Pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime mendedahkan dia kini berdepan masalah kesihatan apabila kehilangan suaranya secara tiba-tiba selepas baru beberapa hari berpuasa.
Pemilik nama penuh Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, itu mengakui situasi tersebut tidak pernah berlaku sepanjang hidupnya dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang dalam dirinya.
Tambah ibu kepada si comel, Lyla Mulan Teh ini, keadaan kesihatannya dilihat semakin berubah sejak dia bergelar seorang ibu.
Imun Agak Lemah, Kerap Sakit
Ibu cantik manis ini merasakan sistem imun badannya kini tidak sekuat dahulu dan mudah diserang penyakit walaupun hanya perkara kecil.
“Saya kehilangan suara. Baru beberapa hari puasa. Sejak jadi ibu, sistem imun saya agak lemah, sikit-sikit sakit.
Ads
“Dulu puasa sambil buat siaran langsung (live) jual ubat gigi okay saja,” kongsinya.
Tambah Atikah lagi, dia mengakui kini dirinya tidak punya masa untuk berehat dan menghabiskan waktu untuk dirinya sendiri. Situasi ini jelasnya membuatkan lebih mencabar.
Peminat Kongsi Tip
Perkongsian tersebut dibuat menerusi Threads dan pantas mendapat perhatian ramai peminat yang turut bersimpati dengan keadaan dialaminya.
Ads
Kehilangan suara pastinya memberi kesan besar, lebih-lebih lagi apabila melibatkan komitmen kerja serta tanggungjawab harian.
“Tolong kongsi tips macam mana nak dapatkan suara saya semula dalam kadar segera?
“Saya tiada masa untuk berehat. Saya perlukan penawar atau ubat yang bagus,” ujarnya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengambil peluang berkongsi pelbagai petua tradisional dan moden bagi membantu memulihkan suara yang hilang. Selain mendoakan kesembuhan buat Atikah, ada yang mencadangkan agar dia memperbanyakkan minum air suam, mengurangkan bercakap buat sementara waktu serta mendapatkan rawatan doktor sekiranya keadaan berlarutan.
Tidak kurang juga yang menyarankan agar Atikah berkumur dengan air garam untuk melegakan tekak dan membantu mengembalikan suaranya. Petua tersebut sememangnya sering diamalkan bagi merawat sakit tekak atau masalah suara serak.
Terdahulu, Atikah yang mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Lokman Teh selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 8 Mac 2025 di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Sumber: Threads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti ramai suka tengok anak-anak pelakon Norman Hakim kan? Rasa bahagia sangat Norman dan bekas isterinya Abby Abadi mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah.
Bahkan anak-anak Norman bersama isterinya Memey juga turut dididik dengan baik supaya mencontohi akhlak abang dan kakak-kakaknya. Sememangnya mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah menjadi impian setiap ibu bapa.
Menjadi tanggungjawab ibu dan ayah untuk mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT agar mengikut landasan yang betul supaya mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain.
Itulah sebabnya penting untuk menerapkan ilmu mengenal Tuhan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Bila anak kenal dan cinta Allah dan Rasul, barulah mudah hendak dibentuk.
Sebagai ibu bapa kita perlu mendahulukan bab didik anak mengenal Allah. Yakinlah bahawa anak yang kenal dan cinta Allah secara tak langsung akan kenal dan cinta pada ibu ayahnya. Anak yang lupa Allah, bukan sekadar lupa ibu bapanya bahkan akan lupa dirinya.
Anak yang dididik kenal dan cinta Allah akan tahu bahawa reda Allah terletak pada reda ibu bapanya. Bila dah cinta pada Allah dan Rasul, secara tak langsung mereka juga akan rapat dengan al-Quran yang terkandung di dalamnya berkenaan hal berbuat baik dan mendoakan ibu bapa.
Bapa kepada lima orang anda dan sedang menanti kelahiran anak keenam ini dikenali sebagai ayah yang penyayang dan sangat menitikberatkan didikan agama pada anak-anaknya.
Semuanya telah terbukti bila mana anak yang sulung, Mohamed Danish Hakim, 15, kini sedang menyambung pelajaran syahadah hafiz al-Quran di Turki. Bakal seorang al-Hafiz anaknya ini. Sementara anak keduanya, Marissa Dania Hakim juga belajar di sebuah sekolah tahfiz.
Ini adalah antara cara yang dilakukan oleh Norman Hakim kepada anak-anaknya.
Semoga apa sahaja contoh yang baik dalam mendidik anak yang ditunjukkan oleh pelakon Norman Hakim ini dapat dijadikan teladan dan inspirasi kepada semua ibu ayah untuk mendidik anak-anak soleh dan solehah.
Sumber: normanhakim_786
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa kita sedar kita terdorong untuk melabelkan anak-anak. Kata-kata seperti anak nakal, anak lasak, anak lambat dan sebagainya, semuanya datangnya daripada mulut kita sendiri. Bukan dari orang lain.
Tidak mengira anak remaja atau anak yang masih kecil, acapkali terkeluar daripada mulut kita melabelkan anak-anak. Cubalah ubah kata-kata ini kerana ada kesannya buat mereka.
Hal ini sebenarnya teramatlah salah. Mengapa? Tulisan saudara kita, Encik Hazhari Ismail di facebooknya ini banyak benarnya.
MELABEL ANAK
“Anak saya ni slow sikit.” Manusia ini hidup di dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita adalah sama untuk dikatakan sebagai normal. Jika ada terlain sedikit, maka kita akan hukum orang yang tak sama dengan melabel mereka dengan macam-macam.
Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil dari pemerhatian biasa.
“Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa responsibilities ye cikgu.”
Ibu Ahmad melabel anaknya dari kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku di dalam beg untuk hari esoknya, pack barang, basuh pinggan dan sebagainya.
Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh di dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai di dalam benak minda Ahmad.
***
Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – merupakan satu bentuk jangkaan yang mampu mempengaruhi perangai atau tingkah laku jangka panjang.
Ingat lagi report kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.
“Ain seorang pelajar yang pendiam.”
“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”
“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”
Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid yang baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan expectation yang kurang kepada murid.
Si kecil akan rebel di dalam kelas kerana terus-terusan mereka dilabel dengan benda yang negatif. Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.
Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik.
Walaubagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding yang baik adalah sesuatu yang zalim. Lagi menzalimkan adalah jika kita bagitahu orang lain tentang label yang digunakan.
Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?
(1) Terangkan keadaan yang berlaku, bukan fokus sifat anak-anak.
Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan minggu. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa.”
Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”
Elakkan menggunapakai perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkahlaku yang dah lepas-lepas.
(2) Label juga boleh jadi sesuatu yang tricky
Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akan berasa tertekan untuk menjadi yang paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate’ kelebihan seseorang.
Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk exam esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.
(3) Senang cerita, tak perlu nak label-label
Label yang diberikan berbeza dari orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk menjadi pandai.
Maka, ia adalah strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untuk mewujudkan motivasi.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Menyediakan bubur nasi anak sememangnya memerlukan tempoh masa yang agak lama. Bagi memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita menyediakan bubur anak ini, teknik membekukan beras antara yang begitu disarankan.
Nak bekukan beras macam mana? Teknik cube, saiz kecil dan cepat ini antara yang disarankan buat semua. Jom ikuti langkah demi langkah, perkongsian Izzah Kassim ini.
BERAS FROZEN Cara saya buat beras frozen. Beras frozen sangat-sangat membantu dan menjimatkan masa untuk masak makanan baby. Dalam 15 minit dah siap masak semua.
Saya akan masak setiap hari setiap pagi sebelum pergi kerja. Masak untuk 2 kali makan kemudian asingkan dalam 2 bekas.
1. Basuh beras bersih-bersih macam biasa.
2. Toskan air.
3. Masukkan 1 atau 2 sudu kecil dalam ice tray.
4. Penuhkan ice tray dengan air (saya guna air Cuckoo).
5. Rupa bila dah siap beku.
Contoh untuk 2 kali makan (masa usia baby saya 6 bulan).