Pelakon cantik manis yang kini sudah pun bergelar ibu, Atikah Suhaime sudah pun dibenarkan pulang ke rumah selepas melahirkan anak sulungnya.
Menerusi perkongsian videonya di Tik Tok, Atikah dilihat cukup gembira memangku buah hati tersayang, Lyla Mulan Teh untuk dibawa pulang ke rumah.
Lebih hebat lagi kepulangan Atikah dan puterinya, Lyla Mulan turut disambut dua buah kereta mewah berwarna keemasan yang membuatkan wargamaya kagum dan teruja.
“Alhamdullilah dah boleh balik. Terima kasih semua doakan yang baik-baik,” tulisnya.
Ads
Melalui video itu, Atikah dilihat dibawa oleh jururawat ke bahagian lobby kereta malah memangku Lyla Mulan untuk diletakkan di dalam carseat.
Wajahnya ceria malah sempat melemparkan senyuman manis sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.
Bahkan kata Atikah lagi, dia kini bersedia untuk berpantang malah turut meminta rakan media social mendoakannya agar kembali kurus seperti sebelum hamil.
Ads
“Masa untuk berpantang! Doakan Tika cepat kurus pulak,” tulisnya menerusi kapsyen.
Terdahulu, Atikah Suhaime selamat melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama, Lyla Mulan Teh beberapa hari lalu di sebuah pusat perubatan di Damansara.
Bagi ibu hamil, kontraksi dan menunggu bukaan servis serta proses meneran adalah fasa yang mencabar. 10 tip daripada doktor ini membantu.
Debaran makin terasa terutamanya bakal ibu yang menanti masa untuk melahirkan anak pertama tidak lama lagi.Perkongsian daripada Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan & Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital memberikan 10 tip yang boleh membantu mengelakkan masa yang lama semasa proses bersalin nanti terutamanya proses meneran dan kontraksi.
Memang tidak dinafikan proses bersalin terutamanya proses meneran dan kesakitan kontraksi adalah satu perkara yang menakutkan bakal ibu. Kontraksi disebabkan oleh otot rahim yang mengecut secara beritma yang bermula dari bahagian atas atau fundus rahim dan menolak bayi ke bawah. Kontraksi juga penting untuk proses mengeluarkan uri.
Kontraksi adalah satu proses fisiologi yang sangat penting semasa proses bersalin untuk memastikan bukaan pangkal rahim dan kepala bayi dapat turun ke dalam pelvis dengan lancar dan seterusnya melahirkan bayi. Kontraksi boleh berlaku selama beberapa hari sebelum kelahiran tetapi biasanya kurang kuat dan tidak kerap.
Kontraksi merupakan tanda yang puan sudah hampir mahu bersalin ialah apabila ia menjadi semakin kerap, semakin lama dan semakin kuat. Kontraksi juga biasanya semakin kuat sekiranya air ketuban telah pecah atau dipecahkan oleh doktor. Selalunya saya akan menasihatkan pesakit untuk datang ke hospital apabila kontraksi berlaku setiap 10 minit.
Hanya kontraksi yang cukup kuat dan kerap boleh memastikan bukaan pangkal rahim dan kepala bayi turun, sebab itulah sekiranya kontraksi puan tidak mencapai kekuatan atau kekerapan yang sepatutnya semasa di bilik bersalin nanti, doktor akan memasukkan ubat Pitocin atau Oxytocin.
Antara tip untuk membantu memudahkan kelahiran:
Di dalam kelas antenatal, ceramah berkenaan proses kelahiran akan diberi oleh pakar perbidanan dan puan juga akan diajar teknik pernafasan dan posisi semasa kelahiran. Kelas antenatal ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu untuk memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan keperluan untuk ubat tahan sakit nanti.
Ubat tahan sakit semasa sakit bersalin seperti suntikan Pethidine atau Epidural dan metod-metod lain seperti Entonox dan mesin TENS bukan sahaja mengurangkan rasa sakit kontraksi tetapi dapat menenangkan emosi puan. Apabila ibu tenang, kontraksi akan lebih berkesan dan mempercepatkan proses bersalin.
Biasanya wanita yang aktif lebih mudah untuk bersalin terutama pekerjaan yang banyak memerlukan berjalan seperti jururawat atau guru. Semasa di wad bersalin atau bilik bersalin adalah lebih baik sekiranya puan kerap berjalan kerana boleh mempercepatkan proses bersalin dan ia juga mengurangkan rasa sakit.
Senaman Yoga dikatakan boleh membantu terutama untuk fokus, kawalan pernafasan dan senaman pelvis.
Urutan yang dilakukan semasa kehamilan dan semasa proses bersalin boleh membantu. Tetapi hendaklah dielakkan melakukan urutan pada rahim kerana boleh menyebabkan kontraksi awal atau abruptio sekiranya urutan yang kuat dilakukan.
Urutan pada bahagian badan yang lain tidak mendatangkan masalah dan boleh memberikan rasa tenang kepada ibu.
Walaupun senaman Kegel biasanya dinasihatkan untuk ibu-ibu selepas bersalin, ada pendapat dari pakar fitness yang mengatakan bahawa dengan melakukan senaman Kegel secara berterusan sekurang-kurangnya 20 kali sehari boleh menguatkan otot pelvis. Oleh itu otot pelvis yang kuat ini akan membantu wanita untuk meneran dengan lebih berkesan.
Urutan perineum boleh dilakukan seawal 12 minggu boleh membantu wanita belajar secara sedar untuk merehatkan otot perineum, oleh itu memudahkan laluan untuk bayi lahir.
Urutan ini juga menambahkan perjalanan darah kepada tisu di perineum yang membantu mempercepatkan ia cepat sembuh selepas bersalin terutama untuk wanita yang mempunyai luka episiotomi atau koyakan.
Ini kerana terdapat kajian mengatakan kedudukan seperti ruku’ dan sujud selama minima 10 minit 2 kali sehari selepas 37 minggu membantu memastikan kedudukan kepala bayi pada kedudukan paling optimum semasa bersalin nanti iaitu mukanya mengadap kepada tulang belakang ibu.
Kehadiran peneman terutama suami sangat-sangat membantu untuk memberikan semangat dan terbukti boleh mengurangkan sakit. Suami atau penaman juga boleh melakukan urutan dan membantu wanita untuk bergerak di dalam wad atau bilik bersalin.
Ini membolehkan wanita berada di dalam persekitaran yang dia rasa selesa dan kurang tertekan di rumah sendiri berbanding di hospital. Di rumah juga dia masih boleh minum, makan dan bergerak lagi sehinggalah kontraksi berlaku setiap 3 ke 5 minit sekali.
Semasa di bilik bersalin, biasanya puan masih boleh minum dan ambil makanan ringan seperti biskut atau kurma untuk memberikan tenaga. Pastikan puan membawa bekalan makanan yang cukup di hospital dan mengambil makanan secara normal sebelum dihantar ke bilik besalin untuk memastikan puan mempunyai tenaga yang cukup sepanjang proses bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan pada Ahad atas tuduhan mencekik bayi mereka sehingga mati di bandar Geoje, Korea Selatan, menurut polis.
Seorang wanita berusia 30-an dan pasangannya berusia 20-an didakwa mencekik bayi berusia lima hari sehingga mati dan menanam mayat bayi malang itu di kawasan pergunungan di Geoje, 331 kilometer di selatan Seoul.
Kedua-dua suspek sebelum ini mendakwa mereka menemukan jasad bayi itu pada 9 September lalu dan menanam mayat bayi itu pada hari berikutnya, tetapi kemudian menukar pengakuan mereka dan mendakwa bayi itu telah dihanyutkan di sungai.
Ia adalah siri kes penderaan terhadap kanak-kanak terbaharu selepas kerajaan melancarkan siasatan untuk memeriksa kesejahteraan lebih 2,000 bayi tidak berdaftar yang dilahirkan sejak 2015, ekoran penemuan dua mayat bayi baru lahir di dalam peti sejuk bulan lepas.
Perbicaraan kes terhadap seorang lagi wanita yang dituduh membiarkan bayinya mati kebuluran pada 2019 sepatutnya berlangsung di Mahkamah Daerah Suwon, 30 km selatan Seoul pada Ahad, tetapi suspek telah mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan.
Wanita berusia 20-an itu ditahan pada Jumaat atas tuduhan mengabaikan anaknya dan membiarkan anaknya mati kelaparan dengan tidak memberinya makan selama tiga hari di rumahnya di Daejeon, 139 kilometer di selatan Seoul, selepas melahirkan anak itu pada April 2019.
Mayat bayi itu masih belum ditemui, kata polis.
Pihak berkuasa pada mulanya melakukan siasatan di kawasan pergunungan berhampiran rumah suspek di Daejeon untuk mengesan mayat bayi itu selepas dia mendakwa dia menanamnya berhampiran rumah lamanya.
Dia telah berulang kali mengubah ceritanya, memberitahu polis lokasi yang berbeza. – Bernama
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Instafamous, Asyalliee Ahmad selamat melahirkan anak ke-3 secara normal pada rabu lalu di sebuah pusat perubatan swasta.
Berita gembira ini disampaikan oleh Asya melalui akaun instagram semalam dengan memuatnaik sekeping gambar bayinya dan mendapat 88 ribu tanda suka.
Menerutnya lagi, kelahiran kali ini lebih tenang dan lancar kerana dia membuat keputusan untuk mengambil epidural.
Sedikit infor mengenai epidural; Epidural adalah salah satu alternatif penahan sakit semasa bersalin yang semakin popular. Ubat penahan sakit ini akan disuntik ke dalam belakang anda (ruang epidural) melalui tiub epidural.
Suntikan ini menyebabkan rangsangan kesakitan daripada rahim yang mengecut ini tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan.Ia adalah satu kaedah mengawal/melegakan kesakitan yang biasa digunakan oleh wanita ketika melahirkan bayi. Epidural dilakukan oleh seorang pakar bius.
Alhamdullilah Thumma Alhamdullilah
Pada 21.04.21 pada jam 6:37 petang asya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.93kg secara kelahiran normal 🤍
Nama diberi; Hayyan Malique yang bermaksud – Yang Hidup Yang Memiliki
Nanti asya akan share journey asya sepanjang nak bersalinkan hayyan melalui vlog di youtube okies ☺️ Alhamdullilah kali ni sangat tenang proses bersalin dengan bantuan epidural. Rasa menyesal tak ambil dulu hehehe tapi takpe at least dah merasa sakit contraction sebenar 2 kali kan, kalini memang tenang je prosesnya 🤍
Terima kasih kepada yang mendoakan asya dan baby hayyan, tak sempat asya nak reply semua. But thank you so much okies ☺️
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Asya dan keluarga atas kehadiran cahaya mata baru.
Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Ahmad mendirikan rumah tangga bersama Eboy Arbaain (ahli perniagaan) pada 2017 dan dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Haider Mikhail, Siti Helena Adrianna dan Hayyan Malique.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)