Kata orang, anak perempuan sememangnya manja dengan ayahnya. Bagi anak perempuan, si ayahlah hero pertama dalam hatinya. Ayah pula memang suka melayan kerenah anak perempuan yang dianggap puteri dalam keluarga.
Terserlah kasih sayang antara ayah dan anak perempuan dalam video yang dikongsikan laman Sahabat Surga ini. Kedua-dua beranak ini kelihatan cukup gembira bergurau antara satu sama lain, meski hanya duduk di atas motor.
Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka seperti bermain ‘oh som’ dan apabila si ayah kalah, akan terima denda iaitu ciuman dari anak perempuannya itu.
Sumber: Sahabat Surga Antara aktiviti yang boleh ayah buat bersama-sama anak perempuan. Bonding jadi kuat, otak pun lebih cerdas. Klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui bayinya berusia tiga bulan meninggal dunia di tangan suami sendiri pada 4 Oktober 2022 apabila ditemui terbaring di katil rumah di Mukim Padang Hang, Alor Setar.
Menerusi laporan Berita Harian, ibu mangsa dikenali sebagai Kamalia, 22, memberitahu yang bayinya dianiayai suami setelah dia melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dipukul lelaki terbabit yang juga seorang penagih dadah.
Kamalia turut membuat laporan polis sebelum menumpang di rumah saudaranya kerana takut dengan suami yang mengancam mahu membunuhnya.
“Saya terpaksa meninggalkan tiga anak, masing-masing dua perempuan berusia setahun dan enam tahun serta bayi lelaki yang baru berusia tiga bulan.
Sejak itu, hampir setiap hari saya ke balai polis untuk meminta pertolongan supaya anak-anak diselamatkan kerana bimbang sikap panas baran serta suami yang mungkin bertindak luar kawalan berikutan berada bawah pengaruh dadah,” katanya.
Bayi sudah meninggal atas katil rumah
Tambah wanita itu, selepas beberapa hari meminta tolong dan merayu kerana bimbang akan keselamatan anak-anak, pihak polis telah datang ke rumahnya sebelum dia menghubungi mengatakan suaminya sudah ditahan serta dia juga dipanggil ke balai polis.
“Sebaik tiba di balai polis, saya dimaklumkan bayi lelaki ditemui meninggal dunia atas katil dalam bilik rumah dan ketika itu saya sudah tidak mampu berfikir.
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan dua lagi anak diserahkan kepada keluarga mentua untuk dijaga buat sementara waktu,” katanya.
Sikap baran sejak awal kahwin
Jelas Kamalia lagi, sejak berkahwin pada 2019, suaminya sudah menunjukkan sikap baran dan cemburu buta serta sentiasa bersangka yang dia mempunyai hubungan dengan orang lain.
“Saya mengesyaki suami berperangai begitu kerana dia berada di bawah pengaruh dadah, malah saya pernah menerima 27 jahitan di kepala akibat dipukul, mata dicungkil dan ditikam tangan serta peha.
“Semua itu berpunca daripada sikap cemburu suami sedangkan sejak kahwin saya hanya berada di rumah yang turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dipasangnya bagi memantau pergerakan saya,” katanya.
Minta isteri jadi penjamin beli motosikal kuasa besar
Punca dia melarikan diri baru-baru ini adalah disebabkan tindakan suaminya mahu membeli motosikal berkuasa besar, namun dia diminta menjadi penjamin.
“Pemilik kedai memberitahunya yang isteri boleh dijadikan penjamin, namun ketika pulang rumah suami mempertikai dan menyoal kenapa saya perlu menjadi penjamin untuknya.
“Suami mula membuat pelbagai tuduhan terhadap saya sebelum berlaku pertengkaran sehingga dia memukul kepala dan mengugut mahu membunuh saya,” katanya.
Positif methamphetamine
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan yang suspek berusia 28 tahun sudah ditahan dalam serbuan dilakukan di rumahnya jam 2.50 petang semalam.
“Ketika serbuan, polis menemui mayat seorang bayi lelaki dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut positif methamphetamine.
“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga mangsa kerana mendakwa bayi terbabit enggan minum susu dan kerap menangis.
Selain itu, suspek turut mendakwa dia tahu bayinya itu sudah meninggal dunia dua hari sebelum ditahan.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kanak-kanak sememangnya mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba sendiri. Namun, sifat ini kadang-kadang boleh membawa kepada situasi yang tidak dijangka, seperti yang berlaku baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak perempuan mengalami insiden bibir tersepit pengepit kuku elektrik.
Perkongsian Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama semalam (12 Mac 2026) melaporkan satu insiden khidmat khas mulut tersepit yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun.
Menurut laporan, panggilan kecemasan diterima daripada Pegawai Perubatan Nasrullah pada jam 8.07 malam pada 2 Mac 2026, memaklumkan mangsa tersepit pengepit kuku elektrik di bahagian bibir.
Lima anggota PBS Saujana Utama tiba di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam pada jam 8.45 malam bagi membantu mengendalikan kes bibir tersepit pengepit kuku elektrik tersebut.
Selepas penilaian dan perbincangan bersama doktor bertugas serta pegawai perubatan HASA, operasi pemotongan pengepit kuku elektrik dijalankan menggunakan peralatan khas.
Proses menyelamat mangsa bukanlah mudah kerana anggota bomba perlu berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius pada bibir kanak-kanak tersebut.
Operasi mengeluarkan alat yang menyebabkan bibir tersepit pengepit kuku elektrik itu mengambil masa hampir lebih satu jam.
Sepanjang proses tersebut, mangsa beberapa kali diberikan ubat bius bagi mengurangkan kesakitan dan memastikan prosedur dapat dijalankan dengan selamat.
Alhamdulillah, pengepit kuku elektrik akhirnya berjaya dileraikan tanpa komplikasi serius. Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian bibir.
Selepas selesai operasi, anggota PBS Saujana Utama sempat bergambar kenangan bersama doktor dan pegawai perubatan sebelum kembali ke balai.
Kes turut dilaporkan semula kepada Bilik Kawalan BBP Bestari Jaya, dan semua peralatan yang digunakan dikemas sebelum anggota bertugas pulang.
Insiden bibir tersepit pengepit kuku elektrik ini mengingatkan kita bahawa sifat ingin tahu dan ingin mencuba benda baru adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak.
Namun, tanpa pemantauan yang rapi, sifat tersebut boleh membawa kepada situasi yang berisiko.
Berikut beberapa pengajaran penting yang boleh diambil oleh ibu bapa:
Pastikan peralatan seperti pengepit kuku elektrik, gunting kecil dan alat elektronik lain disimpan di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-kanak.
Ibu bapa digalakkan menerangkan bahaya sesuatu peralatan dengan bahasa yang mudah supaya anak-anak faham risiko sebelum mencuba sesuatu.
Didik anak supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum menggunakan peralatan yang tidak biasa mereka gunakan.
Anak-anak juga boleh diajar mengenai nombor kecemasan dan siapa yang perlu dihubungi jika berlaku kejadian tidak dijangka.
Jika berlaku situasi seperti bibir tersepit pengepit kuku elektrik, ibu bapa perlu kekal tenang dan mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.
Meninjau di ruangan komen media sosial, ramai yang terkejut dengan kewujudan pengepit kuku elektrik dan menganggap insiden ini sebagai pengalaman “try and error” bagi kanak-kanak.
Antara komen yang menarik perhatian:
“Ni kes nak try n error laa ni, kalau letak kat mulut apa jadi…”
“Pertama kali tahu ada pengepit kuku elektronik. Out of the box betul ko dik.”
“Sebab tu kalau perasan barang-barang elektrik ada tulis ‘jauhi daripada kanak-kanak’, memang kanak-kanak ni akal pendek.”
“Sel-sel otak tengah berhubung esok dah besar, ingat tau peristiwa bersejarah nie.”
Komen-komen ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menjadi peringatan kepada ibu bapa tentang betapa kreatif dan ingin tahu anak-anak walaupun kadang-kadang membawa risiko.
Kejadian bibir tersepit pengepit kuku elektrik ini menunjukkan kepantasan dan kepakaran pasukan bomba dalam membantu situasi kecemasan.
Pada masa sama, ia menjadi peringatan kepada semua ibu bapa bahawa pemantauan, bimbingan dan kesedaran keselamatan sangat penting dalam kehidupan seharian kanak-kanak.
Sifat ingin tahu anak-anak adalah sesuatu yang baik untuk proses pembelajaran mereka. Namun dengan pemantauan yang betul, pengalaman belajar tersebut boleh berlaku dengan lebih selamat dan terkawal.
Ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka kini sedang giat mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di sebuah taska.
Bayi perempuan comel itu dikatakan ditinggalkan di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Semabok, Melaka sejak tiga bulan lalu.
Menerusi kenyataan rasmi, JKM memaklumkan bahawa bayi yang ketika itu dianggarkan berusia sekitar tiga hingga empat bulan telah dihantar ke taska berkenaan oleh sepasang lelaki dan wanita pada 17 Mac lalu.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), individu terbabit dianggarkan berusia lingkungan 40-an dan berpakaian biru serta merah pada hari kejadian.
Namun begitu, tiada waris yang tampil untuk mengambil bayi tersebut sejak 19 Mac, menjadikan bayi berkenaan yang kini dikenali sebagai Arisa, secara rasmi di bawah jagaan JKM.
“Bayi perempuan itu dihantar ke taska tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan waris tidak mengambilnya bermula 19 Mac lalu.
“Setakat ini, bayi berkenaan diletakkan di bawah jagaan JKM dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sehubungan itu, JKM Melaka menyeru ibu kandung atau mana-mana waris yang mengenali atau mempunyai hubungan dengan bayi berkenaan supaya segera menghubungi Pelindung Kanak-kanak atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah.
Di mana, orang ramai boleh berbuat demikian di talian 06-3333333 bagi membantu proses kebajikan dan penjagaan bayi tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyRailLife KTM menawarkan perjalanan percuma kepada kanak-kanak berusia 4 tahun hingga pelajar Tingkatan 6 serta OKU bagi laluan KTM Komuter dan Shuttle Timuran. Ketahui syarat kelayakan, laluan, dokumen dan cara memohon pas ini.