Satu kelegaan pastinya buat Shuib sekeluarga bila mana doktor mengesahkan bayi keempatnya yang dilahirkan ibunya, allahyarhamah Siti Sarah pada Jumaat lalu disahkan negatif Covid-19.
Kata Shuib, selepas dua kali melakukan ujian calitan, bayi keempatnya, Ayash Affan disahkan negatif. Namun kata Shuib, anak kecilnya itu perlu berdepan sekali lagi ujian calitan.
Malah kata Shuib lagi, hospital memberi tempoh sebulan bagi membenarkan Ayash dibawa pulang ke rumah.
“Sepatutnya saya melawat Ayash, hari ini (semalam). Anak-anak asyik bertanyakan mengenai adiknya. Namun, saya tangguhkan dahulu atas saranan doktor bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
“Alhamdulillah, bayi dalam keadaan stabil, malah sudah menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.
“Doakan semoga ujian calitan kali ketiga negatif juga. Insya-Allah, Ayash akan dibenarkan pulang dalam tempoh sebulan jika kesihatannya baik,” kata Shuib berkongsi ketika majlis bacaan Yassin dan tahlil buat arwah isterinya.
Doktor saran bekalan susu
Selepas segalanya selesai, kata bapa empat anak ini dia sudah mula memikirkan akan tanggungjawabnya membesarkan anak-anak, lebih-lebih lagi menguruskan bayi kecilnya, Ayash Affan.
Ads
“Tidak dinafikan, banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Sebagai contoh, saya nak cari jubah untuk anak-anak pun kelam kabut hingga terpanggil nama pembantu rumah yang sudah meninggal dunia.
“Itu belum lagi soal Ayash. Saya baru terfikir bagaimana nak menguruskannya, hari ini. Doktor menyarankan saya membekalkan susu daripada ibu susuan.
“Ayash hanya bergantung dengan susu formula sejak dilahirkan. Perkara inilah membuatkan saya termenung sejenak bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.
“Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama,” katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, malam tadi.
Ads
Sarah tinggalkan amanat jaga Ayash
Seakan tahu pemergiannya, arwah Sarah rupanya sudah meninggalkan beberapa amanat termasuklah menjaga anak keempat mereka. Shuib berkata, dia teringat permintaan arwah yang mahunya menjaga anak keempat ini.
“Arwah minta saya menguruskan Ayash buat susu, tukar lampin dan berjaga tengah malam.
“Saya terfikir arwah mesti bantu jika saya tidak boleh bangun. Namun, sebenarnya, arwah memang nak saya jaga Ayash seorang diri apabila meninggalkan saya dan anak-anak.
“Jadi, saya kena berusaha mencari jalan penyelesaian. Saya akan merujuk kepada ustaz berhubung ibu susuan,” katanya.
Ads
Hospital memberi tempoh sebulan sebelum membenarkan Shuib membawa pulang bayi pramatang, Ayyash pulang ke rumah.
Dalam pada buntu memikirkan soal menguruskan anak-anak sebagai bapa tunggal, bekas penyampai radio Hot FM itu bersyukur mempunyai ahli keluarga dan rakan artis yang menawarkan bantuan.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Jumaat.
Sampai di hospital bayi dah tidak sedarkan diri
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata bayi berkenaan disahkan meninggal apabila tiada sebarang tindak balas terhadap rawatan kecemasan diberikan selepas mangsa dihantar ke sebuah hospital swasta di sini.
Terdahulu, beliau berkata pihaknya dimaklumkan jururawat di hospital swasta terbabit jam 12.10 tengah hari tadi mengenai menerima bayi berusia tiga bulan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bayi berkenaan, katanya, dihantar ke hospital swasta berkenaan oleh pihak pengurusan sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
“Rawatan kecemasan sudah diberikan kepada bayi berkenaan, namun tiada tindak balas sebelum mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya melalui satu kenyataan.
Gambar Hiasan
Sebelum hantar ke taska dalam keadaan sihat
Mohd Zaid berkata, siasatan awal dilakukan mendapati bayi itu dihantar ibunya dalam keadaan sihat di pusat asuhan terbabit jam 7.15 pagi tadi.
Namun, katanya, bayi itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh pihak pengasuh jam 10.30 pagi dan pemeriksaan pada tubuhnya tidak menemui sebarang kecederaan.
“Mayat bayi itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Taska beroperasi sejak 2014
Mengulas pusat asuhan, katanya, ia beroperasi sejak 2014 dan mempunyai lesen sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur kekerasan, namun disyaki terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian pada bayi terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Noor Hairul Anuar Shuhaimi di talian 012-3043034 bagi membantu siasatan,” katanya.
Mayat reput ditemukan di Banting sah Yap Xin Yuan, remaja 15 tahun hilang 28 Disember. Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu ialah remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Mayat Reput Ditemukan Di Banting Sah Yap Xin Yuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keputusan analisa Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia yang diperoleh pada Khamis.
“DNA POSITIF. MAYAT AKAN DITUNTUT PETANG INI DI HOSPITAL BANTING OLEH PIHAK KELUARGA,” KATANYA.
Terdahulu polis Selangor menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting.
Remaja perempuan terbabit dilapor hilang sejak 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Hussein Omar Khan.
Remaja 15 Tahun Hilang 28 Disember
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilapor berkata, laporan kehilangan Xin Yuan diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras pada jam 2.15 pagi.
Media sebelum ini melaporkan remaja perempuan dilapor itu dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Kali terakhir remaja itu dilihat di gelanggang bola keranjang terbabit berbaju tarian singa berwarna merah.
Remaja ini berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 39 kilogram, berambut panjang, dan memakai pendakap gigi.
Memandangkan esok adalah penghulu segala hari, maka kaum lelaki akan berkumpul di masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ramai bertanya sama ada ia perlu dilakukan atas tidak ekoran penularan COVID-19.
Solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Zulkifli bagaimanapun menasihatkan pihak masjid serta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memendekkan khutbah Jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul.
“Kami berpendapat solat Jumaat adalah sepatutnya kita lakukan walaupun dalam keadaan sebegini… ambil hukum asal solat Jumaat tetap wajib, cuma beberapa syarat dilaksanakan seperti khutbah dipendekkan serta orang ramai berwuduk di rumah.
“Pihak masjid juga hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” katanya selepas menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Khamis.
Sebelum itu, Dr Zulkifli turut mengimamkan solat sunat dhuha dan hajat bersama kakitangan agensi terbabit.
Sementara itu, beliau berkata, mereka yang disahkan positif COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.
Beliau juga menjelaskan, sekiranya wabak COVID-19 menjadi tidak terkawal, maka solat Jumaat boleh digantikan dengan solat Zohor di rumah.
Untuk para bapa yang selalu ke masjid dengan anak-anak kecil, sebaiknya tidak perlulah bawa mereka sekali sehingga isu COVID-19 ini dapat ditangani sepenuhnya. Kenyataan media dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menyenaraikan beberapa syarat yang perlu diikuti semasa menunaikan solat Jumaat.
Sidang Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.