Asid folik boleh menyebabkan risiko anak autisme? Malah kajian terbaru dari John Hopkins Bloomberg school of Public Health menyatakan asid folik boleh menyebabkan risiko anak mendapat autisme.
Bagaimanapun menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, sebenarnya terdapat banyak bukti saintifik yang menunjukkan asid folik dapat mengurangkan risiko mendapat kecacatan tiub neural seperti spina bifida.
Pertubuhan kesihatan sedunia termasuk RCOG, menyarankan agar wanita mengambil asid folik ketika sedang cuba untuk hamil dan ketika di peringkat awal kehamilan.
Dalam kajian terbaru seperti di atas, wanita yang mengambil dos rendah asid folik tidak mendapat anak yang mempunyai autisme, manakala wanita yang mengambil asid folik dalam dos yang tinggi mendapat anak yang mempunyai autisme.
Ads
Pengkaji dalam kajian tersebut, mengakui kelebihan dan faedah yang didapati dari suplemen asid folik ini, dan TIDAK menyuruh wanita dari BERHENTI mengambil asid folik.
Keputusan dari kajian yang kecil ini perlu diambil secara berhati-hati kerana asid folik dan kaitannya dengan autisme MASIH TIDAK DIKETAHUI.
Ads
Walaubagaimanapun, wanita digalakkan untuk mengambil dos yang disarankan sahaja setiap hari, tapi tidak melebihi dos yang sepatutnya. Perkaitannya dengan autisme masih perlu dikaji lagi.
Ads
Semua wanita disarankan untuk mengambil 400microgram asid folik setiap hari ketika sedang cuba untuk hamil, dan diteruskan sehingga minggu ke-12 kehamilan. Dos yang lebih tinggi hanya untuk sesetengah kumpulan wanita seperti mereka yang mempunyai diabetes.
Polisi pemakanan yang memastikan roti ditambah dengan asid folik diperlukan sebagai inisiatif kesihatan awam untuk memastikan tiada kekurangan zat asid folik dikalangan ibu hamil. Ini penting lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai pola pemakanan yang tidak memuaskan atau mempunyai sosioekomi yang kurang memberangsangkan, juga kepada mereka yang tidak merancang kehamilan.
Mama kena dapatkan suntikan ini sebelum bersalin, terutamanya yang mungkin bersalin awal dari tarikh jangkaan. Penting sangat!
Menurut pegawai perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, suntikan amat penting untuk ibu yang berkemungkinan melahirkan bayi pramatang. berikut ialah perkongsian beliau di laman Medical Mythbusters Malaysia;
Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan. Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot, sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 – 48 jam
Mengapa corticosteroid membantu mengurangkan risiko berkaitan dengan bayi pramatang?
Ubat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan. Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.
Adakah corticosteroid berbahaya kepada saya dan bayi?
Suntikan sebanyak 2 atau 4 kali dianggap selamat untuk ibu dan bayi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengatakan suntikan lebih daripada itu adalah selamat.
Bilakah sepatutnya saya mendapat suntikan corticosteroid ?
Suntikan diberikan pada minggu kehamilan ke 24 dan 34 minggu 6 hari. Jika anda akan menjalani pembedahan elektif, suntikan corticosteroid amatlah digalakkan jika pembedahan itu akan berlangsung pada 35 hinggga 38 minggu 6 hari kehamilan.
Suntikan corticosteroid boleh diberikan sebelum 24 minggu kehamilan, tetapi bukti corticosteroid dapat membantu bayi seawal ini masih lagi tidak jelas, pakar perunding akan berbincang dengan anda terlebih dahulu.
Berapa lama suntikan corticosteroid ini menjadi efektif?
Suntikan corticosteroid ini membantu jika dos terakhir diberikan antara tempoh 24 jam sehingga 1 minggu sebelum bayi dilahirkan. Ada juga kebaikan sekiranya bayi dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari dos yang pertama.
Siapakah yang sepatutnya menerima suntikan corticosteroid?
Anda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :
Kelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin. Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yg bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ini ikhtiar kita
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
PANDUAN MEMBUKA BUKU PINK IBU MENGANDUNG
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama jer, ibu-ibu yang dah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak tu agak jauh, macam 3-4 tahun, gituuuu..
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10-12minggu kehamilan. Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya scan yang kita buat awal-awal daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul confirm yang kita hamil. (UPT STRIP @ gambar scan kalau pernah scan sebelum buka buku)
Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan?
Semasa ibu nak buka buku pink tu nanti, nurse yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir kita. Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu aware tentang bila hari pertama period kita setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Jangan pula nanti bila nurse tanya, buat muka seposen pulak. Masa tu baru nak keluar kalender bagai, memang kena bebellah.
Contoh Cara Kira Usia Kandungan:
Hari pertama period terakhir ibu: 10mac 2021
Cek UPT 21hb 4 2021
Jadi, dari hari pertama last period ibu tu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 6 minggu dah (boleh install macam-macam apps sekarang untuk kira berapa minggu kehamilan anda). Siap ada gambar-gambar baby lagi tau. Comel-comel apps sekarang.
Lepas tu, boleh tunggu seminggu dua lagi untuk pergi klinik untuk scan kantung (sac) & tengok heartbeat baby (jantung), lepas tu biasanya doc /misi akan bagi tarikh untuk datang lagi untuk booking buka buku pink ~ biasanya dalam lingkungan 10-12minggu lah .
Haaaa, mudah kan?
Nak bawa apa masa buka buku?
Bawak IC saja, kalau kandungan ke-2 dan seterusnya boleh bawa buku pink sebelum-sebelum ni untuk rujukan ye. Nurse dan doktor akan tengok sama ada kita pernah mengalami apa-apa komplikasi semasa kelahiran yang lalu atau tak ada apa-apa masalah. Masa ni tag merah/putih/kuning/hijau akan ditampal juga.
Ada juga klinik yang minta bil elektrik atau air kan?? Tu sebab kalau klinik kerajaan, dia orang nak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal, nanti dia orang nak datang melawat rumah pun senang.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal kat mana-mana pun, tak perlu bawak bil-bil tu semua sebab nurse swasta tak ada datang melawat rumah.
Ada apa dengan buku pink ni? Penting kah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ni, ye ibu-ibu sekalian, terutamanya time check up lah. Jangan pula nak check up nanti, boleh tertinggal buku pink ni. Tak pasal-pasal dengar ceramah free daripada nurse tu.
Dalam buku pink ni terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor, keadaan bayi dan macam-macam lagilah.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silalah bawa bersama buku pink ni. Mana tahukan, kalau berlaku apa-apa ke, mudah untuk ibu-ibu refer ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ni, check mengandung adalah 1 kali sebulan jer. Tapi kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali. Penat tu nak melayan, kan? hadap jelahhh.. nak baby kan ??
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan, ambil vitamin dan buat senaman antenatal regularly. Nanti bila nak buka buku pink, tak adalah masalah kesihatan lain pula.
Kak cik bidan pencen doakan semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang. Hati yang tenang insyaAllah berseri mak-mak yang tengah mengandung sekarang ni. Doakan kak cik juga dipermudahkan urusan kali ke 2 ni setelah 5 tahun menunggu. Moga kita semua dipermudahkan untuk urusan bersalin nanti
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Senaman semasa hamil bagus untuk meningkatkan kesihatan ibu hamil. Ia juga sebagai langkah persediaan fizikal untuk ibu menghadapi cabaran sepanjang kehamilannya.
PERSONALITI terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim melalui perkongsian di laman Instagram miliknya berkongsi aktiviti yang dilakukan semasa mengandung anak ketiganya.
Dalam video yang dimuat naik itu, Azrinaz menunjukkan rutinnya untuk menguatkan stamina dengan berlatih tinju bersama pelatih.
Namun latihan yang dibuat oleh Azrinaz ini masih bawah kawalan, bersesuaian dengan fizikalnya yang sudah hamil 8 bulan.
Bagi ibu hamil yang tidak menghadapi sebarang komplikasi semasa hamil, disyorkan untuk menjalani rutin senaman yang sederhana, lembut dan tidak memudaratkan.
Pa&Ma kongsikan senaman ringan yang boleh ibu-ibu praktikkan semasa hamil.
Plie (Menguatkan Quadrisep dan faraj, meningkatkan keseimbangan tubuh.)
Curl and lift (Menguatkan Bisep dan bahu)
Plank (Menguatkan lengan dan belakang)
Side-lying innerlift and outer thigh (Menguatkan Paha)
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.