“Asha Masih Jaundice Tapi Dah Turun Sikit,” Faye Kongsi Wajah Anak, Nama Asha Azmi Jadi Pilihan.

Share

Ringkas dan indah menjadi nama pilihan Faye Kusairi untuk anak keduanya yang baru-baru ini dilahirkan. Pelakon ini pertama kalinya mendedahkan nama dan wajah anak keduanya itu dalam perkongsiannya di Instagram semalam.

Nama Asha Azmi menjadi pilihan untuk si kecil yang dilahirkan pada 13 Disember yang lalu. Nama dan wajah cahaya mata keduanya itu dikongsikan Faye menerusi posting terbarunya di laman sosial.

Selain nama, perkongsian tersebut juga turut disertakan dengan video comel Asha yang sedang tersenyum.

Dalam perkongsian tersebut juga, Faye memaklumkan bahawa anaknya itu masih lagi jaundice tapi sudah beransur pulih.

“Assalamualaikum semua…Kenalkan, our newest edition of the family. Our little angel, Asha Azmi, adik kepada Alif Azmi.

“Asha still jaundice tapi semalam check, reading dah turun sikit. Alhamdulillah.

Faye juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan diri dan juga anak yang baru dilahirkan itu.

“Terima kasih semua yang mendoakan Asha & Mommy. Moga-moga kalian dibalas dengan segala kebaikan didunia dan akhirat serta dirahmati oleh الله SWT. Aamiin!” tulisnya lagi.

Cantik nama yang dipilih untuk baby barunya itu. Semoga Asha cepat baik daripada jaundice dan semoga ibu dan anak keduanya sihat dan dipermudahkan segalanya.

Sebelum melahirkan cahaya mata keduanya itu, Faye mendedahkan dirinya terkena serangan Bell’s Palsy namun syukur dia semakin pulih dan selamat melahirkan anak perempuannya itu dengan selamat.

Terdahulu Faye Kusairi mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azmi Hatta pada 9 April 2017. Mereka kini dikurniakan sepasang cahaya mata penyeri kehidupan mereka.

Sumber: Instagram Faye Kusairi

Baca: https://majalahpama.my/alhamdulillah-kami-kuat-bersama-anak-kena-jaundis-faye-kusairi-sanggup-temani-anak-di-hospital/

Baca: https://www.majalahpama.my/makin-pulih-dari-serangan-bells-palsy-faye-kusairi-selamat-lahirkan-bayi-perempuan/

Baca: https://www.majalahpama.my/makin-pulih-dari-serangan-bells-palsy-faye-kusairi-selamat-lahirkan-bayi-perempuan/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

IKLAN