Atas Motor Je Tapi Tetap Bahagia. Tular Ayah Mithali Layan Anaknya Main ‘Oh Som’!

Share

Kata orang, anak perempuan sememangnya manja dengan ayahnya. Bagi anak perempuan, si ayahlah hero pertama dalam hatinya. Ayah pula memang suka melayan kerenah anak perempuan yang dianggap puteri dalam keluarga.

Nak menang akaun SSPN? Lumayan! Klik SINI

Artikel Menarik: [Bersedekah Depan Anak, Ajak Hantar Makanan Pada Jiran Antara Cara Pupuk Amalan Bersedekah]

Terserlah kasih sayang antara ayah dan anak perempuan dalam video yang dikongsikan laman Sahabat Surga ini. Kedua-dua beranak ini kelihatan cukup gembira bergurau antara satu sama lain, meski hanya duduk di atas motor.

Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka seperti bermain ‘oh som’ dan apabila si ayah kalah, akan terima denda iaitu ciuman dari anak perempuannya itu.

Jom tonton video di bawah ini:

Ternyata video singkat itu berjaya mengusik hati warga maya dan mereka tidak ketinggalan untuk melahirkan perasaan mereka melalui ruangan komen.

Artikel Menarik: [Jangan Ajar Anak Salahkan Orang Lain, Nampak Remeh Tapi Ada Kesan Pada Anak]

RINDU ABAH…

BAHAGIANYA YANG MASIH ADA AYAH…

TERINGAT MASA KECIL DENGAN BAPAKKU DULU…

Sumber: Sahabat Surga
Antara aktiviti yang boleh ayah buat bersama-sama anak perempuan. Bonding jadi kuat, otak pun lebih cerdas. Klik SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN