Melewati Insta Story Shuib malam tadi sememangnya buat hati sesiapa pun akan turut menangis. Perkongsian beberapa video Shuib bersama anak-anaknya yang menangis dan amat merindui ibu mereka pastinya bukan hal yang mudah dilalui oleh tiga anak kecil ini.

Berkongsi cerita dan meluangkan masa selepas bersolat bersama ketiga-tiga anaknya, Shuib dilihat begitu tenang demi menguatkan anak-anaknya yang masih kecil.

“Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy” Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang!

Anak sulung Shuib, Uwais Al-Qadri dilihat hanya membisu tapi air matanya tak berhenti-henti mengalir. Lebih memahami apa yang terjadi dan merasai kehilangan berbanding dua adiknya.

“Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy” Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang!

Sementara anak kedua dan ketiga Allahyarham Siti Sarah masih lagi bertanyakan pelbagai soalan mengenai ibu mereka, seolah-olah cuba memahami apa yang terjadi.

“Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy” Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang!

Terdahulu, berkongsi detik menyayat hati ketika memberitahu anak-anak mengenai pemergian ibu mereka, kata Shuib menerusi Live petang semalam, pada mulanya dia keberatan untuk menyampaikan berita pemergian arwah kepada anak-anak. Namun dia mencari kekuatan untuk menyampaikan perkhabaran itu kepada anak-anak tersayangnya.

Tiga permata hati Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menangis teresak-esak sebaik diberitahu ibu tersayang tidak akan pulang ke rumah lagi. Anak ketiganya menangis tanpa henti kerana dialah anak paling manja dan begitu merindui ibunya.

“Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy” Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang!

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya ligat memikirkan bagaimana hendak beritahu anak-anak mengenai ibu mereka. Sebaik sampai, saya naik ke bilik untuk membersihkan diri.

“Saya mandi sangat lama, terlalu lama. Selesai mandi, saya turun untuk makan. Kebetulan, azan Asar berkumandang, jadi saya naik semula untuk ambil wuduk.

IKLAN

“Tiba-tiba bapa mentua (Raissuddin Hamzah) hubungi dan beritahu saya perlu beritahu anak-anak kerana mereka sudah menonton kisah ibu mereka di YouTube.

“Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy” Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang!

“Saya pun turun dan kebetulan, berita pemergian isteri ditayangkan di televisyen (TV). Anak sulung, Uwais bertanya betulkah ibu sudah tiada? Lalu, saya panggil semua anak-anak dan terangkan perkara sebenar.

“Saya beritahu, mereka takkan dapat jumpa ibu lagi. Anak-anak menangis teresak-esak. Anak bongsu, Matin teruk menangis kerana paling manja dengan arwah dan belum faham apa yang berlaku,” katanya pada sesi live di Instagram (IG), petang semalam.

“Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy” Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang!

“Ibu bukan milik kita, bukan milik daddy”

Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, berkata ketiga anak-anaknya kemudian mula reda dan faham apa yang berlaku terhadap ibu mereka.

IKLAN

“Saya katakan kepada anak-anak, ibu bukan milik ‘daddy’ atau mereka. Walaupun kita semua berharap ibu pulang ke rumah, tetapi Allah tidak mahu pulangkan dia kepada kita kerana Allah lebih sayangkan ibu.

“Jadi, ibu pesan Uwais, Talita, dan Ayash kena jadi anak soleh, pandai mengaji dan jaga sembahyang. Doa dari anak soleh menjadi harta ibu di alam sana,” katanya lagi.

“Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy” Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang!

Begitu kongsi Shuib menerusi Livenya. Walaupun payah namun dia bersyukur tiga anaknya, Uwais, Talita dan Mateen akhirnya mula reda dan menerima pemergian ibu mereka. Malah kata Shuib dia bersyukur kerana Allah mengurniakan anak-anak yang baik untuknya.

Shuib yang sempat menunaikan solat Asar berjemaah bersama anak-anak memberitahu, dia memanjatkan doa agar Allah membimbing hatinya dan anak-anak untuk menjadi seperti arwah yang tidak kedekut, selalu bersedekah dan sering berbuat baik dengan semua orang.

 

IKLAN

Pada jam 5.13 pagi semalam, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat COVID-19.

Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari semalam.

Menarik: https://www.majalahpama.my/duit-simpanan-cukup-cukup-je-masa-tu-menangis-bila-pandang-muka-anak-wawa-zainal-berubah-demi-anak/

“Ibu Bukan Milik Kita, Bukan Milik Daddy” Walau Dalam Tangis, Tiga Anak Shuib Reda Pemergian Ibu Tersayang!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sumber: @shuibsepahtu & Berita Harian Online & @era.je

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI