Macam-macam gelagat bila anak diperkenalkan dengan adik baharu. Ada yang seronok, begitu teruja dapat adik. Ada juga yang kesedihan, risau kalau nanti tak dapat perhatian dari mama papa lagi. Macam mana pun respon anak apabila melihat adik mereka, percayalah ada rasa sayang cuma mungkin belum pandai nak tunjukkan lagi.

Artikel Menarik: [Melompat-Lompat Tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ibu Ini Selamatkan Nyawanya]

Sama jugalah dengan kes seorang abang yang diperkenalkan dengan adiknya ini. Melalui akaun Tiktok Schoboyy, kelihatan seorang abang yang akan mula terasa mual apabila melihat adiknya. Ibu ayah mereka juga pelik kerana tanpa sebab si abang akan mula terbatuk dan terjeluak setiap kali adiknya datang dekat.

Asal Baby Datang Dekat, Terus Mual Nak Muntah! Uniknya Cara Si Abang ‘Berkenalan’ Dengan Adik

Artikel Menarik: [Dah Nikah, Tapi Tak Sempat Buat Majlis. Tangguh-Tangguh Akhirnya Bersanding Dengan Anak Kembar!]

Nampak Adik, Rasa Nak Muntah
Dalam video tersebut, dapat dilihat si abang yang bernama Easton kelihatan mahu termuntah setiap kali melihat adiknya, Elon. Lucunya, jelas kelihatan wajahnya yang seperti menahan muntah dan terjeluak ketika Elon menghampirinya.

IKLAN

Ibu ayah mereka juga mengelak untuk menggunakan perkataan baby di hadapan Easton kerana khuatir si abang akan mula rasa mual. Walaupun begitu, Easton tetap akan merasa loya setiap kali melihat Elon.

@schobyyyMy son is sick of seeing his baby brother😂🤮 ##fypシ ##baby ##tiktok♬ original sound – Devon Schoby

Dah Mula Terima, Tapi Tetap Loya
Mungkin dah mula biasa dengan kehadiran adik baharu, Easton sudah boleh menerima yang dirinya ada adik. Rasa nak termuntah masih ada tetapi tak lah seteruk pada hari-hari awal Elon diperkenalkan kepadanya. Tidak berputus asa, Easton masih mencuba untuk mendekati adiknya walaupun terbatuk-batuk kecil. How sweet!

@schobyyyUpdate: Hes warming up to his baby brother more everyday. Still occasional gagging but we know he loves him❤️ ##gagging ##viral ##fypシ ##foryou ##fyp ##baby♬ original sound – Devon Schoby

IKLAN

Sebenarnya ada beberapa cara untuk mama papa biasakan anak dengan adik mereka. Antaranya;

1. Sejak hamil lagi, mula bercerita tentang hakikat mereka akan mendapat adik baharu. Sambil bercerita, boleh tunjukkan gambar scan supaya anak mula kenal dengan adik mereka sejak dalam perut lagi. Barulah mereka teruja nak jumpa adik nanti!

2. Boleh tunjukkan gambar anak ketika mereka masih bayi. Sambil itu, ceritakan pada mereka nanti akan ada baby baru dalam rumah. Sama seperti mereka kecil dahulu.

3. Libatkan mereka ketika buat persediaan menyambut bayi baharu. Boleh minta anak pilihkan baju dan sebagainya. Jadi si abang atau kakak akan rasa pendapat mereka dihargai dan ada sesuatu yang mereka buat untuk si adik.

4. Berikan hadiah pada anak. Ketika melahirkan bayi baharu, hadiahkan juga sesuatu kepada si abang atau kakak. Ucapkan tahniah kepada mereka kerana telah ‘naik pangkat’. Pasti mereka seronok!

IKLAN

Artikel Menarik: [Keluar Suara ‘High Pitch’ Waktu Panggil Anak, Mak-Mak Mesti Boleh Relate Dengan Cara Adira Ni!]

5. Ketika luangkan masa dengan bayi, pastikan ajak sekali abang atau kakak mereka bersama-sama. Kehadiran mereka ketika itu akan membuat anak rasa diperlukan dan mereka juga lebih seronok untuk duduk dengan si adik.

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Asal Baby Datang Dekat, Terus Mual Nak Muntah! Uniknya Cara Si Abang ‘Berkenalan’ Dengan Adik(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI