Figura bergelar ibu sememangnya sentiasa disanjung namun jasa seorang ayah tidak pernah dilupakan. Ayahlah lelaki pertama bagi anak perempuan kita, melindungi dan memberikan sepenuh kasih sayang. Begitu jugalah kepada anak lelaki kita.

Ayah sentiasa dipandang sebagai idola paling utama buat anak-anak. Apa yang dilakukan ayah akan jadi ikutan dan kesukaan anak-anak. Maka tunjukkanlah sebaik mungkin agar anak menjadi anak penuh adab dan bersopan santun.

Perkongsian Mohd Fhais, Parenting Influencer banyak benarnya dan inilah yang perlu dilakukan ibu bapa. Bercakaplah dengan baik dengan anak dan belajarlah untuk tunjukkan sifat terpuji pada anak. Barulah anak mampu mencontohi ayahnya kelak.

Ayah Jadi Cerminan & Idola Anak-Anak, Baik Yang Anak Lihat, Baiklah Dia Belajar!


Sebagai ayah, kita kena berhati hati bila di depan anak. Walau macam mana penat dan stress pun jangan sesekali,
– menengking
– mencarut
– cakap kasar
– marah orang
– mengutuk

IKLAN

Bila di depan anak anak, hati hati la kerana setiap gerak geri ayah sentiasa di perhati terutama sekali cara ayah berkomunikasi dengan ibu.

Ayah Jadi Cerminan & Idola Anak-Anak, Baik Yang Anak Lihat, Baiklah Dia Belajar!

Dari melihat ayah la anak belajar untuk,
– bercakap
– hormat ibu
– kenal perkataan baru
– budi bahasa
– sopan santun

Ayah merupakan Coach Bercakap paling penting dalam hidup anak. Orang melihat adab kita dari cara kita bercakap. Begitu juga adab seorang anak.
Mahu anak tinggi adabnya, kita dulu kena tunjukkan contoh teladan orang beradab.

IKLAN

Ayah Jadi Cerminan & Idola Anak-Anak, Baik Yang Anak Lihat, Baiklah Dia Belajar!

Adab bercakap dengan pasangan patut jadi keutamaan. Jangan tinggi suara atau kasar dengan pasangan kerana itu contoh tingkahlaku biadab!
Baik yang anak lihat, maka baik la yang anak belajar.

IKLAN

Wallahu A’lam.

Artikel berkaitan: Jika Mak Ayah Rasa Penat Sepanjang Anak Umur 0-3 Tahun, Tahniah Anda Buat Perkara Betul

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI