Apam ke aiskrim? Bagi yang keliru jom kita cuba apam aiskrim Cornetto terangkat ini. Paling senang nak buat malah paling nikmati dimakan lepas dikeluarkan dari peti ais.

Idea kreatif pemilik resipi, Pn Nora Syikin Azmi ini mama wajib cuba. Sedap!

Apam Aiskrim Cornetto, Lagi Terangkat Salut Coklat Padu, Nikmatnya Makan Waktu Sejuk!


Apam aiskrim Cornetto nak tengok video cara buat kon boleh pm saya atau tengak link video kat wall saya.

Resepi Apam Cornetto

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum diayak
4 biji telur
1 cawan gula kastor
200ml air ice cream soda
1 sudu makan Ovalette
1 sudu teh esen rose
Pewarna
Coklat masakan
Kekacang/ coklat rice / coklat cip

Apam Aiskrim Cornetto, Lagi Terangkat Salut Coklat Padu, Nikmatnya Makan Waktu Sejuk!

Pukul telur, ovalette dan gula hingga, putih kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit.

Masukkan air aiskrim soda separuh dulu, putar high speed kemudian masukkan separuh tepung gandum, aiskrim soda dan habiskan tepung.

IKLAN

Putar sekejap, stop dan masukkan esen rose. Putar sekejap dan stop.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dalam mangkuk berasingan. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. Gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.

Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.

Adunan tu tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli.

Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.

IKLAN

Apam Aiskrim Cornetto, Lagi Terangkat Salut Coklat Padu, Nikmatnya Makan Waktu Sejuk!

Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak.

Dah masak sejukkan apam sekejap. Cairkan choc dan tuang atas apam tadi. Tabur kekacang/coklat rice/coklat chip. Ikin guna badam.

Masuk fridge utk beku kan chocolat. Apam ni sedap sangat-sangat di makan ketika baru keluar dari fridge.

IKLAN

Menarik: Cucur Udang Sedap Tak Serap Minya, Cara Perap Kena Betul, Baru Jadi Sedap

Apam Aiskrim Cornetto, Lagi Terangkat Salut Coklat Padu, Nikmatnya Makan Waktu Sejuk!

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI