Musim banjir yang amat buruk sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur kini semakin membimbangkan kita. Dalam tempoh beberapa hari ini sahaja sudah mengorbankan lebih dua orang kanak-kanak dek kerana tiadanya pantauan ibu bapa.
Siapa kita untuk menghalang takdir Allah. Namun kita perlu mempersiapkan diri jika kita diuji ketika musim banjir ini. Jika anak hampir lemas, usahakan bantuan ini segera seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
BANTUAN KECEMASAN MANGSA LEMAS
Sewaktu musim banjir ini, perkara yang paling dikhuatiri adalah kehilangan nyawa akibat lemas. Bantuan kecemasan yang betul kepada mangsa lemas boleh mengelakkan perkara itu.
Apakah perlu dilakukan jika terlihat ada mangsa sedang kelemasan di dalam air?
◼️Nilai Tahap Bahaya
Perkara pertama yang anda harus lakukan sebelum membantu adalah menilai tahap bahaya. Nilai sama ada keadaan adalah selamat untuk anda masuk ke dalam air, dan anda mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk membantu.
Jika keadaan air tidak selamat, atau anda tidak mahir berenang dan menyelamat, maka segera dapatkan bantuan segera. Boleh hubungi talian 999 untuk dapatkan panduan dan bantuan kecemasan dari anggota terlatih.
Ads
Sementara menunggu, cuba untuk mencapai mangsa dari tempat yang selamat, seperti bot atau pantai. Jika anda tidak dapat mencapainya, lemparkan mereka alat pelampung atau tali untuk membantu mereka tetap terapung.
◼️Periksa Pernafasan
Setelah mangsa dikeluarkan dari air dan dapati tidak sedarkan diri, dongakkan kepala mangsa, periksa mulut dan salur pernafasan. Gunakan jari untuk mengeluarkan sebarang objek pepejal yang menyekat saluran pernafasan.
Palingkan mangsa ke posisi mengiring untuk mengeluarkan cecair yang berkemungkinan berada di dalam mulut, dan salur pernafasan. Lihat selama 10 saat. Jika mangsa tidak bernafas, mulakan prosedur CPR dengan segera.
Jika anda tidak terlatih dalam melakukan prosedur CPR, cuba cari sesiapa yang terlatih atau hubungi talian 999 untuk dapatkan panduan bantuan kecemasan dan CPR dari anggota terlatih melalui telefon.
Ads
◼️Prosedur CPR Mangsa Lemas
Prosedur CPR adalah lebih berkesan dan selamat jika ia dilaksanakan oleh individu terlatih. Prosedur ini boleh menyebabkan kecederaan pada pelaksana dan mangsa jika dilakukan menggunakan teknik yang salah.
Berikut adalah ringkasan prosedur CPR: -Berikan tekanan dada selaju 100 tekanan/minit. -Kedalaman tekanan dada hendaklah lebih 5cm. -Setiap 30 tekanan dada, buat 2 pernafasan mulut-ke-mulut/BVM (nisbah 30:2) -Setiap pernafasan, hendaklah sekitar 1 saat -Setelah CPR 2 minit periksa nafas dan nadi -Sambung CPR jika masih tiada nafas atau nadi -CPR sehingga bantuan tiba atau pesakit bernafas
Andai kata anda tidak berhasrat untuk melakukan pernafasan mulut-ke-mulut, langkau(skip) sahaja langkah itu. Hanya teruskan tekanan dada. Jika anda kepenatan, minta bantuan orang lain untuk sambung prosedur CPR.
Ads
◼️Pantau Mangsa Setelah CPR
Setelah mangsa boleh bernafas sendiri, letak mangsa dalam posisi mengiring ke kiri. Pantau pernafasan mangsa sehingga mangsa sedar. Jika mangsa berhenti bernafas semula, maka mulakan semula prosedur CPR.
Mangsa yang telah berjaya diselamatkan perlu diselimutkan tubuhnya untuk mengelakkan mangsa mengalami hipotermia(suhu badan terlalu rendah). Mangsa juga perlu ditenangkan, diberi ruang dan tidak terlalu diganggu.
Tunggu hingga ambulans atau petugas kesihatan tiba. Mangsa lemas perlu diperiksa oleh doktor walaupun telah sedar dan bernafas sendiri. Ini kerana mangsa lemas boleh mengalami beberapa komplikasi. Pemeriksaan lanjut diperlukan.
Malang tak berbau- Anak kepada pelakon Ummi Nazeera mengalami kecederaan pada bahagian siku dan telah selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.
Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagi Ummi Nazeera meluahkan rasa syukur apabila anak perempuan sulungnya itu semakin pulih.
Pelakon Sekali Aku Bahagia itu telah memuatnaik video di Instagram yang memaparkan Ayra ditolak selepas pembedahan.
“Alhamdulillah. @ayra.aneesah operation went well. I dont know what i would do without you. @izzar Thank you for being so calm. That makes me calm.”
“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yg baik dan hadir dalam hidup anak anak kita. Kita doakan ya.”
Ibu kepada kedua cahaya mata perempuan ini menyatakan terima kasih kepada suami tercinta iaitu Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang sentiasa berada di sisi secara tidak langsung membuatkan dia rasa tenang dan sedikit sebanyak memberikan kekuatan.
Ibu mana yang tidak sedih dan risaukan keselamatan anak apatah lagi melihat anak dalam kesakitan.
“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang-kadang ibu emosi, sedih tengok anak sakit” Kongsinya.
“To those asking, Ayra is feeling better but she has to be careful for the next 4-6 weeks to ensure her elbow is fully healed. No school.”
Ramai yang meinggalkan komen doa, ucapan dan juga tip pemulihan.
– “Even in POP (plaster of paris) kena banyakkan do exercise to regain hand mobility. Sis boleh cuba exercise such as putty exercise, finger tenndon glide, wrist flexion and extension exercise. All this exercise can do manually or boleh je beli alatan hand exercise di pharmacy or medical equipment store. Hope it helps!”
– “Poor Ayra. I hope she recovers well”
–”Aiyo poor Baby, heal well soon take your time ❤️ hugs @umminazeera Semoga cepat sembuh dan kembali ceria Ayra Aneesah!”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan pemain bola sepak terkenal negara, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apek. Penjaga gol ini berkawin pada tahun 2012 dengan pasangannya si cantik manis Leuniey Natasha.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 cahayamata yang comel.Usia perkahwinan pasangan ini sudah mencecah 13 tahun, jelas terpancar kebahagian buat mereka.
Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Instgaram milik isteri Apek, Leuniey Natasha berkongsi sambutan hari jadi buat anak sulungnya, Kayla Elayna yang ke 11 tahun. Turut memuat naik kapsyen ucapan dan doa buat anaknya.
“Happy 11th Birthday satu satunya babygirl. Mamy daddy kakak elaaaa @kaylaelaynakf Membesar dengan baik dan sihat sihat selalu , anak baik mamy daddy , we love you so much . Now u dah masuk teen phase kakak , may and happiness accompany you throughout this journey of beautiful life .Inshallah.Ameen”
“Macam Zahirah Macwilson laaa cantik”- Netizen
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata memberi ucapan hari jadi dan mendoakan kesejahteraan buat anaknya. Ada juga memuji kecantikan yang dimilik oleh anak perempuannya itu. Ada juga beranggap anaknya persis pelakon terkenal Zahirah Macwilson. Antara komennya
“Cantik betul lah Kayla. Happiest birthday to you Kayla, dah besar dahh dia “ “Pehh mcm zahirah macwilson laaa cantik” “Tau-tau da 11 years old awal you’re so pretty .happy birthday Kayla semoga diberkati Allah SWT” “Besar dahhh. Comey ikut mommy.”
Besar cabarannya bila membawa anak bercuti pada tempoh masa dan jarak yang panjang. Pasangan selebriti, Ernie Zakri dan Syamel antara yang tidak terkecuali berdepan dengan cabaran ini.
Difahamkan, Syamel dan Ernie kini sedang bercuti ke London bersama anak serta ahli keluarga yang lain.
Menerusi perkongsian Ernie di Instagram, ibu muda ini memberi bayangan akan cabaran yang dilalui dengan penerbangan yang lama ke London itu.
“Our 1st time flying with Khawla. I guess we are okay?
“Or is it okay not to be okay? Ke tudung ibu yang tak ok tu?,” tulis Ernie di ruangan kapsyennya.
Bukan itu sahaja, bahkan kongsi Ernie lagi, anaknya yang sedang aktif membesar itu cukup sukar untuk diajak bergambar sepanjang berada di sana.
“Menghadapi hari hari ku bersama anak gadis. sungguh challenging nak ambil gambar sama,” kongsi Ernie lagi.
Semuanya kerana Khawla yang kini berusia setahun lebih itu cukup aktif dan mahu berjalan sendirian.
Malah beberapa perkongsian Ernie di Insta Story juga memperlihatkan keaktifan Khawla sepanjang bercuti di London. Memang lincah.
Semoga Khawla terus sihat membesar dan menceriakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Ernie dan Syamel mendirikan rumahtangga pada 22 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha.
Impian Kecil, Semangat BesarDi zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan...