Si comel Muhammad Endra Haqimie, anak kedua pelakon, Eyra Hazali mencuri perhatian ramai bila mana tampil cukup segak dalam beberapa persalinan di sesi fotografinya.
Menerusi Instagram pasangan ini, Eyra dan suaminya, Muhammad Haziq Nadzli turut memuat naik beberapa kepingan gambar anak kedua mereka yang dipotretkan dalam pelbagai gaya.
Paling menarik, pastinya gaya bak pendekar cilik si comel Endra yang cukup segak bergaya dengan persalinan berona hijau gelap.
Selain gaya pendekar, Eyra dan suami turut memilih beberapa gaya lain seperti karektor Harry Potter dan juga seorang chef. Semuanya comel-comel belaka.
Ads
Tidak ketinggalan juga gaya santai Endra yang seoalah-olah bersantai di kolam mandi. Comel sekali.
Bukan sahaja koleksi comel Endra bahkan Eyra dan suami turut memotretkan gambar keluarga kecil mereka bersama. Banyak aksi comel terutama aksi anak sulung Eyra, Haider turut sama dikongsikan di Instagram pasangan ini.
Ads
Meninjau di ruangan komen, pengikut pasangan ini turut sama memuji kecomelan dan gaya comel Endra yang tidak jemu dipandang.
Semoga Muhammad Endra Haqimie terus membesar dengan sihat malah menceriakan hari-hari bahagia Eyra dan keluarga kecil mereka.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan kini bahagia menerima kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Endra Haqimie yang kini berusia sebulan lebih.
Mengikuti trend semasa, Aisyah Hijanah turut tidak melepaskan peluang berkhemah bersama anak-anak yang masih kecil.
Walaupun bukan mudah membawa anak kecil glamping bersama, namun ia menjadi momen yang indah untuk dikenang Aisyah sekeluarga.
“Our first GLAMPING TOGETHER!! Mencabar ya bawa 2 anak pergi glamping… seorang nak mengesot keluar khemah, seorang nak mandi sungai… but every sec of it is totally worth it!”
“Kadangkala, perkara yg kira terlepas pandang ialah MASA. Ada org masa dia banyak, tapi dia tak pandai susun utk ada quality time dgn keluarga. Ada org masanya singkat Tapi dia pandai adjust supaya ada masa dgn keluarga. Aisyah memang selalu sibuk, jarang ada masa mcm ni. So bila ada peluang kena gunakan dgn baik sbb Deeja & Hassan akan membesar. Aisyah nak corakkan childhood yg baik utk mereka”
“Credits to these lovely people : 1. Thank you Deeja for being an understanding daughter. Faham Kalau Mummy dia buat susu lambat sbb nak kena settle kan Hassan”
“2. Thank You Hassan sbb behave & senang nak urus”
Siapa tak mahu jadi ibu bapa ohsem buat anak-anak. Maksudnya kita adalah sempurna di mata mereka. Mungkin sebelum ini, ada yang dah anggap caranya dah betul mendidik anak. Tak kurang juga yang rasa gagal sebab anak-anak susah nak dengar kata.
Menurut Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, mak ayah kena yakin kita adalah ibu bapa hebat dan mampu memberi kecemerlangan untuk anak-anak. Cuma bagaimana acuannya bergantung kepada cara kita mengemudi.
Bagaimanapun ramai ibu bapa rasa mereka tak layak nak jadi ibu bapa ohsem pada anak-anak kerana tak belajar tinggi, kerja biasa-biasa dan bukanlah dari golongan yang senang. Ingat sebenarnya Allah dah cipta sebaik-baik kejadian.
Cuma bagaimana kita melaksanakannya bergantung pada kehendak kita. Dengan syarat kita dah didik anak itu dengan betul, doa tak pernah putus serta sentiasa memberi semangat positif dalam diri anak.
Ingat guru pertama anak adalah ibu. Jika ibu lebih peka, cemerlang, cakna tak mustahil anak mampu berjaya dunia akhirat walaupun kita hanya biasa-biasa sahaja.
Paling penting tanamkan dalam hati niat yang baik. Bila hati bersih apa yang kita doakan mudah termakbul. Sebaiknya ibu cubalah luangkan masa untuk lakukan solat sunat, baca al-quran dan buat kebaikan sepanjang masa.
Nak jadi ibu bapa yang ohsem, kena selalu positif. Setiap anak dah ada rezeki dan kehebatan masing-masing. Cuma trend sekarang ini ramai pasangan dah siap-siap cakap saya nak dua je anak sebab tak mampu, kos sara hidup mahal dan macam-macam lagi. Apa-apa pun sepatutnya berbalik la pada qada dan qadar Allah.
Berdasarkan kajian juga 75 hingga 85 peratus pemikiran kita adalah negatif. Sebab itu Rasulullah selalu berpesan kena sentiasa bersangka baik pada diri, anak dan orang sekeliling kita.
Selain itu, jagalah ibadah dan tingkah laku kita selain amalkan suasana rumah tangga kondusif. Paling penting, rezeki yang di bawa balik kena berkat.
Lagi satu ciri nak jadi ibu bapa yang ohsem juga adalah bila cakap dengan anak kena ikut tahap kefahaman akal anak. Anak kecil lain, anak besar lain, anak keras hati lain. Bila mak-mak positif, anak pun positif.
Bila ibu nak anak dengar cakap tapi ibu pun tak nak dengar anak cakap, tak adil. Jadi berubahlah demi kebaikan semua.
Dulu ummi dapat merasai aktifnya adik dalam kandungan. Kini tiada lagi tendanganmu, kesayangan ummi sudah kembali kepada Maha Pencipta…
Kehamilan langsung tiada masalah. Muntah dan pening jauh sekali. Kehamilan Nurul Shuhada Amran berjalan dengan lancar sehinggalah usia kandungan lima bulan apabila doktor mengesahkan bayi dalam kandungan mengalami Potter Syndrome.
Bagi Potter Syndrome, masalah utamanya ialah kegagalan buah pinggang. Ginjal gagal untuk berkembang dengan betul semasa bayi membesar dalam rahim. Ginjal biasanya menghasilkan cecair amnion (sebagai air kencing).
Potter phenotype merujuk kepada penampilan muka lazim yang berlaku pada bayi baru lahir apabila tiada cecair amnion. Kekurangan cecair amnion dipanggil oligohydramnios. Tanpa cecair amnion, bayi tidak dilindungi dari dinding uterus. Tekanan dinding uterus membawa kepada penampilan muka yang luar biasa, termasuklah mata yang terpisah luas.
Potter phenotype juga boleh menjurus kepada anggota badan abnormal, atau anggota badan berada pada kedudukan abnormal.
Oligohydramnios juga menghentikan perkembangan paru-paru, jadi paru-paru tidak boleh bekerja dengan betul semasa lahir.
Pada tahun 1946, Dr. Edith Potter menyifatkan kegagalan renal pranatal/ agenesis renal ini dan mengakibatkan ciri-ciri fizikal janin adalah disebabkan oleh oligohydramnios iaitu kekurangan cecair amnion, serta ketidakhadiran langsung cecair amnion (anhydramnios). Oligohydramnios dan anhydramnios juga boleh disebabkan oleh hasil kebocoran cecair amnion daripada pemecahan membran amnion.
Gejala-gejala Potter Syndrome termasuklah:
Tiada sesiapa mengetahui alasan di sebalik berlakunya kes-kes Potter Syndrome. Namun, para penyelidik masih lagi mengkaji masalah kecacatan kelahiran ini.
Bagi Puan Nurul Shuhada Amran Muhammad Ridhwan yang dilahirkan pada 30 Julai tahun lepas memberikan kesan kepada perasaan dia dan suami.
Dilahirkan seberat 860gram ketika kandungan berusia 30 minggu 5 hari, ibu ini berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk proses indius yang melibatkan 5 kali ubat-ubatan diberikan. Catatan ibu ini menyebabkan sesiapa sahaja sebak membacannya.
Tarikh ini ummi & abah menikah.
Bahagia sangat masa ni setelah setahun bercinta & 10 bulan bertunang..
Last period sebelum adik menghuni rahim ummi…
Masuk bulan Januari ummi lewat period 5 hari tapi langsung tak sangka adik ada dlm rahim ummi.
Ummi ke klinik sebab tak sihat. Bagi tahu doktor ummi dah lewat period. Doktor suruh buat pemeriksaan air kencing. Alhamdulillah positif. Sepanjang mengandungkan adik.. ummi tak pernah ada masalah apa-apa. Alahan ummi langsung tak rasa…
Ummi pergi klinik untuk buat ujian imbasan dan masa ini laa ummi tahu adik tak sihat.
Terus kena refer pakar O&G hospital. Ummi follow up pakar tiap-tiap bulan. Perkembangan adik memang baik. Makin lama adik makin besar walaupun doktor cakap adik tak ada harapan. Doktor tak boleh nak terminate adik sebab adik makin besar. Masa scan adik punya aktif. Adik tunjuk kt doc adik kuat. Anak ummi hebat kan.
Adik kurang gerak. Umi pergi klinik. Klinik hantar pergi ke hospital.
Sampai sahaja di hospital adik gerak bukan main pulak. Aktif sangat. Keesokan harinya ummi kena scan lagi dgn doktor pakar dan pakar sahkan adik dah tak mampu survive. Doktor berbincang dan ambil keputusan untuk nak terminate adik.
Ummi & abah redha walau terpaksa kehilangan ank sulung kami. Ummi yakin adik akan bahagia di syurga sana.
Keesokan harinya ummi telah di induce dengan ubat untuk proses kelahiran adik (terminate).
5 biji ubat dimasukkan selama 3 hari tapi adik masik seronok kat dalam. Ummi langsung tak rasa sakit. Doktor bagi ummi balik rehat kat umah 3 hari. Dalam tempoh rehat itu lah adik nak keluar dengan sendiri. Alhammdulillah ummi bersalinkan adik dengan mudah…
Akhirnya masa untuk bersalin tiba. Allah mentakdirkan anak kecil ini untuk keluar dengan tenang tanpa paksaan.
Tengah malam ummi bangun buang air, tiba-tiba rasa sakit 3 minit sekali.
Ummi terus dikejarkan ke PAC pada jam 2.30 pagi, sampai sana jam 3 pagi.
Bila diperiksa, terus bukaan 4cm. Masani adik ada lagi. Lepas tu mmi dah sakit sangat dah tak tahan. Doktor scan dah tak ada lagi kelip-kelip jantung adik..
Tapi Alhamdulillah Ummi boleh kuat. Jam 4.00 lebih ummi masuk ke labour room, jam 5.09 pagi keluar laa ank kesayangan ummi abah pada usia kandungan 30w5d.
Berbahagialah anak Ummi, Muhammad Ridhwan disyurga sana.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.