Jangan ambil kisah! Sebagai ibu bapa, anda perlu mengenal pasti tanda bahaya bila anak jatuh terlentang, jatuh kepala belakang atau depan yang boleh mengakibatkan berlakunya gegaran otak.
Gegaran otak adalah kecederaan otak traumatik ringan (traumatic brain injury, TBI) yang disebabkan oleh trauma pada kepala akibat terjatuh, kemalangan kereta atau kecederaan sukan.
Hentakan kepala bayi jenis ini membimbangkan kerana ia menyebabkan otak mengalami kesukaran kognitif sementara dan boleh mengakibatkan hilang kesedaran.
Bagi kanak-kanak kecil, gegaran otak boleh menjadi masalah utama kerana bayi atau kanak-kanak tidak dapat menggambarkan perasaan mereka. Ini bermakna ibu bapa perlu memantau dengan teliti sebarang gejala dan kesan gegaran otak pada bayi.
Malangnya, adakala simptom gegaran tidak selalu berlaku secara serta-merta selepas terjatuh atau kemalangan. Ia mungkin berlaku selepas beberapa jam atau beberapa hari kemudian.
Berikut antara beberapa simptom dan gejala yang boleh anda perhatikan pada anak, seperti:
Gegaran otak bayi
* Menangis apabila anda menggerakkan atau memusingkan kepala bayi
* Meragam
* Perubahan mendadak dalam tabiat tidur bayi, seperti tidur lebih banyak atau kurang daripada biasa
* Muntah tanpa sebab yang kukuh
* Benjolan atau lebam di kepala
Ads
Gegaran otak pada kanak-kanak kecil
Terdapat perbezaan antara hentakan kepala bayi dan kanak-kanak kecil. Ini kerana kanak-kanak kecil mempunyai kognisi dan kemahiran lisan yang lebih baik. Anak mungkin boleh memberitahu simptom atau sekurang-kurangnya memberikan petunjuk bahawa mereka mengalami sesuatu yang luar pelik.
* Sakit kepala
* Loya atau muntah
* Perubahan tingkah laku
* Perubahan mendadak dalam tabiat tidur, sama ada lebih atau kurang
* Menangis berlebihan tanpa sebab
* Hilang minat bermain, makan atau melakukan aktiviti kegemaran mereka
Gegaran otak pada anak 2 tahun ke atas
Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 2 tahun selalunya boleh menyuarakan bahawa mereka mengalami gejala luar biasa atau memberitahu diri terjatuh dengan kuat.
Ads
Tanda bahaya anak jatuh terlentang adalah:
* Pening atau ada masalah keseimbangan
* Penglihatan berganda atau kabur
* Kepekaan kepada cahaya dan bunyi
* Mudah mengelamun
* Sukar fokus dan mengingati peristiwa baru terjadi, kekeliruan
* Perubahan mood – seperti cepat meragam, kebimbangan, kesedihan atau kegelisahan
* Mengantuk, sukar tidur atau perubahan lain dalam corak tidur
Bilakah anda perlu membawa mereka untuk pemeriksaan doktor atau menghantar ke bilik kecemasan? Perhatikan anak anda dengan teliti untuk simptom yang disenaraikan di atas.
Ads
Jika si kecil terjaga, aktif dan kelihatan seperti biasa, anak anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah.
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mungkin mengalami gegaran otak atau tanda pendarahan dalam kepala bayi, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Ini amat penting jika anak:
* Muntah-muntah
* Hilang kesedaran selama lebih dari 1-2 minit
* Sukar untuk disedarkan
* Mempunyai sawan
* Anak mata si kecil mengembang atau tidak simetri selepas kecederaan
Sembelit di fasa kanak-kanak bukan perkara biasa. Beberapa faktor yang menyumbang kepada risiko sembelit.
Antaranya:
– Mengalami kesakitan pergerakan usus
– Pertukaran rutin harian
– Pertukaran diet pemakanan
– Meragam
– Kurang sihat/Tidak aktif
– Jarang ke tandas
Tahukah ibu bapa, si manja berdepan dengan risiko besar apabila mengalami masalah pembuangan atau sembelit (functional constipation) .
Mereka secara sengaja menahan (suppress a bowel movement) kerana takut sakit yang perit??
‘Menahan atau meneran’ boleh dikenal pasti apabila si manja:
– Menyorok di sudut
– Meneran dan mengeluarkan ekspresi wajah
– Menonggeng ke depan dan kebelakang
– Gelisah
Ia bukanlah sesuatu yang comel dan kelakar, ia memberi maksud anak anda sedang sedaya upaya untuk membuang air besar. Fahami gerak tubuh anak dan bantu lah.
Salah ke anak menahan najis???
Menahan najis menyebabkan berlakunya penyerapan bendalir di usus (reabsorption of fluid) dan najis menjadi lebih keras dan lebih sukar dan sakit untuk dikeluarkan.
Pada ketika ini, rectum menjadi lebih stretch bagi membolehkan najis keluar dan mengakibatkan sensation bagi rectal berkurangan.
Tips sebagai fisioterapis yang dapat bantu anda:
1. Utamakan Pemakanan anak anda yang sihat.
Ketika sembelit digalakkan mengambil jus atau buah epal,prunes,kurma,pears
(tinggi dengan fiber)
🍎🍐
❌ say no to ‘🍌’
2. Minta nasihat doktor untuk mengambil probiotic usus
(e.g : Lactobacillus GG)
3. Sediakan minuman sentiasa untuk anak kerap minum ( botol khas untuk anak ambil dan minuman)
4. Kerap melakukan core strengthening muscles (kuatkan otot postur) ajar anak ‘pushing’ teknik, dan ‘bowel posture’
5. Urut bahagian perut setiap pagi untuk merangsang ‘chew reflex’ anak. Pastikan lutut dinaikkan sedikit
Urutan dilakukan dalam 5 hingga 10 minute secara berpusing dari arah kanan ke kiri.
Saya nak tahu boleh ke beri air kanji (minum air nasi) untuk mengurangkan pemberian susu formula?
Daripada – ibu yang ingin tahu
Jawapan daripada Dr. Hairin Anisa;
Semua ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya dengan susu ibu sehingga umur bayi 6 bulan dan kemudian memulakan pemberian makanan tambahan yang seimbang kepada bayi disamping meneruskan penyusuan susu ibu.
Ini adalah konsep dalam pemakanan bayi sejak lahir kerana susu ibu adalah lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Namun , bukan semua ibu mampu untuk menyusukan bayi mereka kerana pelbagai alasan dan selalunya kerana kurang ilmu. Maka, para ibu yang tidak menyusukan bayi memilih untuk memberikan susu formula sebagai ganti.
Dalam susu formula, khasiatnya tidak standing dengan susu ibu namun nutrisi di dalam susu formula bayi boleh melengkapkan keperluan metabolisma dan tumbesaran tubuh bayi. Jika dibandingkan dengan air kanji sudah pasti tidak sama kerana susu formula mengandungi makronutrien yang sesuai iaitu karbohidrat (laktosa, sukrosa dan kanji daripada selalunya jagung), protein dan lemak. Malah dalalm susu formula juga telah ditambah dengan pelbagai mikronutrien seperti semua vitamin (A, B, C & D) dan mineral penting termasuk zat besi.
Manakala, air kanji (air nasi) hanya mengandungi komposisi karbohidrat yang lebih tinggi (75 – 85 %), tidak mengandungi lemak serta kandungan protein yang sangat sedikit berbanding dengan susu ibu atau susu formula. Walaupun air kanji ini dikatakan mengandungi vitamin B1, B2, B3, garam sodium dan potasium, kuantitinya tidak mencukupi untuk keperluan tubuh bayi. Justeru, amat tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi di bawah usia 6 bulan samada bayi yang menyusu ibu atau menyusu susu formula.
Namun, jika ingin memulakan pemakanan pelengkap, boleh gunakan air nasi ini yang dicampurkan dengan puri sayuran atau buah-buahan untuk peringkat awal. Sekiranya bayi boleh menrima makanan dengan baik, sediakan hidangan yang lengkap dan seimbang yang mengandungi semua makronutrien (karbohidrat, protein dan lemak), mikronutrien iaitu semua vitamin dan mineral seperti zat besi, zink, kalsium, magnesium, selenium dan sebagainya. Justeru, untuk mendapat semua zat yang seimbang, ibubapa mestilah menyediakan bubur nasi yang mengandungi 2-3 jenis sayuran (pelbagai warna) dan sumber protein seperti ikan, ayam atau daging.
Dakwaan memberikan air nasi kepada bayi sudah pasti tidak menepati saranan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk bayi samada sebelum atau selepas 6 bulan. Ia tidak boleh menggantikan susu ibu mahupun susu formula kerana kandungan zat makanan yang tidak mencukupi.
Terdapat juga saranan seorang isteri selebriti yang mencadangkan supaya ibu menambahkan madu di dalam air kanji yang ternyata saranan ini tidak betul. Madu adalah makanan yang manis yang tidak sesuai diberikan kepada bayi terutama di bawah 12 bulan. Malah madu yang tidak diproses dengan cara yang bersih (mengikut piawai) juga dikaitkan dengan risiko kepada pencemaran spora bakteria Clostridium botulinum yang menghasilkan toksin yang menyerang sistem saraf bayi. Gejala serius akibat neurotoksin ini ialah kelumpuhan otot bayi ldan kesukaran bernafas. Di samping itu, rasa madu yang manis akan menyebabkan bayi cenderug kepada makanan yang manis yang akhirnya boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kencing manis dan tinggi kolesterol dalam darah pada usia muda.
Oleh itu, sebagai pakar kanak-kanak dan pakar laktasi saya tetap menyarankan para ibu mengamalkan pemberian makanan yang sihat dan seimbang untuk bayi kalian bermuladengan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga 6 bulan pertama. Sekiranya gagal untuk menyusukan bayi sepenuhnya, saya sarankan carilah ibu susuan atau susu ibu perahan daripada ibu susuan. Jika tiada ibu susuan, susu formula adalah pilihan terakhir dan air nasi bukan pengganti susu formula yang sesuai untuk bayi. Jika bayi telah memulakan makanan pelengkap, berikan bayi hidangan yang seimbang dan berwarna warni (kepelbagaian jenis makanan) untuk tumbesaran tubuh dan perkembangan otak mereka yang optima.
Kita selalu merasakan bahagian telinga anak kurang bermasalah sedangkan ada banyak risiko lain yang boleh menyebabkan anak tidak selesa. Salah satunya adalah masalah ‘Preauricular Sinus’, cyst atau kantung pelik yang terjadi di telinga. Bukan anak saja, orang dewasa pun kena periksa.
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi, Telinga, Hidung & Tekak, penyakit ‘Preauricular Sinus’ biasanya kelihatan seperti lubang pada bahagian depan telinga.
Contoh lubang dan benjolan cyst pada telinga.
Lubang Pada Telinga
Cuba anda lihat gambar. Tengok telinga anak anda. Tengok telinga suami, isteri atau anda sendiri di cermin. Pernah tak jumpa lubang seperti ini di telinga?
Kalau ada, apa yang anda nak buat? Perlu dirisau ke? Apa itu ‘preauricular sinus’? Pernah dengar sebelum ini?
Sinus Preauricular adalah kecacatan kongenital biasa yang pertama kali dikenalpasti pada tahun 1864. Biasa berlaku di kawasan depan telinga kita.
Penyakit ini biasanya dikenalpasti semasa pemeriksaan fizikal rutin. Ia dapat diketahui dengan pembentukan cyst atau bonjolan yang boleh menjadi bengkak di hadapan telinga. Selalu juga saya perasan kes-kes seperti ini, bukanlah ‘rare’ sangat untuk ditemui di klinik ENT.
Anda mesti tertanya-tanya. Bagaimana boleh dapat masalah ini?
Sinus Preauricular diwarisi secara autosomal dominan. Ia boleh timbul secara spontan. Ia juga boleh berlaku di kedua-dua belah telinga dalam 25-50 % kes, dan boleh juga berlaku pada sebelah bahagian sahaja.
Ubat antibiotik serta pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair nanah perlu dilakukan sekiranya cyst atau kantung tersebut mengalami jangkitan.
Walaubagaimanapun, untuk sesetengah pesakit, pembedahan untuk membuang semua cyst/kantung tersebut mesti dilakukan sebaik sahaja jangkitan pada lubang tersebut sembuh. Ini bagi memastikan jangkitan sinus preaurikular tidak berulang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tersentuh hati sesiapa pun melihat belon jernih bertulis “Happy Birthday Sayang” yang masih mengandungi udara, meskipun insan yang diraikan telah pergi. Ia diletakkan kemas...