Patutlah anak tak dengar kata dan lambat bertindak dan tidak respon setiap kali kita berikan nasihat dan arahan. Mak ayah perlu kenal pasti waktu tepat, bukan nasihat setiap masa. Bila?
Ada waktu tepat untuk mak ayah memberikan nasihat atau pun mahu berkongsi cerita dengan anak. Inilah waktu sebaiknya dan terlalu ‘dekat’ dengan anak. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, waktu sebelum tidur adalah waktu paling mustajab untuk mak ayah menyampaikan segala ‘cerita’ dan nasihat.
Tolong jangan sia-siakan waktu anak hampir nak terlena tu. Waktu ni lah mak ayah sebenarnya wajib
– jauhkan gajet daripada genggaman tangan – padamkan TV – tinggalkan sekejap kerja yang tengah kita buat
Sebab inilah waktu paling bagus untuk kita ambil kesempatan – usap ubun-ubun anak kita – bermanja dengan dia – banyakkan peluk, cium dan hadiahkan sentuhan penuh kasih sayang untuk si kecil tu
Ads
Dalam masa yang sama – bisikkan kat telinga dia betapa kita sangat sayangkan dia – pesan dan nasihat perkara-perkara yang baik pada anak – beritahu jugak kat dia yang kita nak sangat dia jadi anak yang soleh dan solehah, suka bantu mak ayah dia, tolong jaga adik-adik dia, jadi lebih rajin, berdikari dan lain-lain.
Jangan sia-siakan tempoh berharga ni sebab bermula dari fasa mengantuk sehingga dia mula tertidur, itulah masanya gelombang otak anak berada dalam keadaan yang sangat sangat tenang dan jauh dari kekusutan.
Ads
Teruslah manfaatkan betul-betul waktu tersebut untuk kita serapkan sesuatu yang positif ke dalam minda anak dan bentuk dia ke arah yang lebih baik.
Penting ke untuk mengetahui cara potong kuku bayi? Tidak dinafikan kuku si manja umumnya lebih lembut dan mudah lentur berbanding orang dewasa, namun ia masih boleh menyebabkan calar dan perlu dipotong dengan kerap.
Menerusi perkongsian di Hello Doktor, ada beberapa tip memotong kuku si kecil bagi memastikan ia sentiasa kemas.
Kuku si manja walaupun lembut tetapi tajam. Tajam macam mana? Tanyakan kepada ibu yang mempunyai anak, pastinya mereka pernah mengalami calar di wajah atau di tangan disebabkan kuku si kecil.
Bayi tidak mempunyai kawalan pergerakan disebabkan kawalan otot yang belum berkembang sepenuhnya.
Oleh itu, ada kalanya kuku mereka boleh menyebabkan calar di wajah sendiri.
Kuku bayi cepat panjang
Kuku si manja juga cepat panjang dan memotong sekali seminggu mungkin tidak mencukupi. Bahkan ada sesetengah ibu yang menyatakan perlu memotong kuku anak mereka selang beberapa hari.
Atas sebab itulah pentingnya untuk ibu dan ayah mengetahui cara potong kuku bayi.
Memahami cara potong kuku bayi
Apabila tiba masanya untuk memotong kuku si kecil, ibu bapa boleh menggunakan teknik yang berbeza bergantung kepada keselesaan masing-masing.
Sesetengah ibu berasa selesa apabila pasangan mereka membantu dalam proses itu – seorang memegang dan yang lain memotong. Ada juga yang merasakan ia lebih mudah dilakukan semasa waktu penyusuan atau ketika bayi mereka sedang tidur nyenyak.
Sebelum kita pergi kepada cara-cara untuk memotong kuku si manja, berikut ialah beberapa petua tambahan:
Cari kedudukan yang baik: Duduk di dalam rocker, letakkan bayi di pangkuan anda atau baringkan si manja di atas katil semasa mereka tidur. Cari tempat yang sesuai untuk anda duduk dengan selesa
Pencahayaan: Jangan cuba memotong kuku bayi anda di dalam bilik yang bercahaya malap, walaupun mereka sedang tidur
Pastikan bayi duduk diam: Semakin banyak tangan mereka bergerak, risiko untuk anda terpotong isi kuku mereka secara tidak sengaja akan meningkat. Jika bayi kelihatan gugup, bercakap atau menyanyi semasa anda sedang memotong kuku
Gunakan papan emeri: Jika terdapat bahagian tepi kuku yang kasar, gunakan emery board untuk melicinkannya
Potong kuku selepas mandi: Ia lebih lembut dan mudah untuk dipotong
Alat memotong kuku: Pilih mengikut keselesaan diri anda
Pilihan keadah memotong kuku
Berikut antara alatan yang boleh anda pilih:
Pengasah kuku
Ia dianggap cara paling selamat untuk memotong kuku bayi kerana risiko mencederakan jari si manja amat tipis.
Pakar biasanya mengesyorkan untuk menggunakan pengasah kuku atau papan emeri lembut jika bayi berusia bawah 1 bulan.
Pengepit kuku, cara potong kuku bayi paling biasa
Merupakan kaedah sesuai untuk kebanyakan ibu. Mungkin kerana kita sendiri terbiasa menggunakannya untuk memotong kuku sendiri.
Selain itu, penggunaan pengepit kuku juga mengurangkan risiko terpotong isi kuku bayi.
Anda boleh mendapatkan pengepit kuku kecil yang direka khusus untuk si manja – ada yang dicipta dengan pemegang besar untuk memudahkan ia dikendalikan tangan yang lebih besar.
Ada juga ibu yang gemar menggunakan pengepit bersaiz biasa kerana memudahkan proses memotong kuku si manja dalam 1 potongan sahaja.
Menggunakan gunting
Bukan semua ibu berani menggunakan alat ini. Lebih-lebih lagi jika bahagian hujung guntingnya tumpul.
Namun dikatakan kelebihan menggunakan gunting adalah anda mendapat kawalan tambahan – boleh melihat dengan mudah bahagian mana sedang dipotong.
Ini cara potong kuku bayi
Cara memotong kuku si manja adalah hampir sama tanpa mengira alatan yang digunakan.
Ini yang anda perlu lakukan:
Pegang jari bayi dengan baik. Kuat tetapi lembut, hanya jari yang perlu dipastikan tidak bergerak
Tolak hujung jari si manja secara perlahan-lahan menggunakan jari anda. Ini dapat mewujudkan sedikit ruang untuk alat pemotong kuku
Lakukan potongan kecil pada kuku – pastikan ia tepat atau di atas garis kuku putih. Jangan terlalu pendek. Jika menggunakan pengasah kuku, asah perlahan-lahan sehingga ke garisan yang sama
Untuk kuku kaki pula, lakukan langkah yang sama seperti di atas. Tetapi pastikan kuku dipotong secara lurus dan bukannya melengkung
Perkara yang perlu dielakkan semasa memotong kuku si manja
Terdapat beberapa pilihan yang boleh dijadikan cara potong kuku bayi, bukan? Pun begitu, ada kaedah yang harus anda elakkan.
Jangan menggigit kuku bayi. Tindakan ini boleh menyebarkan kuman daripada mulut dan mencetuskan jangkitan virus atau bakteria
Jangan menarik kuku bayi. Walaupun bahagian kecil, elakkan daripada melakukannya. Ia boleh meningkatkan risiko kuku tumbuh ke dalam
Terpotong isi kuku bayi? Lakukan ini…
Apabila ia berlaku pastinya anda berasa bersalah, apatah lagi jika ia berdarah, betul tak? Tetapi bertenang, ia berlaku kepada setiap ibu bapa.
Elakkan daripada membalut dengan pembalut luka pada bahagian tersebut kerana boleh mengundang risiko tercekik jika ia tertanggal.
Sebaliknya, berikan tekanan lembut dengan kain kasa bersih dan pendarahan akan berhenti segera.
Blogger dan instafamous Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli adalah bekas
isteri kepada pengacara TV terkenal Ally Iskandar yang sering berkongsi mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak.
Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak, Maream Esabel, 3 tahun 10 bulan.
Bagaimanapun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada Ogos 2016 dan Farah mendapat hak penjagaan anaknya Maream.
Namun hubungan antara ayah dan anak ini tetap terjalin baik dan Farah sendiri sering berkongsi mengenai hubungan rapat Maream dan daddy nya Ally Iskandar.
Siapa yang mengikut Instagram Farah tentu biasa melihat perkongsiannya mengenai
hal tersebut.
Sempena hari bapa baru-baru ini, Farah memuat naik satu video voice call antara Maream dengan daddy nya.
Happy Father’s Day to all daddies ?? . Alhamdulillah Maream is blessed with a very responsible daddy. Namun, as a mother I know she’s struggling to live in her broken family too. . Regardless, masing2 ada struggle mereka tersendiri. Ada daddy ke takde daddy ke tak pernah jumpa daddy ke, berkat usaha ibu untuk bagi yang terbaik untuk anak, untuk tidak menyekat peluang anak mengenali daddy mereka, berkat anak untuk redha dengan keunikan keluarganya, inshaAllah kasih sayang mereka Allah akan sempurnakan walau pada mata manusia, sentiasa akan ada kurang. . So I rephrase — Happy Father’s Day to all daddies and supermommies
Walaupun bersyukur kerana Maream dikurniakan ayah yang bertanggungjawab, namun sebagai ibu dia faham perasaan anak kecilnya yang berjuang untuk hidup dalam keluarga yang berpecah-belah.
Bagaimanapun wanita ini tidak pernah patah semangat serta sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya.
Bagus cara dilakukan oleh Farah yang tak pernah menyekat hubungan antara ayah dan anak biarpun hubungan perkahwinan mereka sudah terputus.
Baginya penting untuk Maream tahu yang omma dan daddy tetap menyayangi dirinya dan faham tentang keunikan hubungan keluarga mereka.
Selebihnya Farah berserah kepada Allah supaya mengurniakan kebahagiaan dan kasih sayang pada anaknya walaupun di mata manusia mereka nampak tidak sempurna.
Melihat pada perkembangan Maream yang sama seperti kanak-kanak normal lain, ternyata si comel ini membesar sebagai anak yang sihat, ceria dan bijak.
Apa pun tahniah untuk omma dan daddy Maream yang sentiasa positif dan bersikap profesional demi anak.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai tidak menjadikan sosej sebagai hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kerana boleh meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.
KKM dalam kenyataan di Facebooknya menjelaskan, tanggapan kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar adalah salah.
Sebenarnya sosej bukan daging sebenar tetapi sejenis makanan diproses.
Makanan ini tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser), tinggi kandungan garam (sodium & MSG) dan tinggi bahan pengawet.
Selain itu, ia boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan dan meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.
Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.
Nak makan sosej tu boleh, tetapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.
Ibu bapa perlu sentiasa ingatkan anak-anak. Makanan seperti ini sedap tetapi jika terlebih boleh memudaratkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Lagi baik elak simpan stok sosej atau makanan lain yang tinggi bahan pengawet dalam peti ais untuk elakkan anak teringin untuk makan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.