Siapa yang tidak mahu anak cerdik dan bijak. Bagi menjadikan anak cerdik lagi bijak perlu datangnya kerjasama daripada mak ayah itu sendiri.
Rupanya bila sesekali ayah turun padang begitu banyak impaknya kepada anak kecil kita yang sedang membesar. Dan ini pula kajian yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan yang mak ayah boleh aplikasikan pada anak. Mintalah ayah bacakan buku cerita sebelum anak tidur!
Tolong ‘paksa’ suami masing-masing bacakan bedtime stories kalau nak akal si kecil tu jadi makin cerdik. Haa ni saya nak kongsikan fakta best yang masih ramai parents belum tahu.
Dr Elisabeth Duursma ada jalankan satu research semasa beliau di Havard University. Dalam kajian tu, Dr Duursma kumpulkan data daripada 430 buah keluarga di US, semata-mata nak tengok apa efek pada anak kecil yang berusia bawah 3 tahun bila ibu dan ayah duk bacakan bedtime stories.
Kan biasanya ibu yang semangat sikit bab bercerita ni. Namun rupa-rupanya, kalau ayah pun turut sama join bacakan cerita, penguasaan bahasa anak akan jadi lebih power berbanding kawan-kawan dia yang lain.
Dr Duursma beritahu antara sebabnya ialah, bahasa yang orang lelaki kerap guna ni tak sama dengan orang perempuan.
Ads
Kalau bahasa ayah-ayah, selalunya berdasarkan logik. Mak-mak pulak lebih suka menekankan bab emosi dan karakter.
Lalu mak akan cenderung untuk ajar anak tentang benda-benda yang memang nampak jelas kat dalam buku. Macam bab warna, abjad dan mengira.
Contoh paling mudah kalau kat muka surat tu terpampang gambar ayam. Nanti mesti mak akan tanya, “Tengok dalam gambar ni ada ayam. Cuba adik kira ada berapa ekor semuanya?”
Ads
Berbeza dengan orang lelaki. Mereka ni selalunya lebih suka kaitkan bacaan tadi dengan pengalaman yang dialami sebelum tu.
“Haa, tengok gambar rusa ni. Ingat tak rusa macam ni lah yang abang hulurkan makanan masa kita pergi zoo hari tu?”
Ads
Teknik tu akan buatkan si kecil tu membayangkan sesuatu dari view yang lain lalu merangsang mindanya berfikir lebih kreatif.
Dan yang paling best, perbezaan ni akhirnya saling melengkapi dan melonjakkan perkembangan minda budak bertuah tu jadi berkali ganda makin cerdik.
Sebab tu, kalau nak aktiviti membaca ni beri impak super hebat pada anak kita, pastikan sesekali ayah pun kena join bercerita sekali ye.
Tolong #share ilmu mahal ni dengan pasangan masing-masing tau.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya kita terbaca tentang personaliti anak sulung atau si bongsu. Namun, bagaimana pula fakta anak no 4? Mungkinkah ada keperibadian anak keempat yang menarik tapi tak diketahui? Jom bongkar!
Fakta anak no 4
Mengikut pakar psikologi, kedudukan dalam urutan kelahiran anak boleh mempengaruhi sikap dan personaliti mereka.
Namun adakah ia benar atau sekadar rekaan semata-mata?
Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, sudah tentu anda akan dapat menilai sama ada keperibadian diri mereka berbeza mahupun tidak, kan?
Pastinya anak pertama berbeza daripada yang ke-2 mahupun si bongsu.
Ada yang mengatakan ia kerana terdapat kaitan antara cara ibu bapa berhubung dengan kedudukan kelahiran anak.
Jika sebelum ini kehidupan dengan hanya seorang anak atau ibu bapa hanya mempunyai anak tunggal, namun apabila keluarga semakin membesar, sehingga 4 orang anak, cabarannya pasti berbeza, kan?
Pun begitu, kebaikan mempunyai keluarga besar dan anak ramai adalah baik untuk kerja berpasukan dan menyimpul ikatan persaudaraan yang lebih kuat.
Anak daripada adik-beradik yang ramai ini dikatakan saling mendorong, membantu dan bersikap tanggungjawab antara satu sama lain.
Malah ada kajian mengatakan, semakin ramai bilangan adik-beradik dan kurang jarak perbezaan umur, kesan tekanan yang dialami akan berkurangan.
Jadi mungkinkah keperibadian anak keempat ini lebih mesra dan ramah kepada individu di sekelilingnya disebabkan sudah terbiasa dengan bilangan ahli keluarga yang besar?
9 fakta anak no 4 yang menarik
Untuk mengenali dan memahami watak seorang kanak-kanak adalah perkara yang sukar.
Yang pastinya anak sulung atau anak pertama mesti mempunyai perbezaan dengan anak kedua hingga keempat dan seterusnya.
Keperibadian anak keempat
Berikut dikongsikan beberapa fakta yang mungkin tidak anda ketahui mengenai mereka yang menjadi anak keempat atau dipanggil Atih ini (ada yang menggelarnya Uda).
Sama ada benar atau sebaliknya, anda tentukanlah, okay?
1# Peramah dan suka bergaul
Fakta anak no 4 yang pertama adalah mereka ini dikatakan individu yang ramah dan mudah diajak untuk berborak.
Ia mungkin disebabkan anak keempat mempunyai 3 adik-beradik lain di atasnya, sama ada abang atau kakak.
Sikap peramah dan suka bergaul yang wujud dalam diri anak yang di tempat keempat ini membuatkan diri mereka disukai ramai.
2# Berdikari
Keperibadian anak keempat dikatakan sebagai individu yang tidak gemar menyusahkan pihak lain.
Selagi termampu, mereka akan cuba melakukan segalanya dengan sendiri. Dalam erti kata lain, seorang individu yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan.
3# Seorang penghibur
Menjadi penghibur tidak bermakna perlu menjadi artis, kan?
Jika ada ahli keluarga atau rakan yang sedang bersedih, mereka akan dihiburkan dengan keletah anak keempat dengan gurau sendanya.
Maka, jika ada pihak yang berhati walang, nombor 4 pasti dicari.
4# Hati tisu
Tidak kira lelaki atau wanita, mereka yang digelar Atih ini dikatakan sebagai seorang yang sensitif.
Bahkan adakalanya terlalu sensitif. Eh, betul ke fakta anak no 4 ini? Ada yang setuju tak?
Mereka mudah salah faham sebelum mengetahui perkara sebenar dan sering berasa seperti ada pihak lain sedang memperkatakan tentang dirinya. Baik selidik dulu, ya anak keempat?
5# Pendengar setia
Keperibadian anak keempat dianggap sebagai seorang pendengar yang setia.
Ia mungkin kedudukan no 4 dalam keluarga membuatkan mereka menjadi pilihan abang, kakak mahupun ibu untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sejak dari kecil.
Jadi apabila menginjak dewasa, mereka sudah terbiasa untuk menadah telinga menjadi pendengar setia saat diperlukan.
6# Sukar difahami
Alamak, betul ke mereka yang dilahirkan sebagai anak no 4 ini sukar untuk difahami?
Oleh sebab daripada kecil mereka dilayan dengan baik oleh keluarga, makanya hanya individu terdekat dan rapat sahaja yang faham sikap sebenar anak keempat ini.
Pun begitu, bagi si dia yang menjadi pasangan individu anak keempat, mereka juga dikatakan akan dapat memahami sikap dan perangai Si Atih ini.
7# Kurang sabar
Ini mungkin fakta anak no 4 yang tidak begitu enak didengar.
Salah 1 kekurangan anak keempat ini yang tidak digemari individu di sekeliling adalah sikap kurang bersabar.
Ia mungkin kerana dalam keluarga, biasanya anak keempat mendapat layanan yang istimewa. Apatah lagi jika bergelar adik. Kena belajar bersabar ye wahai anak no 4!
8# Moody dan pemendam perasaan
Jika anda bersahabat dengan Si Atih ini, hati-hati, jangan bergurau berlebihan, sebab keperibadian anak keempat ini mudah terasa dan senang berubah emosi.
Paling teruk, mereka akan pendamkan apa yang dirasai. Jadi anak no 4, kena belajar meluahkan perasaan, takut lama-lama nanti meletup!
9# Seorang yang setia
Beruntunglah jika anda kenal dengan Si Atih. Fakta anak no 4 mengatakan mereka ini seorang yang setia.
Tidak kira dalam persahabatan mahupun hubungan percintaan, anak keempat akan ada bersama tidak kira waktu susah mahupun senang. Wah, bagusnya!
Jika benar itulah keperibadian mereka yang dilahirkan sebagai anak ke-4, maka ini merupakan ciri paling bernilai yang sukar untuk ditemui pada masa sekarang. Jadi hargailah mereka!
Tentukan sendiri
Jadi bagaimana dengan perkongsian artikel ini?
Sama ada benar atau tidak personaliti anak keempat yang dikongsikan, hanya mereka yang bergelar anak keempat boleh menentukannya.
Walau apa pun, setiap anak-anak mempunyai keperibadian yang unik dan seharusnya disayangi tanpa berbelah bahagi
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas kelahiran cahaya mata sulung pada 18 Jun lalu, suami kepada pelakon Elisya Sandha, Uzair Haqimy menitipkan ucapan yang cukup istimewa buat anak perempuannya, Bunga Elhaq.
Kata-kata yang cukup mendalam maksudnya itu didedikasikan oleh bapa berusia 26 tahun ini sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan Elisya melahirkan anak sulung yang dianggap hadiah paling bermakna dalam hidup.
Dalam video yang dikongsikan Uzair, dia berkongsi saat kelahiran Bunga sehinggalah selesai proses kelahiran.
“Untuk anak sulung Daddy, @bungaelhaq pengorbanan Mummy you tidak ternilai. Satu hari nanti bila Bunga dah besar, jangan sesekali tinggi suara dan tak hormat Mummy.
“Bunga dan Daddy takan mampu balas apa yang Mummy buat untuk kita 18/6/22 tahu ❤️ what ever happens, family comes first. What ever happens in the future, Mummy comes first okay anak Daddy ❤️,” tulisnya.
Dalam pada itu, Uzair juga turut menitipkan rasa cinta buat Elisya dan berjanji akan terus menyayangi selamanya.
“Untuk Isteriku, @elisyasandhaofficial i nak you tahu yang i was there next to you the whole time. I nak you tahu yang i saw everything from the start. I nak you tahu yang i takan lupa apa yang jadi dalam tu. Kita je tahu.
“I sayang you B, i sayang you sangat. Kekuatan you pada 18/6/22, tak semua orang mampu hadap. “Janji anak i selamat sayang”. I owe you and Bunga my life ❤️ ALHAMDULLILLAH YA ALLAH,” kongsinya.
Sementara itu, dalam perkongsian lain pula, satu video yang memperlihatkan daddy sedang uruskan Bunga mendapat pujian ramai.
Sebelum memulakan perjalanan sempena cuti panjang, Tahun Baru Cina ini seeloknya anda mengenalpasti terlebih dahulu lokasi kamera AWAS dan AES di sepanjang lebuhraya.
Amatlah penting untuk anda mematuhi had laju pemanduan di atas jalan raya supaya semua orang berada dalam keadaan yang selamat.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kamera AES atau Automated Enforcement Systems merupakan sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
Manakala, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) pula merupakan salah satu penambahbaikan secara berperingkat bagi menggantikan kamera AES, yang jauh lebih canggih dan berfungsi dengan baik. Jadi, berikut merupakan senarai lokasi kamera ‘speed trap’ anda kena berjaga-jaga:
Lebuhraya
KM 174 Lebuhraya PLUS – Bandar Baharu (NB) arah utara, had laju 110 km/j
*KM 97.2 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda arah utara, had laju 110 km/j
*KM 166, Lebuhraya PLUS – Seberang Perai Selatan arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 375.9, Lebuhraya PLUS – Slim River arah utara, had laju 110 km/j
*KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar arah utara, had laju 110 km/j
*KM 204.6, Lebuhraya PLUS – Taiping arah utara, had laju 110 km/j
*KM 85.5, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Sungkai arah selatan, had laju 90 km/j
*KM 382.8, Behrang arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 6.6, Jalan Kajang/Puchong (SKVE) arah Puchong ke Kajang, had laju 80km/j
*KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang arah utara, had laju 90km/j
*KM 18 Lebuhraya Guthrie arah utara, had laju 110 km/j
*KM 18 Lebuhraya Guthrie arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 28.4 Lebuhraya ELITE arah utara, had laju 110 km/j
*KM 17 Lebuhraya ELITE arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 1.6 Jalan Lebuh Sentosa arah Kajang ke PICC, had laju 70 km/j
*KM 21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) arah utara, had laju 110 km/j
*KM 21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah arah utara, had laju 110 km/j
*KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 184.2 Lebuhraya PLUS, Jasin arah utara, had laju 110 km/j
*KM 185 Lebuhraya PLUS, Bemban arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh arah utara, had laju 110 km/j
*KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru arah utara, had laju 110 km/j
*KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 17 Gua Musang – Kuala Krai arah Kota Bharu, had laju 90 km/j
*KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 arah Kuala Lumpur, had laju 110 km/j
*KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 arah Kuala Terengganu, had laju 110 km/j
#KAMERA AES / AWAS LAMPU ISYARAT
*Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur Arah Puchong WP Kuala Lumpur
*Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Arah Sentul WP Kuala Lumpur
*Jalan Pasir Putih, Ipoh Arah Pasir Panji Perak
*KM 26, Jalan Ipoh – Kuala Kangsar, Sg Siput Arah Kuala Kangsar Perak
*KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung Arah Lumut Perak
*KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung Arah Setiawan Perak
*KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River Arah Kuala Lumpur Perak
*KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River Arah Ipoh Perak
*KM 11, Jalan Setiawan Ipoh Arah Setiawan Perak
*KM 14, Jalan Ipoh – Pusing, Ipoh Arah Setiawan Perak
*KM 38 Jalan Ipoh – Kampar, Kampar Arah Ipoh Perak
*KM 8, Teluk Intan – Hutan Melintang / Hilir Perak – Teluk Intan – Perak
*KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth / Kuala Muda Arah Puchong Kedah
*KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda Arah Gurun Kedah
*KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda Arah Sik Kedah
*KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth – Kedah
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...