Apam Susu Pandan & Coklat Gebu. Guna Sukatan Cawan & Kukus 30 Minit!

Share

Sebut sahaja apam susu dah terbayang teksturnya yang lembut. Bukan saja senang nak buat tapi bahan-bahannya pun biasa saja.

Mama yang teringin nak buat tapi tak tahu cara nak buat macam mana, ikut resipi yang dikongsikan oleh Azzu Riana. Memang tak menyesal buat.

Akak nak kongsikan resepi apam susu yang mudah dan mesti jadi.

Resepi Apam Pandan

Bahan-bahannya:

Telur 4biji gred A
Gula setengah cawan (nk manis boleh tambah gula)
1sb ovelett
Esen vanila 1 penutup
Setengah cawan susu pekat
6 sb santan pekat &
Sedikit air daun pandan yang diblender

RESIPI MENARIK [Mudahnya Buat Kek Planta Rainbow Ni, Wangi, Gebu & Terlajak Moist!]

Cara membuatnya:

Mixer sampai sebati semua bahan dan dah sebati masukkan 2 cawan tepung gandum & mixer sampai sebati.

Kemudian kukus dalam 25 ke 30 minit. Sapu planta sedikit pada acuan agar tak melekat

Resepi Apam Coklat

Bahan-bahannya:

4 bji telur gred A
1 sb ovelet
Setengah cawan susu pekat (nak manis boleh tambah gula @ susu lagi)
1 sb milo
5 sb minyak masak ( nanti apam akan jadi moist )
1 cawan serbuk coklat (Saya guna serbuk coklat yang buat minuman tu je ye)

Cara membuatnya:

Mixer semua bahan kat atas bagi sebati. Lepas tu masukkan 1 setengah cawan tepung gandum dan sebatikan adunan. Kukus dalam 30-35 minit.. Resepi yang ni jadi moist taw sebab kita letak minyak.

Acuan tu sapu planta dulu tak nak bagi melekat.

RESIPI WAJIB CUBA [Puding Laici Kristal Dua Layer, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk]

Kredit Resipi: Azzu Riana

IKLAN