Ashraf Muslim Sambut Anak Keempat, Kali Ini Perempuan Pula. Harap Ukhwah Keluarga Bertambah Erat

Share

Aktor Ashraf Muslim menyambut kelahiran anak keempatnya. Dia turut mengharapkan kelahiran anak perempuan kedua dalam keluarganya itu menambah keakraban mereka.

Bayi perempuan yang dilahirkan oleh isteri kedua Ashraf, Sakinah pada jam 5.35 petang pada 3 Sept 2018. Ashraf sudah memiliki tiga orang anak iaitu Sarah, 4 tahun, Adam dan Anas, 3 tahun.

 

Berita ini dikhabarkan menerusi posting Instagram Ashraf yang memaparkan foto dia bersama isteri-isteri dan anak-anaknya serta bayi yang baru lahir.

Assalammualaikum semua

Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah utk kurniaan yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.35 petang semalam (3 Sept 2018). Terima kasih ibu!

Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya excited tau.. Semoga menjadi anak yg solehah, sri kandi yg hebat di mata Allah, sihat dan seorang yg penyayang spt kakak dan abg2 kayh. Satu lagi ,semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, insyaAllah. Doakan AM sekeluarga yea.

Terima kasih kepada Dr Mazita, semua staf nurse dan juga warga Avisena Specialist Hospital diatas layanan yg diberikan. Tq so much. Semoga Allah memberkati dan merahmati kesemuanya.

Para peminat dan follower mengucapkan tahniah kepada Ashraf dan mendoakan kesejahteraan puterinya itu.

 

 

 

 

Sumber: Instagram Ashraf Muslim

IKLAN