Kejadian yang meruntun jiwa buat ibu ayah yang kehilangan anak tersayang. Begitulah yang berlaku apabila suasana petang yang tenang di Sungai Kaabah, Kampung Kelaweh, Machang bertukar menjadi detik ngeri yang takkan dilupakan.

Tawa riang empat sepupu yang sedang bermain lastik bertukar menjadi jeritan cemas, apabila seekor lembu tiba-tiba mengejar mereka tanpa henti. Nafas tercungap-cungap, kaki kecil itu berlari sekuat hati sehingga ke tebing sungai.

Air sungai yang kelihatan tenang itu akhirnya menjadi saksi tragedi. Dalam usaha menyelamatkan diri, keempat-empat mereka terjatuh ke dalam arus. Tiga berjaya berpaut pada pokok, namun seorang daripadanya Muhammad Anaqi Syamin Azmi, pelajar Tahun Satu berusia tujuh tahun hilang dibawa deras air.

“Ayah Cuba Selamatkan…” Murid Darjah 1 Lemas Selepas Dikejar Lembu

Ads

“Ayah Cuba Selamatkan…” Murid Darjah 1 Lemas Selepas Dikejar Lembu

“Saya dimaklumkan, bapa kepada kanak-kanak lain cuba selamatkan mereka walaupun dia baru pulih daripada kemalangan. Tapi Anaqi… tak kelihatan.”

“Ayah Cuba Selamatkan…” Murid Darjah 1 Lemas Selepas Dikejar Lembu “Ayah Cuba Selamatkan…” Murid Darjah 1 Lemas Selepas Dikejar Lembu

Ads

“Yang lain terselamat sebab ada yang berpaut pada dahan, kepala masih nampak masa ditarik,” kata Siti Maizatul Azla Musa, kerani yang bekerja dengan ibu mangsa.

Panggilan kecemasan dibuat. Pasukan bomba bergegas ke lokasi, menyelam dan mencari dalam sungai yang keruh itu. Di celah doa dan tangisan, akhirnya tubuh kecil Anaqi ditemui tidak bernyawa, hanya 0.5 meter dari tempat dia terjatuh.

Ads

Anak kedua daripada empat beradik ini dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat, meninggalkan keluarganya dalam pilu yang tak terungkap.

Sumber: Sinar Harian

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads