Apam Milo 4 Bahan Guna Sukatan Cawan, Senangnya Nak Buat Ni!

Share

Ketiadaan bazaar Ramadan tahun ini membuatkan ibu mula cuba menyediakan sendiri kuih-muih untuk berbuka di petang hari. Namun kuih yang sukar ditambah dengan kuantiti barang yang banyak menyukarkan ibu, lebih-lebih lagi yang terpaksa bekerja dari rumah. Nak mudah boleh cuba sediakan apam milo ini. Tersangatlah senang.

Resipi apam yang menggunakan empat bahan ini cukup senang nak disediakan. Blender sahaja kesemua bahan dan kukus hingga masak. Sangatlah mudah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rania Amira ini. Terbaik!

Resipi wajib cuba: Cucur Udang Rangup Tapi Lembut Di Dalam, Sedapnya Udang Selambak, Padu!


Bahan-bahan:
1 cawan milo
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus -ikut suka manis
6 biji telur gred B

Blend telur dan gula sampai kembang. Masukkan tepung gandum dan 1 sdk vanila pun boleh untuk elak kan bau telur.

Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan milo.

Masuk ke dalam bekas untuk dikukus.

Kukus selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak.

Sejukkan dulu baru potong. #dahsiap

Terbaik!

IKLAN