Orang dewasa pun rupanya boleh jadi pembawa HMFD galakkan jangkitan. Boleh lakukan apa yang dicadangkan doktor ini elak penularan.
Mungkin ramai yang menyangka penyakit tangan, kaki dan mulut terjadi kepada bayi dan kanak-kanak sahaja. Rupanya penyakit yang disebabkan oleh Virus Enterovirus dan Coxsackie juga boleh menyerang orang dewasa. Ikuti penerangan yang oleh Dr Mohd Syamirulah Rahim, Pegawai Perubatan KPJ Perlis Specialist Hospital ini.
BOLEHKAH ORANG DEWASA DIJANGKITI HMFD?
Bolehkah anak saya mendapat HFMD dari orang DEWASA?
Jawapannya ialah BOLEH.
Orang dewasa turut boleh menyebarkan penyakit HFMD. Ada dua cara,
Yang pertama, orang dewasa itu sendiri dijangkiti HFMD. Kenapa kita kurang highlight kes HFMD untuk orang dewasa? Kerana, HFMD bagi orang dewasa adalah tidak serius. Orang dewasa yang dijangkiti HFMD turut mengalami simtom seperti demam, ruam dan ulser mulut.
Tapi orang dewasa, pandai makan panadol bila rasa demam. Dan begitu juga, ulser mulut tidak begitu banyak dan pesakit dewasa itu sendiri masih boleh makan dan minum seperti biasa. Habis-habis pun, beli sendiri bonjela di farmasi.
Ads
Bahkan, mungkin ada orang dewasa yang dijangkiti HFMD, menyangka mereka cuma mendapat demam biasa atau selesema biasa sahaja.
#1 TIDAK SEDAR DIJANGKITI HMFD & MENYEBARKANNYA
TETAPI mereka tidak sedar bahawa mereka sedang dijangkiti HFMD dan mereka juga BOLEH menyebarkan HFMD kepada bayi dan kanak-kanak. Bagaimana tu?
Peluk bayi
Cium pipi bayi
Lap hidung/mulut dengan sapu tangan yang kemudiannya digunakan untuk mengesat mulut bayi dan sebagainya.
Ini akan menyebabkan virus yang menyebabkan HFMD berpindah ke bayi atau kanak-kanak tersebut juga.
Ads
#2 ORANG DEWASA SEBAGAI PEMBAWA (CARRIER)
Yang kedua, orang dewasa tersebut sendiri bertindak sebagai CARRIER. Ia terjadi apabila orang dewasa tersebut, mempunyai imuniti kepada virus yang menyebabkan HFMD.
Maksudnya, bila orang dewasa ini mencium bayi yang menghidap HFMD, virus tersebut dipindahkan ke orang dewasa ini. Tetapi, orang dewasa ini tidak dijangkiti dan tidak mendapat simtom apa-apa, sebaliknya membawa virus tersebut ke orang lain pula.
#3 GOLONGAN YANG PALING BERPOTENSI BOLEH SEBAR HMFD
Orang dewasa yang paling berbahaya menyebarkan HFMD adalah orang yang handle RAMAI KANAK-KANAK. Contohnya pekerja taska, pengasuh, cikgu dan sebagainya.
Apabila salah seorang anak asuhan / murid dijangkiti HFMD yang kemudiannya pengasuh/cikgu ini membasuhkan mulutnya selepas makan dan sebagainya, yang kemudiannya dia pula handle anak asuhan kedua. Maka anak asuhan kedua ini BOLEH dijangkiti HFMD.
Ads
#4 JANGAN BENARKAN/ TERIMA ANAK YANG DIJANGKITI KE TASKA
Sebab itulah kita berulangkali pesan, anak-anak yang dijangkiti, TIDAK DIBENARKAN dihantar ke taska atau pusat asuhan. JANGAN. Pengasuh sendiri, JANGAN TERIMA walau merayu macam mana sekalipun. Ini kerana, ia akan meletakkan anak orang lain dalam bahaya!
#51 DALAM 10 HFMD PERLU DIMASUKKAN KE WAD
Ingat, statistik menunjukkan, 1 dalam 10 bayi yang menghidapi HFMD, perlu dimasukkan ke wad. Kalau satu taska tu ada 20 kanak-kanak, tiba-tiba semuanya dijangkiti HFMD, dua kanak-kanak dari taska berkenaan perlu dimasukkan ke wad. Kasihan!
Untuk orang dewasa, kita memainkan peranan penting dan bertanggungjawab menghalang penyakit HFMD ini dari merebak. Banyakkan membasuh tangan, jauhi tempat yang sesak-sesak atau ramai orang, dan patuhi nasihat/arahan dari doktor.
“Walaupun bidang saya lain daripada parenting, tetapi saya suka menulis tentang parenting. Tambahan pula anak saya, masih kecil iaitu 7 bulan, 3 tahun dan 6 tahun.”
Beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkongsi sebab dan cara mengatasi.
Kebiasaan budak suka buat perkara yang biasa dia buat. Dalam hal ini, ibu bapa yang perlu membentuk sikap anak suka belajar sejak dari kecil lagi. Kalau anak malas belajar, jangan kita pikir itu salah anak. Anak kita kalau sejak umur 2,3 tahun, ajar dia sukakan buku.
Ajar dia untuk pegang buku, buka buku, ajar dia mengenal objek dalam buku, bawa dia ke kedai buku, atau belikan anak buku mewarna. Semua tu supaya anak terdedah kepada buku dan pupuk minat dia ingin membaca buku.
Insyaallah kalau ajar anak sejak dari awal utk minat pada buku, dia tentu tak malas belajar kalau dah masuk sekolah nanti. Ibu bapa always kena pantau anak-anak . Kalau dah terlambat means umur anak dah masuk 7,8 tahun, jangan give up. Masih ada cara lagi.
Anak malas kerana…
Sikap.
Sikap tak nak belajar walhal kita dah ajar dia untuk suka kan buku dan belajar tetapi bila dah besar, dia tak nak belajar. Kalau macam ni keadaannya, cuba jangan paksa dia sebaliknya pujuk dia belajar dengan cara yang berhikmah. Cakap pada anak nak bagi reward pada dia kalau dia mampu dapat markah 80 ke atas untuk semua subjek ke, mampu dapat nombor 1 dalam kelas ke or reward untuk cemerlang dalam exam. Reward pula mesti bersesuaian dengan budget kita dan sesuai juga dengan kemahuannya. Tapi jangan over sangat ye. Ikut keadaan. Kalau anak suka balik kampung, bagi reward dalam bentuk balik kampung. Kalau anak nak mandi laut, bagi reward dalam bentuk mandi laut. Kalau anak suka ke legoland, bawa dia ke sana, kalau dia berjaya capai kecemerlangan. InsyaAllah dia nak belajar. Buat permulaan, kita bagi dia reward utk pupuk sikap ingin belajar.
Tak faham
Hasil perbincangan dengan seorang guru, beliau berpendapat budak kadang2 malas belajar sebabnya pada dia susah nak faham content sesuatu subjek. Contoh subjek matematik. Bila sesuatu jalan kira itu susah, dia mula hilang fokus dan tidak memberi tumpuan untuk belajar. Bila balik rumah, dia dah tak nak belajar kerana padanya belajar itu susah. So dia jadi malas belajar. Bila jadi situasi macam ni, guru jgn marah budak, nanti lagi dia down n tak nak blajar. Caranya adalah hargai dia. Guru dan ibu bapa kena banyak main peranan dan luangkan masa dengan anak tersebut. Beri soalan yanglebih mudah buat permulaan. Lepas dia boleh buat, puji dia supaya dia rasa seronok dan nak buat lagi. Dalam kelas, guru kena lebih fokus kpd pelajar yg sebegini. Kalau dirumah, ibu bapa teman dan ajar anak buat homework yg pd dia susah. Banyakkan komunikasi dengan anak. Biar dia luahkan perasan dia terhadap apa yg dia belajar. Tak faham ke, susah ke, tak nampak ke sebab duduk belakang.. ibu bapa kena tahu semua ni. Anak juga ada perasaan,jadi kena tahu luahan hati dia. Bila dah tahu mssalah,boleh la kita cari jalan selesaikan.
.Hiburan lagi best
Satu lagi, dia malas belajar sebab ada perkara yang lebih seronok daripada belajar. Tengok TV lagi best dari baca buku. Main game lagi best dari study. Jadi kta sbg ibu bapa kena kreatif juga supaya dpt buatkan anak rasa fun bila belajar. Mungkin boleh download video bergambar. Contoh subjek sains tentang planet. So cuba download video planet dan letak dalam komputer. Then relatekan dengan content dalam buku. Budak akan lebih pick up. Bila difikirkan balik, teknologi berkembang, gadget2 pun makin bagus kan.. benda2 macam ni sangat interesting, menarik. Jadi cara belajar pun kena seiring dgn teknologi. Tapi saya percaya buku tidak boleh ditinggalkan. Buku masih relevan digunakan tetapi jadikan teknologi sebagai alat bantu mengajar supaya pengajaran lebih menarik dan atasi masalah malas belajar dalam diri anak2.. Ibu bapa yg kena kreatif atasi masalah anak malas belajar ni. Siapa lg nak training anak rajin belajar kalau bukan ibu bapa, guru hanya pengajar yang menolong ibu bapa.. Dlm mendidik anak, kita jgn tersalah. Kita adalah pendidik anak yg utama,guru hanyalah pembantu kedua. Jadi kita yg ibu bapa perlu usaha lebih utk mengajar dan mendidik anak.
Isteri usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, mengakui pernah tertekan ekoran perangai pelik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra yang mengalami masalah disleksia.
Shahida berkata, perangai anaknya itu benar-benar menguji kesabarannya, lebih-lebih lagi apabila anaknya itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan biarpun dimarahi.
“Dulu saya stres dengan Qadejah sebab perangai dia berbeza dengan Ammar. Perangainya pelik-pelik. Ada sahaja benda dia buat hari-hari dari kecil.
“Dia ambil susu dalam peti ais dan dia campurkan dengan losen badan dan dia masukkan balik dalam kotak susu tu, nasib yang minum tu tak mati.
“Umur tiga tahun dia kunci pintu bilik dari dalam dan ambik gunting dan digunting rambutnya sendiri sampai pendek sebab nampak Baem potong rambut,” kongsi Shahida menerusi satu entri di Instagram miliknya.
Shahida berkongsi hal tersebut sebagai mengimbau kenangan pengalamannya membesarkan anak istimewa itu yang mengalami masalah disleksia.
Biarpun perlu berdepan dengan perangai aneh Qadejah, kata Shahida, dia menyifatkan anaknya itu seorang yang cukup rajin jika disuruh melakukan sesuatu kerja.
“Budak ini tak ada perasaan kena marah, kena cubit ke, dia tak nangis pun, muka dia selamba sahaja! Tapi bab rajin nombor satu, tak ada orang boleh lawan dia! Paling baik layan orang, ramah dan disenangi,” katanya.
Sebelum ini Shahida pernah memaklumkan bahawa anak keduanya itu disahkan mengalami disleksia ketika usianya enam tahun.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiya.
Sumber: Gempak & ig Datin Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa risau dan juga rasa takut ialah dua perasaan yang lazim dalam hidup manusia. Bukan manusia namanya jika kita tidak pernah berasa risau dan takut! Begitu juga kisahnya tentang kanak-kanak dalam lingkungan usia 0-6 tahun. Yang pasti, pada peringkat usia ini ketika mereka sedang melalui proses pendidikan separa formal (praformal) yang menjadi jambatan antara rumah kediaman dan institusi prasekolah, banyak hal dan perkara yang boleh menjadikan seorang anak kecil risau lagi takut.
Apakah reaksi pertama anda sebagai papa atau mama ketika si kecil berkata dia risau atau takut akan sesuatu? Ingat, hanya kerana hari ini kita sebagai orang dewasa punya banyak pengalaman hidup dan kita tidak lagi takut tidur di dalam gelap, kanak-kanak masih belum punya pengalaman yang sama.
Lebih tragis, ada pula mama dan papa yang cenderung meremehkan kerisauan dan juga ketakutan anak kecil mereka! Memang betul (rasanya) di bawah katil kita tidak ada monster yang sedia untuk menyerang dan memakan kita. Tetapi papa dan mama juga perlu ingat bahawa imaginasi kanak-kanak 0-6 tahun amat aktif berbanding dengan kita. Maka, untuk bulan ini saya kongsikan beberapa cara untuk membantu anak anda yang mungkin sedang berasa risau lagi takut.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Pensyarah Kanan UiTM dan Penyelidik Aktil Ilmu Psikologi perkembangan tahun awal sosiologi Pendidikan praformal kanak-kanak dari usia 0-6 tahun senaraikan 7 cara untuk ibu bapa bantu anak-anak atasi rasa takut dan risau.
Hakikatnya, tidak semua kanak-kanak sama walaupun umur mereka mungkin sebaya. Ada yang bersifat terlalu berani, ada pula yang sering dilanda risau, cemas dan takut hingga anak kecil itu kelihatan gelisah pada setiap detik. Tangani perasaan negatif itu satu persatu dengan aktif dan fahami sebanyak mungkin hal dan keadaan yang boleh menerbitkan rasa negatif itu dalam diri anak kesayangan anda.
Didik anak secara berperingkat untuk memerangi rasa risau dan takut. Misalnya, kalau dia takut tidur dalam gelap, belikan lampu tidur yang sesuai dengan citarasanya sebagai satu cara untuk melawan rasa takut kepada gelap. Perlahan-lahan, anak anda akan terbiasa dengan kegelapan dan akan sampai waktunya dia tidak lagi menggunakan lampu itu (atau mungkin juga dia akan kekal memakai lampu tidur sampai ke tua, macam saya juga).
Percayalah, anak anda tidak akan berhenti berasa risau atau takut hanya kerana anda suka memekik, “Janganlah takut!” atau “Jangan risaulah!” ditelinganya. Percaya atau tidak, rasa risau dan takut mempunyai asas genetik iaitu kewaspadaan. Pada zaman Jurassic dahulu kala, manusia prasejarah harus sentiasa berwaspada takut-takut kalau mereka menjadi lauk dinosaur Velociraptor atau Tyrannosaurus Rex pada hari itu.
Asas genetik ini tetap ada dalam diri setiap manusia hingga ke hari. Ajaklah si kecil anda berdialog dan dengar luahan hatinya. Siapa tahu? Dia takut pergi ke tandas seorang diri bukan kerana ada hantu di dalam tandas rumah anda tetapi kerana dia terlalu pendek untuk mencapai suis lampu. Begitu juga dia takut tidur di dalam gelap kerana hidungnya sering berdarah hingga habis bantal dan cadar (bukan kerana ada monster di bawah katil).
Meneruskan contoh saya beri tentang kanak-kanak yang takut untuk tidur di dalam gelap, ada banyak lagi usaha yang boleh kita lakukan agar rasa takut dan rasa risau mereka dapat ditangani dengan baik lagi efektif. Perlu difahami, mama dan papa harus mengelakkan diri daripada asyik mengelak untuk berdepan dengan rasa risau dan takut si kecil. Mengelak bukan suatu strategi yang baik dan hanya akan menguatkan rasa risau dan takut itu.
Jika si kecil anda takut kepada anjing misalnya, mendukung si kecil sekuat hati dan terus melarikan diri daripada semua anjing yang anda jumpai tidak akan membantu si kecil anda menjadi berani untuk berdepan dengan anjing (silap haribulan anda juga bakal dikejar anjing kerana lari daripadanya). Lebih elok jika anda memegang tangan anak anda dengan erat dan melintas di depan seekor anjing daripada mengelakkan situasi itu.
“Macam mana?”, “Boleh ke?”, “Takutlah kalau-kalau…” Semua ini sering keluar daripada mulut si kecil yang terlalu risau dan cepat takut. “Macam mana kalau monster keluar bila papa padam lampu nanti?” Pemikiran logik dapat membantu anak manja anda berdepan dengan banyak perasaan negatif yang dia rasai. Tambah juga humor dan gelak ketawa supaya kesan perasaan negaatif berkenaan dapat dikurangi.
Bermacam-macam rasa risau dan takut boleh dirasai dalam setiap keadaan. Ada kanak-kanak yang tidak suka ke tadika kerana dia takut dia tidak diterima oleh rakan sebayanya. Ada pula yang berasa cemas bila terlihat sesuatu rangsangan negatif di depan matanya. Supaya si kecil comel anda menjadi lebih yakin dan berani, pemikiran logik dan humor akan memberi kesan positif pada jangka masa panjang dengan izin Tuhan.
Strategi jangka panjang yang bermanfaat untuk membantu anak anda mengatasi rasa cemas dan takutnya ialah strategi yang berasaskan kemahiran dalam diri sendiri. Semakin banyak kemahiran yang dikuasai, semakin kurang kesan perasaan negatif seperti risau dan takut dalam hidup seharian anak anda. Selain strategi berasaskan pemikiran seperti fikiran logik dan fikiran positif, strategi fizikal juga boleh dicuba.
Contohnya, memegang erat tangan si kecil anda atau memeluknya dengan penuh kasih-sayang jika dia terlampau cemas atau takut. Latih juga anak anda untuk bernafas dengan stabil dan merehatkan otot-otot jika dilanda perasaan negatif. Kemahiran pernafasan memang terbukti untuk mengurangkan stres dan rasa negatif, begitu juga kemahiran merehatkan otot yang cepat tegang ketika kita sedang cemas, takut atau pun marah.
Jangan dipaksa si kecil anda melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan dia risau atau pun takut. Memaksa hanya mengundang tindak balas ekstrem kelak malah boleh menerbitkan risau dan takut yang melampau pula. Pada masa yang sama, pastikan semua perkara asas mencukupi dan terjaga dalam hidup anak anda seperti waktu tidur yang cukup, makanan yang berkhasiat, air yang mencukupi, waktu beriadah dan lain-lain lagi.
Perasaan negatif mudah menguasai diri kita apabila kita tidak dapat berehat atau berasa tenang. Fakta ini bukan hanya terpakai dalam hidup orang dewasa tetapi juga untuk
kanak-kanak. Jika semua keperluan asas tumbesaran ini dapat dipenuhi maka risiko perasaan risau, cemas, takut dan marah pun dapat dikurangkan dengan banyak. Jadi, pastikan semua keperluan asas si kecil kesayangan anda dipenuhi pada setiap masa.
Kerisauan dan ketakutan sebenarnya boleh ‘melumpuhkan’ diri dan peribadi si kecil anda. Anak anda yang tidak mahu tidur di dalam gelap akan berperang dengan dirinya (dan juga dengan anda pastinya) dan dia akan bertahan selama mana boleh daripada tidur kerana dia dikuasai kepercayaan yang ada monster tinggal di bawah katilnya. Seboleh-bolehnya, jangan dimarahi si kecil itu dan cubalah berempati dengan perasaannya.
Empati daripada papa dan mama akan membantu kanak-kanak yang cenderung berasa risau dan takut untuk memahami bahawa mereka tidak bersendirian dalam hidup, dan orang tua mereka akan sentiasa bersama dengan mereka. Hari bertukar minggu bertukar bulan, perlahan-lahan rasa risau dan takut itu pasti berkurangan sejajar dengan masa.
Oh ya, jangan lupa mama dan papa semua memantau keperluan anda sendiri. Mengasuh anak kecil yang cepat risau dan cepat takut boleh memakan masa yang lagi di samping menguji kesabaran kita orang dewasa. Waktu tidur si kecil yang terganggu atau pun kerisauannya yang berterusan, boleh memberi kesan negatif juga kepada kita orang dewasa. Maka, beri juga keutamaan kepada keperluan kesihatan anda supaya anda memiliki tenaga yang diperlukan untuk membantu anak comel manja anda melalui tempoh masa yang sukar ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!