Arrian & Andra Diajar Salam Ibu Ayah & Orang Lain Sejak Kecil, Ayu Abas Memang Bertegas Bab Adab

Share

Arrian dan Andra si petah kecil anak Tomok & sterinya Ayu Abas. Di sebalik kepetahan dan aksi comelnya, kesopanan dan adab ditekankan kepada mereka dari awal. Kenapa bersalaman menjadi sangat penting untuk Ayu tekankan kepada anak-anaknya?

Arrian Akid, 6 tahun dan adiknya Andrashah Iman, 4 tahun dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Namun sebagai ibu, Ayu atau nama sebenarnya Rahayu Abas amat menekankan adab dalam didikan kepada dua puteranya itu. Katanya ramai ibu bapa yang memandang ia perkara yang boleh ditunda untuk diajarkan kerana anak-anak masih kecil.

Adab seperti bersalam dengan orang lain ketika berjumpa nampak kecil tetapi sebenarnya ialah satu bentuk didikan kepada anak kecil untuk menghormati orang yang lebih tua, rendah diri dan lembut hati. Ayu mengakui dia amat tegas mengenai perkara berkaitan adab kepada anak-anaknya walaupun mereka masih kecil dan tidak faham.

Imam kecil dibu….topik hari ini… Apa perkara penting yang korang rasa kene ajar kids dari usia kecik??

Pada dibu “MANNERS” a.k.a “ADAB” very important…benda ni sangat susah sebab biasalah budak kecik kalau tak nak salam parents akan cakap “takpala kecik lagi”including me just taknak diarang cranky ?

Tapi sebenarnya korang perasan tak dengan salam tu dapat membentuk peribadi , tanda hormat pada orang yang lebih tua…dibu paling tak gemar kalau orang yang takda “COURTESY”…maybe dibu terikut2 gaya kerja sebagai peramugari dulu..

Tapi membawa kesan positif ianya dalam kehidupan…dari hormat membawa kepada rendah diri membawa kepada lembut hati rather then “EGOISTIC” dan banyak lagila kesan2 positifnya…

Sbb tu dibu sedikit tegas bila bab2 mcm ni, trying so hard to explain dekat anak2 why kene salam even though diarang kecik & tak faham….itu pendapat dibu la…lain parents lain caranya….?

Maybe ibu2 or ayah2 kat luar sana nak share pendapat masing2…so kita bley bertukar pendapat kan…?

Ibu bapa lain juga sependapat dengan Ayu yang dipanggil Dibu oleh anak-anaknya.

Sumber: Ayu Abas

IKLAN