Pelakon, Atikah Suhaime dipuji wargamaya kerana tidak cerewet berbelanja menerusi atas talian di Tik Tok sahaja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya nanti.
Biarpun berkahwin dengan usahawan ternama namun Atikah dilihat cukup bersahaja malah tidak kisah memilih barangan untuk kelengkapan anaknya.
Menerusi perkongsian itu, Atikah, berkongsi dirinya yang cukup teruja dengan hasil pembeliannya walaupun ia tidak berjenama mewah.
“Things I buy to prepare baby arrival. Apa lagi yg tika lupa?,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ads
Antara barangan bayi yang telah dibeli sebagai persiapan adalah seperti pakaian, lampin dan barangan mandian bayi. Sudah semestinya, ramai dalam kalangan netizen yang memuji sikapnya yang ‘humble’ kerana tidak berbelanja mewah seperti orang lain yang membeli baju bayi berharga ribuan ringgit.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap rendah diri beliau yang bersederhana dalam berbelanja meskipun hidup dalam keadaan mewah.
Ads
Terdahulu, Atikah Suhaime mendirikan rumah tangga bersama Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, pada Januari tahun lalu.
Pada September 2024, Atikah dan suami berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang yang memaparkan dirinya berisi mendapat perhatian ramai.
“Kenapa doktor letak jarum di tangan saya waktu hendak bersalin?”
Intravenous cannula (“jarum” /branula/ Venofix/ Venflon) ialah suatu salur halus yang dimasukkan ke dalam salur darah pesakit oleh staf kesihatan yang terlatih (doktor/jururawat/MA). Dalam drama di TV, intravenous (IV) cannula ini sering digayakan untuk menunjukkan pesakit itu dalam keadaan kesihatan yang serius, dan digunakan untuk `masuk air (drip)’ ke badan pesakit melalui tangannya. Cara IV cannula ini dimasukkan ialah dengan menggunakan jarum yang terletak di tengah salur plastic yang halus. Setelah jarum dan salur itu dicucuk masuk ke dalam salur darah (biasanya di tangan), jarum itu kemudiannya dikeluarkan dan meninggalkan hanya salur plastik di dalam salur darah.
IV cannula tidak dimasukkan ke salur darah setiap wanita yang bersalin. Ia bukannya prosedur yang rutin. Akan tetapi, ramai wanita bersalin mempunyai risiko atau keperluan untuk IV cannula digunakan. IV cannula digunakan untuk:
1. Memasukkan ubat ke dalam badan supaya ia bertindak jauh lebih tepat dan cepat berbanding dengan ubat yang ditelan. Ada juga ubat yang hanya boleh disuntik dan tidak boleh ditelan (tiada alternatif).
2. Memasukkan air (saline) ke dalam badan untuk wanita yang mengalami dehidrasi atau muntah-muntah.
3. Memasukkan darah (blood transfusion) untuk wanita yang mengalami pendarahan (post partum haemorrhage), atau wanita yang sememangnya sudah mengalami kekurangan darah (anaemia).
Contoh wanita-wanita yang berkemungkinan tinggi untuk memerlukan penggunaan IV cannula ialah:
i. Wanita yang berisiko untuk mengalami pendarahan – grandmultipara (mengandung anak ke 5 dan ke atas), saiz bayi yang besar (berat 4Kg ke atas), air ketuban berlebihan (polyhydramnios), mengandung anak kembar, wanita obes. Ubat untuk elak tumpah darah dan juga ubat untuk merawat tumpah darah bertindak dengan segera jika disuntik melalui IV cannula.
ii. Wanita yang mengalami anaemia – setiap wanita yang bersalin akan kehilangan darah secara purata dalam 200ml ke 500ml. Oleh itu, wanita yang telah sedia ada kurang darah, akan berkemungkinan tinggi perlu ditransfusi darah sewaktu/selepas bersalin.
iii. Wanita yang melalui induction of labour (`paksa bersalin’). Salah satu cara untuk induce ialah dengan menggunakan ubat oxytocin yang di-infuse melalui IV cannula. Kadangkala, wanita yang mengalami natural labour juga akan tiba-tiba hilang kontraksi, dan kontraksi perlu ditingkatkan dan diseragamkan semula dengan menggunakan oxytocin.
iv. Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi (hypertensi) – wanita ini berkemungkinan mengalami eclampsia, iaitu sawan yang teruk yang boleh mengakibatkan maut kepada ibu dan janin. Kaedah yang paling berkesan untuk menangani eclampsia ialah dengan menyuntik ubat Magnesium Sulphate melalui IV cannula.
v. Wanita yang berisiko tinggi untuk memerlukan kelahiran Caesarean – saiz bayi yang besar, gestational diabetes, kandungan kembar, kandungan IUGR, kandungan songsang, wanita yang pernah melahirkan secara caesarean, wanita yang di-induce, wanita yang `poor progress’ dll dll.
vi. Wanita yang mengalami masalah kesihatan umum seperti asthma, muntah-muntah, jangkitan kuman, HIV, masalah jantung berkemungkinan tinggi memerlukan ubat-ubatan untuk menstabilkan keadaan penyakit mereka.
“Tak boleh ke doktor tunggu, jika ada komplikasi, barulah masukkan IV cannula? Jika hanya ada risiko, tidak perlulah masuk IV cannula terlebih dahulu.”
Memasukkan IV cannula tidaklah semudah yang disangkakan, terutamanya untuk kaum wanita yang mempunyai salur-salur darah yang lebih halus. Lebih-lebih lagi kalau mereka mengalami obesiti dan lemak-lemak menyebabkan salur-salur darah tertanam jauh daripada kulit. Oleh itu, staf kesihatan memerlukan keadaan tenang dan terkawal untuk melakukan tugas ini. Jika pendarahan (haemorrhage) berlaku, ia akan berlaku dengan sangat pantas.
Staf kesihatan akan mengalami tekanan untuk memasukkan IV cannula kerana kekangan masa dan keadaan cemas untuk menyelamatkan nyawa. Tambahan pula, apabila pendarahan berlaku, salur-salur darah akan mengecut (vasoconstriction) dan menyebabkan lebih sukar lagi untuk memasukkan IV cannula. Oleh yang demikian, staf kesihatan akan bersedia sebelum kecemasan berlaku. Sediakan payung sebelum hujan, jangan tunggu banjir!
Jika doktor nasihatkan untuk IV cannula, janganlah enggan. Ia adalah untuk keselamatan anda.
Kredit: Dr Anna Liza Roslani
Pakar Obstetrik & Ginekologi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Ini rupanya cara Sariyanti maintain susu ibu untuk bayinya, Dariya Inara. Walau pun berstatus selebriti, ibu muda ini tidak lokek info bila ada peminat bertanya mengenainya.
Sariyanti yang telah memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq mendedahkan ada ibu yang bertanya kepadanya bertanyakan tentang jenis susu yang diberikan kepada Dariya Inara, 3 bulan. Ia didedahkan oleh Sariyanti menerusi IG story.
Isteri Jep Sepahtu ini rupanya memberikan Dariya Inara yang kini berusia 3 bulan susu ibu. Bertuah si comel Dariya kerana mendapat khasiat dan kebaikan yang tiada tolok bandingnya menerusi penyusuan susu ibu.
Ada ibu yang telah memberitahu Sariyanti yang dia terpaksa memberikan susu formula kepada bayinya kerana susu ibu semakin berkurangan.
Ada juga yang meminta tips daripada Sariyanti bagaimana untuk memperbanyakkan susu ibu.
Ini adalah jawapan Sariyanti kepada persoalan ibu-ibu ini.
Akak makan ontime untuk susu sentiasa ada.
Tak diet. Makan tapi tidak terlebih makan.
Makan banyak kekacang.
Dan minum air bergula. Bukan coffee, I’m tea person.
Tapi itu style kakak la…kalau nak try apa salahnya.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Daler Yusof yang menimang cahaya mata keempatnya pada Selasa lalu.
Melalui perkongsian Daler, isterinya, Sakinah Barukul selamat melahirkan anak keempat melalui pembedahan selepas mengalami pendarahan pada usia kandungannya 36 minggu.
“Syukur alhamdulillah berkat doa semua di bulan Ramadan ini. Pembedahan berjalan lancar,” katanya.
Malah kongsi Daler lagi menerusi Instagramnya, anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja.
“Alhamdulillah bayi dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami bersyukur kerana menyambut kelahiran cahaya mata ini di bulan Ramadan.
“Moga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat kelak,” katanya lagi.
Berkongsi kisah kelahiran anak keempatnya itu, ujar Daler, isterinya dimasukkan ke hospital selepas bayi mereka berada dalam kedudukan songsang dan mengalami pendarahan.
Terdahulu, Daler dan isteri mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun yang lalu. Pasanagn ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yusof (10 tahun) Amira (8 tahun) dan Abu Bakar (5 tahun).
Tip jimat sambut Raya untuk mak ayah yang ingin berjimat tanpa menghilangkan kemeriahan Hari Raya. Panduan praktikal kawal bajet Raya, baju anak, kuih, menu dan duit raya.