Anak-anak memang susah kalau nak suruh makan sayur atau buah. Jadi mama kena pancing dengan macam-macam cara untuk mereka suka makan makanan berkhasiat.

Ada yang jadi kreatif dengan buat pelbagai bentuk makanan dan ada juga yang inovatif mencipta resipi yang enak untuk anak-anak teruja mencubanya.

Seperti yang dikongsikan oleh Puan Marimar Mas dalam menyediakan salad buah yang berkrim dan sedap. Ia sangat sesuai untuk memancing anak-anak yang tidak suka makan buah.

Resipi Mudah Salad Aneka Buah, Sedap & Berkrim. Snek Sihat Untuk Anak, Confirm Sedap!

Bahan-bahannya juga mudah untuk didapatkan dan yang pasti bukan anak-anak je yang akan seronok, malah ibu dan ayah pun boleh tumpang sekaki.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
  • Susu Pekat
  • Cheddar Cheese
  • Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
  • Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
  • Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)

Resipi Mudah Salad Aneka Buah, Sedap & Berkrim. Snek Sihat Untuk Anak, Confirm Sedap!

Resipi Mudah Salad Aneka Buah, Sedap & Berkrim. Snek Sihat Untuk Anak, Confirm Sedap!

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
  2. Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.
  3. Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.
  4. Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.
  5. Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul. Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
  6. Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant.
  7. Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.
  8. Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.
  9. Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.

Resipi Mudah Salad Aneka Buah, Sedap & Berkrim. Snek Sihat Untuk Anak, Confirm Sedap! Resipi Mudah Salad Aneka Buah, Sedap & Berkrim. Snek Sihat Untuk Anak, Confirm Sedap!

Senang kan? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni.

Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah jugak.

IKLAN

Memang sihat, lazat dan rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain!

Resipi Mudah Salad Aneka Buah, Sedap & Berkrim. Snek Sihat Untuk Anak, Confirm Sedap!

Selamat mencuba!

Sumber : Puan Marimar Mas (sedapnya resipi)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI