Kemalangan tidak berbau. Di mana-mana pun boleh berlaku walaupun di tempat yang kita rasakan selamat seperti dalam rumah. Mama papa perlu lebih peka dengan keselamatan anak terutamanya yang masih kecil. Setiap apa yang ada di dalam rumah nampak seperti mainan kepada mereka.

Artikel Menarik: [Pakar Kongsikan Cara Nak Jadi Ayah TERBAIK. Lepas Ni, Sikit-Sikit Anak Cari Ayah!]

Namun tidak dinafikan, jika kita ada anak yang sudah besar sedikit pun kemalangan tetap boleh berlaku. Mereka mungkin sudah pandai nak bezakan apa yang boleh dibuat main dan sebaliknya tetapi ada beberapa insiden yang boleh berlaku dan membahayakan anak.

Artikel Menarik: [Keluar Suara ‘High Pitch’ Waktu Panggil Anak, Mak-Mak Mesti Boleh Relate Dengan Cara Adira Ni!]

Seperti yang dikongsikan ibu ini, Syuhaidah Asmaa Khalid, tentang anaknya yang tiba-tiba kelihatan seperti tercekik dan tak boleh bernafas.

Melompat-Lompat Tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ibu Ini Selamatkan Nyawa Anaknya

Nampak Adam Melompat Tepuk Dada

Menurut Syuhaidah, dia yang ketika itu baru selesai menunaikan solat Dhuha ternampak anak lelakinya melompat-lompat dan menepuk dada. Dari pengamatan ibu ini, dia segera tahu yang anak mungkin telah tercekik sesuatu.

“Pagi tadi adam tercekik..sedang elok pas mama abis dhuha..die berlari melompat2 tepuk dada sbb xleh nafas..mujur mama xpanik n tau teknik heimlich maneuver.”

Tambahnya lagi, nasib baiklah dia tidak panik kerana ada pengetahuan tentang pertolongan kecemasan. Memandangkan dia seorang guru, Syuhaidah pernah mengikuti kursus langkah pertolongan cemas kerana ia ada dalam silibus sekolah.

IKLAN

Artikel Menarik: [Kagum Tengok Cara Hanis Tegur Alisa Bila Kata Manggis Tak Sedap. lembut tapi ‘Sampai’]

Ini sedutan pendek video dari CCTV di rumah Ida ketika dia melakukan teknik Heimlich Maneuver pada anaknya;

Tercekik Gula-Gula

Anaknya sedang makan gula-gula apabila dia tertelan sebelum sempat mengunyah. Tidak cemas, Ida segera melakukan teknik Heimlich Maneuver beberapa kali sehingga gula-gula tersebut keluar. Apabila Adam sudah dapat bernafas seperti biasa, baharulah Ida berikan anaknya air.

“Adam makan gula-gula, tiba2 tercekik. Dia berlari n melompat sambil tepuk2 dada mungkin sbb da xblh nafas. Ida nmpk pelik terus terdetik mungkin tercekik. Terus buat teknik Heimlich Maneuver 4-5 kali sampai gula-gula tu terkeluar.Pantau die bernafas dgn elok..nmpk da ok baru bg air.”

IKLAN

Melompat-Lompat Tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ibu Ini Selamatkan Nyawa Anaknya

Sekurang-kurangnya Kena Tahu 5 Langkah Kecemasan Yang Asas

Ketika ditanyakan tentang langkah keselamatan yang perlu kita tahu, Ida menyarankan semua untuk mama papa untuk sekurang-kurangnya lima langkah kecemasan yang asas seperti:

1) Heimlich Maneuver
2) CPR
3) Pendarahan teruk
4) Melecur atau patah
5) Kejutan (shock)

Selain itu, menurut Ida dia juga menyediakan fire extinguishers, fire blanket dan pasang pengesan asap di rumah sebagai langkah persediaan jika terjadi kebakaran. Ida dan suaminya juga memastikan anak mereka tahu di mana laluan selamat untuk keluar jika berlaku sebarang kecemasan yang tidak diingini.

IKLAN

Tahu Langkah Kecemasan, Praktik Dengan Keluarga

Sempat menitipkan pesanan, Ida meminta semua mama papa untuk tahu tentang pertolongan cemas dan sentiasa praktikkan sesekali supaya tidak kekok atau lupa.

“Kemalangan tak berbau. Sebagai parent kita wajib lengkapkan pengetahuan asas tentang pertolongan cemas terutamanya berkaitan pernafasan sebab kita xblh berhenti bernafas lbh dari 3 minit. Praktikkan sesekali dengan ahli keluarga spy pengetahuan ni kekal dalam ingatan. Sekurang kurangnya dengan pengetahuan kita ni mampu menyelamatkan nyawa ahli keluarga sblm dapatkan bantuan pakar yang mungkin ambik mase seblum sampai ke hospital”.

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Melompat-Lompat Tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ibu Ini Selamatkan Nyawa Anaknya

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI