Diam tak diam, pelakon dan pengacara Scha Al Yahya dan Awal Ashaari bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak berapa lama lagi.
Kehamilan yang diumumkan oleh anak kesayangan pasangan ini, Lara Alana sekitar bulan Ogos tahun lalu kini sudah pun mencapai due date nya. Scha bakal melahirkan bayi keduanya itu pada Februari depan.
Beberapa hari lalu Scha dilihat memuat naik beberapa keping gambarnya sambil memberi gambaran bakal bersalin dalam masa terdekat.
Malah menerusi Instastory, Awal turut berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen tidak sabar menantikan bayi kedua mereka. Semua persiapan sudah dilakukan sebaiknya, hanya menunggu si kecil untuk bersama mereka.
“Kita hanya merancang, Allah menentukan,” tulis Awal ringkas.
Malah menerusi instagramnya, Awal turut berseloroh sambil berkongsi sekeping gambar zirafah yang mungkin digunakan untuk menghias bilik comel bayi kedua mereka.
“Zaripah dah tunggu, and we are all waiting for you, #schawalJR,” seloroh Awal lagi.
Saran Ambil Suntikan Vaksin Influenza
Dalam pada berkongsi rasa teruja untuk menyambut kelahiran bayi kedua mereka, Scha dan Awal juga sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat terutama ketika berdepan pandemik yang mengancam dunia kini.
Terdahulu, Awal juga berkongsi sekeping gambarnya bersama Scha sambil berkongsi saranan untuk mengambil suntikan vaksin influenza terutama bagi ibu hamil dan kanak-kanak.
“Tak lama lagi Awal & Scha akan jadi new Mommy & Daddy again, inshAllah.
“Keluarga adalah segala-galanya. Lindungilah orang yang tersayang daripada selesema.
Ads
“Bercakap dan jumlah dengan doktor anda untuk maklumat lebih lanjut mengenai vaksinasi influenza semasa kehamilan,” kongsi Awal di instagramnya.
Sememangnya vaksin yang satu ini membuatkan tubuh jadi lebih kuat malah terhindar daripada serangan selesema dan sebagainya. Bukan hanya ibu mengandung, bahkan kanak-kanak juga amat disarankan untuk mengambil suntikan ini.
Semoga kelahiran bayi kedua pasangan ini dipermudahkan segalanya.
Terdahulu, Awal, Scha dan Lara kini muncul dalam satu program realiti terbaru Schawal Baby Boom yang bakal bersiaran pada setiap Khamis, jam 9 30 malam di Astro Ria.
Kata Scha melalui petikan terdahulu, ia adalah satu perkongsian mengenai kehidupan mereka serta perjalanan menyambut bayi kedua mereka.
“Sekarang ni Scha tengah ada realiti program baru, Schawal Baby Boom dan yang menariknya ia berkisarkan kehidupan kami sekeluarga serta baby yang bakal dilahirkan kelak.
“Kami juga berkongsi perkembangan mengenai baby, rumah baru dan hobi Awal yang suka memasak.
“Kalau dulu kita ada Lara Oh Lara, kali ini Schawal Baby Boom 2021 pula,” kongsinya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @awalashaari & @schaalyahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tekanan yang membelenggu ditambah dengan kerja dan tanggungjawab saban hari membuatkan ibu hamil sering mengalami sakit kepala yang terlampau. Malah ada juga yang mengalami migrain. Pun begitu, larangan mengambil ubat untuk meredakan sakit kepala ini semakin membuatkan ibu hamil merasa tertekan.
Pun begitu, menurut Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists, Fertility Specialist daripada Prince Court Medical Centre menjelaskan mengenai hal ini agar ibu hamil tidak merasa lebih tertekan ketika sakit kepala.
Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol atau Uphamol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil, jika diambil dalam dos yang terkawal.
Food Drug Administration (FDA) mengklasifikasikan paracetamol tergolong dalam ubat kategori kehamilan A iaitu ubat yang paling selamat untuk ibu hamil yang tidak memberikan kesan buruk kepada janin dan ibu hamil itu sendiri.
Indikasi penggunaan Paracetamol adalah sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipiretik (pengurang demam). Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis dan senggugut.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan. Dos maksima yang disarankan adalah 4 gram sehari iaitu dengan pengambilan 500mg -1 gram setiap 6 jam sehari.
Walaupun Paracetamol selamat digunakan oleh ibu hamil untuk tujuan pengubatan kendiri, namun ibu harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya suhu badan mencecah 38 darjah celsius. Ini adalah kerana ibu hamil terdedah kepada risiko penyakit yag lebih teruk berbanding wanita yang tidak hamil.
Sekiranya sakit kepala juga berlanjutan setelah mengambil paracetamol, ibu juga harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri sakita kepala disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius seperti preeklamsia.
Kesan Sampingan
Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil dalam dos yang disyorkan. Pastikan anda tidak mengambil lebih dari satu persediaan yang mengandungi paracetamol pada satu-satu masa. Periksa label ubat yang diambil bagi mengelakkan anda mengambil dos yang berlebihan.
Kebanyakan pesakit yang mengambil paracetamol tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan kerosakan hati.
Ibu perlu segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, air kencing berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau. Rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan kerosakan kekal pada hati.
Kejadian alahan juga jarang berlaku dengan pengambilan paracetamol. Antara gejala alahan adalah seperti seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.
Kesan kepada bayi
Satu kajian kohort yang di laporkan di International Journal of Epidemiology ke atas 48,631 orang kanak-kanak yang mana ibu telah mengambil paracetamol secara berterusan selama 28 hari atau lebih, mendapati bahawa kanak-kanak ini mengalami sedikit masalah perkembangan dan perangai pada usia tiga tahun.
Walaupun paracetamol selamat dikonsum ketika hamil, tetapi perlu diambil pada dos yang ditetapkan dan hanya dikonsum apabila perlu dan pada jangkamasa yang tidak terlalu lama. Ibu disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya demam atau sakit kepala berlarutan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua, pelakon Ummi Nazeera mengumumkan hal tersebut kepada peminat melalui instagram miliknya.
Memuat naik gambar bertiga bersama suami dan anak, dalam kapsyen posting tersebut pelakon Bisik Pada Langit ini menyatakan bahawa usia kandungannya kini sudah hampir 4 bulan.
Menurut Ummi, dia dan suami berasa sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dianugerahkan cahaya mata kedua.
“Assalamualaikum .. Alhamdulillah Ummi nak share di sini .. Ummi telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT,” tulisnya.
Ummi juga memohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.
“Ummi minta tolong semua untuk doakan kesihatan baby yg kini hampir 4 bulan & juga ummi kedua dua nya sihat walafiat. Semoga perjalanan kami dipermudahkan.. Ameen,” tulisnya lagi.
Menjenguk ke ruangan komen pula, rata-rata wargamaya dan rakan artis meluahkan rasa teruja selain mendoakan semoga segala urusan ummi akan dipermudahkan.
Dalam pada itu, di instagram milik suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari juga turut memuat naik gambar yang sama. Menerusi posting tersebut, Dr Izzar berharap perjalanan kehamilan isteri untuk kali ini juga berjalan lancar dan selamat.
“Alhamdulillah. Semoga perjalanan kehamilan ini berjalan lancar dan selamat buat kandungan dan isteri. Doa-doakan kami sekali. Ayra pun tak lama lagi dapatla jadi kaklong kawasan insyaAllahh. Bismillah,” tulisnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kehamilan berbeza-beza. Bagi pelakon dan usahawan, Wawa Zainal, kehamilan keempatnya kali ini sedikit berbeza malah kali ini dia terpaksa berdepan minum air gula untuk memeriksa kandungan gula dalam darah seperti kebiasaan ibu mengandung.
Rupanya pengalaman minum air gula untuk memantau Diabetes Gestesi atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan pengalaman pertama kali bagi Wawa.
Wawa turut memuat naik satu video pendek ketika proses minum air gula disertakan dengan bacaannya sekali.
“My first time kena minum air gula untuk check gdm,” tulis Wawa di Instagramnya.
Namun menariknya kata Wawa, biarpun dia penggemar coklat, dia amat bersyukur bacaan yang diperolehinya rendah.
“Pregnant sebelum ni tak pernah.
“Mommies uall dapat bacaan berapa? Wawa punya ni sangat rendah kan😩padahal hantu coklat.. mmmm,” tulisnya.
Wawa turut meninggalkan pengalaman minum air gula yang seakan air fanta oren itu di ruangan komen.
“Ya rasa macam air fanta oren. Lepas minum je terus berpusing kepala rasa,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu perkongsian video pendek Wawa itu sudah semestinya mendapat pelbagai respon dari seluruh peminatnya.
“Sedapnya air gula oren”
Tertarik dengan air gula berwarna oren yang diminum Wawa, rata-rata peminat turut meninggalkan pelbagai komen tidak terkecuali berkongsi pengalaman mereka minum air gula.
“Tapi air gula bos ni macam sedap jaa, macam air oren”
“Kira okay la air gula mcmtu kalau kita air gula yang suam ii werk nak muntah”
“Kat klinik kami tak jumpa air gula camni”
“Untung la ayaq gula kaler oren. Kami punya ayaq gula tak dak kaler”
Semoga Wawa terus sihat tanpa sebarang masalah sehingga proses kelahiran bayi keempatnya sedikit masa lagi.
Terdahulu, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Budak perempuan 7 tahun jatuh kondominium tingkat 29 di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.