Dalam rumah tangga, perlulah saling bertolak ansur dan membantu antara suami dan isteri. Salah satu cara lain untuk ‘memancing’ rezeki adalah dengan berbelanja untuk isteri dan anak-anak. Biasanya isteri yang bahagia, bila suaminya tak kedekut.
Untuk menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab, sayangilah keluarga anda. Bukan wang ringgit kunci utamanya, tetapi sikap prihatin dan mengambil berat itu yang penting.
Ikuti perkongsian menarik dari seorang suami, Mohd Fadli Salleh tentang pengalamannya sendiri membeli barang dapur untuk si isteri.
Terus aku rempit ke Giant dari UTC tadi. Masuk je Giant, tengok jajan, teringat anak suka. Tengok Kinder Bueno, teringat anak. Tengok tu rasa best, tengok ni rasa best.
Ads
Sedar tak sedar penuh satu troli. 🤦♂️
Pening kepala nak bawa macamana. 🤦♂️
Isteri Kirim Barang Tak Sampai RM20
Isteri kirim 3 benda yang total tak sampai RM20 je pun. Bila masuk pasaraya ni terus hilang ingatan. Semua benda rasa nak beli. Dekat dua rat kena petang ni.
Ni je yang dikirim. 😬
Nak balik tadi menung panjang aku. Lupa datang dengan motor. Ingat datang dengan lori tadi. Hampir-hampir nak tempah Grab dah tadi suruh hantar barang. Haha.
Ejas punya ejas, lepas la bawak balik naik motor. Sampai depan rumah anak-anak berlari,
Ads
“Yeay, yeay ayah balik!”
“Yah, ayah beli apa tu,” tanya anak-anak bila nampak aku bimbit barang masuk rumah.
Hilang Rasa Menyesal Beli Banyak Tadi
Bersorak mereka lihat makanan kegemaran mereka ada belaka.
Terus hilang rasa menyesal beli belah tadi. Berganti kepuasan dan rasa bersyukur kerana belikan mereka makanan kegemaran mereka.
Ads
Kalau tak, mesti rasa bersalah saat anak bertanya “Ayah beli apa tu”.
Kepuasan bila lihat anak-anak gembira. 🥰
Meski pun kita berbeza, meski pun cara kita tak sama. Namun aku pasti, kita semua setuju;
Senyuman dan kegembiraan anak-anak adalah perkara paling utama bagi setiap ibubapa.
Perkara ini sememangnya sering berlaku. Biasanya para ibu yang suka beli macam-macam barang kerana teringatkan suami dan anak-anak. Suami dan ayah yang berbelanja untuk keluarga dan tidak pernah merungut tentangnya adalah yang terbaik! Rezeki datang dengan keredaan Allah SWT, membahagiakan orang-orang yang kita sayangi adalah salah satu cara untuk mendapatkan rahmat Yang Esa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Wah, bestnya cermin make-up macam ni. Siap berlampu-lampu lagi. Ni mesti mahal kalau beli.” Percaya tak dengan modal RM56 sahaja dah dapat cermin yang cantik sangat. Seolah-olah macam beli yang dah siap.
Bagi orang perempuan cermin ibarat satu keperluan yang penting. Tapi kalau dapat yang jenis macam ni lagilah suka. Nak tahu macam mana caranya, dikongsikan langkah demi langkah.
CARA DIY VANITY MIRROR GUNA BARANG KEDAI ECO RM2. JIMATNYA!
Cantik tak vanity mirror saya? Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, jadi kami pun terfikir idea untuk buat vanity mirror ini.
Mudah sangat. Bahan guna pun yang senang dapat saja. Jumlah modal yang diperlukan hanya sekitar RM50. Berbaloi buat sendiri tau. Berikut adalah bahan-bahannya.
BAHAN-BAHAN
Mentol – 8pcs (RM16)
Tempat letak mentol warna putih – 4 plastik ada 8pcs (RM8)
Cermin – 4pcs (RM8)
Plug – 1pcs (RM2)
Wallpaper – 3pcs (RM6)
Gam – 1pcs (RM2)
Frame kayu letak vanity mirror – 4pcs (RM8)
Bekas letak barang makeup – 2pcs (RM4)
Sesiku L untuk lekatkan dekat dinding – (RM2)
Jumlah keseluruhan : RM56 sahaja
Jom Join Group : Deko Apa Hari Ini?
Bagi yang nak jimat bajet, boleh cuba DIY sendiri ya. Sangat mudah dan berbaloi sangat dengan nilainya. Encik suami boleh realisasikan impian isteri ni ya. Buat sikit-sikit, nanti siaplah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ujian kita berbeza-beza. Namun ujian seorang ibu ini yang sanggup memotong kaki kanannya bagi menyelamatkan kandungannya amat luar biasa.
Melalui perkongsiannya di aplikasi TikTok, seorang ibu, Alin Azreen terpaksa memotong kaki kanannya akibat kanser ketika hamil anak kedua.
Jelasnya, kanser yang dialami itu telah merebak hingga ke tulang dan membuatkan saraf di bahagian kaki rosak serta terpaksa melakukan amputasi.
“Tak sangka lebam bertahun-tahun hingga jadi luka rupanya signal awal kanser. Lebam yang tak sakit tanpa demam dan tak ada tanda-tanda lain,” tulisnya.
Lebih mengharukan bila mana ibu kepada dua anak sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya sebelum memotong kaki.
“Sebelum kejadian potong kaki akibat kanser. Waktu ini sedang mengandung 2 bulan dan bergembira dengan anak sulung. Hari ke-5 selepas potong kaki, baru belajar berjalan menggunakan tongkat.
“Waktu ini usia kandungan baru 28 minggu. Bius separuh badan memang terasa kaki ditarik hingga putus dan bayi dalam kandungan bergerak-gerak.
“Genap 37 minggu lahirlah hero kedua secara elektif czer,” luahnya menerusi video pendek itu.
Ibu yang kelihatan cukup ceria dan bersemangat ini juga turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana keputusan untuk menyelamatkan kandungan berbanding kaki adalah keputusan yang tepat malah membahagiakan dirinya.
“Alhamdulillah keputusan pilih selamatkan kandungan daripada kaki adalah keputusan yang membahagiakan.
“Tak pernah menyesal. Ujian tanda Allah sayang. Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.
Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga apabila mahkamah memutuskan hak hadanah interim untuk anaknya, Ameena Sofia berpihak kepadanya.
Menerusi Instagramnya, Shakila meluahkan rasa syukurnya malah yakin dengan doanya dan setiap perancangan Allah buat dirinya dan keluarga.
“Alhamdulillah pagi ni pihak mahkamah dah putuskan untuk hak interim hadanah berpihak pada Umi Ameena.
“Aku percaya doa dan aturan Allah sentiasa tak salah alamat. Allah lebih tahu.
“Apa pun alasan dan tujuan kita sebagai manusia, hanya Allah je yang mengizinkanNYA. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah,” tulisnya.
Shakilla juga turut meluahkan rasa terima kasihnya pada peguam dan tidak lupa pada suami yang banyak menyokongnya kuat dari belakang.
“Terima Kasih to all my Lawyers yang sudi berjuang dan menjadi part of our journey. Not to forget, to my husband, thank you so much for everything,” tulisnya lagi.
Terdahulu, pada Disember tahun lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.
Fizi dan Shakila yang bernikah pada 18 Januari 2018 bagaimana pun berpisah pada Disember 2021.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.