Kuih apam walaupun dalam kategori kuih tradisional tetapi sehingga kini masih ada penggemar sendiri. Ini kerana teksturnya yang lembut boleh di makan begitu saja atau pun dicicah dengan kelapa parut.

Biasanya apam nasi atau apam kampung yang selalu orang buatkan tapi kali ini, resipi apam solo boleh dicuba. Tiada kelapa parut tetapi kuih apam solo ini akan diletakkan inti kelapa di dalamnya.

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je!]

Apam Solo Berinti Kelapa Tersangat Lembut. Gerenti Sedap, Sekali Makan Nak Lagi!

Inti kelapa ini pun boleh dimasak dengan gula merah dan daun pandan terlebih dahulu sebelum di buat bentuk bulat-bulat dan dimasukkan dalam acuan.

Berikut langkah-langkah nak buat apam solo berintikan kelapa. Confirm sedap dan penyediaannya juga sangat mudah.

Apam Solo.. Apam berintikan kelapa memang sedap 

IKLAN

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1/4 cawan minyak
1 paket yis mauripan
Secubit garam
2 1/2 cawan air
Pewarna ikut suka

Posted by Zura Zul on Tuesday, 8 January 2019

Cara-cara:

1) Kecuali pewarna.. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.. Kacau rata/sebati.

IKLAN

2) Perap adunan dalam bekas bertutup 1/2 jam atau sehingga naik.

3) Panaskan kukusan terlebih dahulu hingga mendidih.. Acuan sapu minyak.. Susun acuan dalam pengukus.

4) Adunan perap yang dah naik tadi dikacau rata.

LAGI ARTIKEL RESIPI [Resipi Daging Black Pepper Paling Mudah. Bangkit Selera Waktu Bersahur Nanti!]

IKLAN

5) Tuang sesudu adunan apam dalam acuan tadi.. Masukkan inti kelapa (buat bulat-bulat dulu inti kelapa). Tutup inti dengan adunan tadi. Jangan tuang penuh acuan ye.

Apam Solo Berinti Kelapa Tersangat Lembut. Gerenti Sedap, Sekali Makan Nak Lagi!

6) Lebihan adunan bahagikan sikit-sikit pewarna. Warnakan dengan warna pilihan.. Guna sudu kecil ambil sedikit adunan letak atas apam tadi. Buat dengan cepat ye. Sebab adunan apam naik cepat.. Boleh lorekkan guna lidi.

6) Kukus selama 15 minit.. Api sederhana besar

P/s: **Untuk adunan warna boleh juga masukkan dalam plastik kecil.. Paipkan atas apam.. Kemudian lorek dengan lidi **Adunan dia sedikit pekat/kental.. Tak pe.. Jangan tambah air

Sumber: Zura Zul (MAHN)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI