Antara komen yang ditinggalkan;
Agak-agaknya mommies semua faham tak apa yang Dadija cakapkan ni? Cerdik sungguh anak perempuan Tomok, semoga dia terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak dan sentiasa membanggakan keluarganya.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.