Menjadi seorang ayah bermakna ada tugasan yang berat perlu dipikul di bahu dan semestinya ia bukan tugas yang mudah.
Lakukan beberapa perkara ini untuk anak-anak sementara ia masih kecil supaya mereka menjadi insan yang berguna kelak. Ikuti perkongsian ini.
Ayah kena buat 5 perkara ni pada anak supaya tidak menyesal di kemudian hari
1. Involvement
Ayah kena libatkan diri menjaga anak walau sesibuk mana pun mencari nafkah. Tak susah libatkan diri menjaga anak ni. Boleh mulai dengan aktiviti :
– tidurkan anak
– buatkan susu anak
– cebok anak
– pakaikan pampers anak
– bermain dengan anak
– hantar anak ke sekolah
– cakna pendidikan anak
– belajar ilmu mendidik anak
2. Demonstrative
Ayah juga kena belajar untuk ‘set example’ terbaik pada anak dengan menunjukkan cara yang betul pada anak.
Ads
Caranya mudah sahaja, sesekali cuba buat perkara ini :
– cuci pinggan di depan anak
– cuci dapur di depan anak
– kemas rumah di depan anak
– bantu pasangan di depan anak
– hormati pasangan di depan anak
– bercakap lemah lembut pada pasangan di
depan anak anak
3. Visionary
Anak jadi hilang arah tuju bila ayah tak jadi Visionary. Itulah kenapa sesekali si ayah kena buat perkara ini :
– cerita tentang masa depan
– cerita tentang tujuan hidup
– cerita tentang erti kejayaan
– cerita tentang erti kebahagiaan
– cerita tentang hari akhirat
– cerita tentang strategi untuk berjaya di dunia dan selamat di akhirat
Ads
4. Coaching & Mentoring
Ayah bukan semata mata idola bagi seorang anak tetapi ayah juga berfungsi sebagai Coach & Mentor bagi anak.
Itulah kenapa seorang ayah kena :
– coaching ilmu agama anak anak
– coaching kawalan emosi anak
– coaching mindset kejayaan anak
– mentoring akademik anak anak
– mentoring soft skills anak anak
5. Emphatic
Ads
Setegas mana pun seorang ayah dalam mendidik, anak anak tetap perlukan seorang ayah yang Emphatic iaitu seorang ayah yang :
– pandai mendengar luahan hati anak
– tak gelojoh menghukum anak
– pandai baca ekspresi wajah anak
– cuba memahami isi hati anak
– pandai menghiburkan hati seorang anak
The quality of a father can be seen in the goals, dreams and aspiration he sets not only for himself but for his family
p/s : Beruntunglah jika para ayah semua ditag oleh isteri masing masing di post ini kerana ianya bermakna anda mempunyai seorang isteri yang sangat sayangkan anda dan sangat cintakan keluarganya
Ada ibu bapa semakin jarang memeluk anak apabila mereka memulakan zaman persekolahan. Tapi tahukah anda terdapat banyak manfaat pelukan buat anak dan juga ibu bapa itu sendiri?
Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.
Ketahui manfaat pelukan
Ingat lagi ketika anak masih kecil, betapa bahagianya rasa setiap kali memeluk si manja? Indah bukan momen itu.
Tetapi kenapa kini anda jarang memeluk mereka?
Sedangkan terdapat banyak faedah saintifik yang boleh terjadi hasil daripada pelukan hangat penuh kasih sayang itu, khususnya dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak.
Ayuh kita bongkar apakah kebaikan pelukan kepada anak.
1. Memeluk anak menjadikan mereka lebih pintar
Anak memerlukan banyak rangsangan deria semasa otak berkembang dan membesar.
Kajian melibatkan bayi di rumah anak yatim menunjukkan mereka mengalami kecacatan kognitif yang teruk.
Tetapi apabila mereka dipegang hanya selama 20 minit sehari untuk tempoh 10 minggu, mereka memperoleh markah lebih tinggi dalam penilaian perkembangan otak.
Bayi baru lahir meneroka dunia melalui sentuhan – sentuhan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit, yang penting untuk perkembangan.
Daripada 5 deria, sentuhan adalah yang pertama berkembang. Jadi manfaat pelukan (antara sentuhan yang sering diberikan), dapat memberikan rangsangan yang diperlukan otak untuk pertumbuhan dan perkembangan normal.
2. Memeluk anak dapat menyihatkan mereka
Anak bukan sekadar memerlukan nutrien mencukupi untuk tumbesaran, tetapi sentuhan fizikal juga adalah penting untuk pertumbuhan.
Tanpa sentuhan, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Namun sebaik sahaja sentuhan kasih sayang diberikan, proses tumbesaran anak yang tidak sihat boleh berubah kepada sihat dengan cepat – itulah antara manfaat pelukan.
Berdasarkan sains, pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin – hormon yang dikaitkan dengan rasa percaya, selamat dan kasih sayang. Apabila hormon itu dihasilkan, ia merangsang hormon pertumbuhan tertentu dalam tubuh.
3. Pelukan menghentikan tantrum
Memeluk anak bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal mereka, tetapi ia juga menyokong perkembangan emosi.
Tiada apa dapat menenangkan seorang kanak-kanak lebih cepat daripada pelukan hangat individu yang menyayangi mereka.
Selain itu, pelukan juga cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum.
Apabila anak kecil mengalami tantrum emosi, mereka melepaskannya sebagai tindak balas kepada sesuatu dalam persekitaran – mereka bukannya degil atau cuba merosakkan hari anda.
Mereka cuma hilang kawalan emosi dan tidak belajar bagaimana mengawalnya.
Manfaat pelukan dalam detik-detik ini akan menenangkan, mengajar mereka bahawa anda tetap ada bersama untuk menyokong semasa keadaan sukar dan membantu menghindari daripada berlakunya emotional breakdown.
4. Memeluk anak menjadikan mereka lebih tabah
Semasa dalam kesusahan dan tekanan, adrenalin dan kortisol dirembeskan ke dalam tubuh dan otak.
Oleh sebab anak tidak belajar cara mengawal emosi, tekanan berlarutan dalam tubuh boleh mencapai tahap toksik.
Jika ia berlaku, hormon tekanan ini boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak dari segi mental dan fizikal.
Ia juga boleh membawa kesan negatif semasa dewasa seperti peningkatan risiko penyakit fizikal serta kemurungan dan keadaan buruk yang lain.
Pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin, menurunkan tahap hormon tekanan, menahan kesan negatif ini dan membantu anak mengembangkan daya tahan.
5. Memeluk anak eratkan hubungan dengan ibu bapa
Semestinya pelukan akan mewujudkan ikatan lebih kuat antara anak dengan anda.
Pelukan akan meningkatkan kepercayaan, mengurangkan ketakutan dan mengeratkan hubungan – ia manfaat bersama. Memberi dan menerima kasih sayang fizikal ini baik untuk diri anda dan juga anak.
Ikatan ini perlu dipupuk sepanjang masa, walaupun ketika anak sudah membesar, keperluan untuk sentuhan kasih sayang ini tidak akan pernah terhapus.
6. Menguatkan harga diri
Manfaat pelukan kepada anak membantu meyakinkan bahawa diri mereka disayangi. Ia mengembangkan rasa keyakinan diri dan minda positif dalam diri anak.
Gabungan ini akan kekal bersama anak dari zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa peluk anak bagi meningkatkan keyakinan mereka.
7. Mengajar mengembangkan empati
Apabila anda peluk anak, wujud rasa kehadiran kalian berdua ketika itu – ia menghubungkan perasaan anda dan anak pada tahap emosi dan fisiologi.
Pelukan ini akan mengajar anak nilai empati – ia berlaku apabila mereka mengembangkan pemahaman tentang perasaan anda.
Pelukan itu juga mengajar anak bahawa rasa sayang adalah 2 hala dan dia boleh mempamerkan kasih sayangnya kepada individu lain.
Pendek kata, pelukan adalah pengajaran berkesan untuk menunjukkan anak erti mengasihi.
Memeluk anak dengan keinginan hati mereka
Walaupun individu yang ingin kita peluk adalah anak sendiri, tetapi sebaiknya pelukan tersebut haruslah kerana mereka ingin dipeluk – bukan atas rasa keterpaksaan.
Jika ia berlaku atas rasa terpaksa, manfaat pelukan yang dikongsikan di atas mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dekorasi bilik anak lelaki yang penting boleh guna sampai dewasa. Memiliki ruang peribadi yang selesa dan dihias menarik pastinya memberikan lebih inspirasi kepada sesiapa sahaja apatahlagi buat si anak kecil.
Berbanding anak perempuan, dekorasi untuk bilik anak lelaki sebenarnya lebih ringkas dan mudah. Namun, jangan ambil mudah dan ada beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi memudahkan proses dekorasi anak bujang masing-masing.
Berikut tip yang dikongsikan oleh Anis Syuhada. Moga idea yang diberikan oleh pereka dalaman ini mampu membantu ibu-ibu memilih dekorasi yang sesuai untuk anak lelaki masing-masing.
Lazimnya kita tahu anak lelaki lebih ringkas. Mereka ada satu benda yang disukai atau fokus untuk ruangan mereka.
Bila kata cat semua orang akan cat. Bila kata beli perabot semua akan tetap beli. Bezanya adalah atas pemilihan yang kita buat bila kita combine tema, warna, saiz, perabot maka akan terjadi hasil yang kita sudah gabungkan tadi.
Sebenarnya setiap darinya ada langkah yang kita perlu ikut iaitu:
1- Tentukan TEMA, pilih satu untuk jadikan karakter utama dalam bilik tersebut.
2- Tentukan SAIZ PERABOTyang diperlukan contoh single, super single atau twin sharing atau triplet mengikut keluasan bilik.
3- KEPERLUAN YANG PERLU ADA dalam bilik contohnya tempat belajar, ruang simpan mainan, ruang display koleksi, ruang solat, ruang bermain, ruang baju, ruang bersiap, ruang tuala dan gantungan.
4- LIGHTINGpastikan ada dua pencahayaan iaitu cozy effect warm lighting dan downlight cool white. Mungkin anak takut tidur bilik sendiri tapi bila kita wujudkan ruangan yang cozy dan warm, secara automatik anak-anak menerima baik dan mula berdikari di ruangan sendiri.
5- PEMILIHAN WARNA haruslah lembut dan tenang untuk impak yang lebih luas dan tenang. Hadkan penggunaan warna. Highlight pada aksesori sahaja contohnya gambar, quilt cover, carpet untuk menceriakan ruang. Boleh pilih warna cat base grey ( twilight @ edelweiss by Jotun).
Pendek kata less is more simple. Dekorasi bilik yang ringkas ini sampai bujang nanti pun masih boleh guna. Kegunaan untuk jangka masa panjang.
Anak lambat bercakap ketika usia semakin meningkat sememangnya boleh membuatkan ibu ayah rasa bimbang. Pada peringkat awal, mungkin ramai ibu bapa menganggap keadaan itu normal dan akan berubah sendiri apabila anak semakin besar. Tetapi jika usia anak sudah memasuki dua tahun dan perkembangan percakapannya masih perlahan, perkara ini tidak boleh dipandang ringan.
Semakin lewat masalah lambat bercakap dikesan, semakin lambat anak mendapat bantuan yang diperlukan.
Sebab itu ibu bapa digalakkan mendapatkan pemeriksaan awal daripada pakar kanak-kanak atau terapis pertuturan bagi mengenal pasti punca sebenar. Rawatan dan latihan yang betul mampu membantu merangsang perkembangan bahasa anak dengan lebih baik.
Dalam membantu anak lambat bercakap, sokongan ibu bapa memainkan peranan sangat penting.
Jika perkembangan pertuturan masih perlahan, jangan bertangguh untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada pakar. Intervensi awal sangat penting supaya anak mendapat bantuan yang sesuai mengikut keperluan mereka.
Dalam masa yang sama, selain usaha terapi dan latihan harian di rumah, ibu ayah juga boleh mengiringi ikhtiar dengan amalan doa. Doa menjadi salah satu bentuk usaha dan pengharapan kepada Allah agar dipermudahkan urusan anak untuk bercakap dengan lebih lancar.
Antara surah yang sering diamalkan ialah Surah An-Nisaa dan Surah At-Thaha. Kedua-dua surah ini boleh dibaca secara konsisten terutama selepas solat sebagai ikhtiar buat anak yang mengalami kelewatan pertuturan.
1) Jika anak anda masih lambat bercakap, boleh bacakan Surah An-Nisa’ ayat 164
Selain tu baca juga:
1) Surah al-Fatihah dan doa berikut pada madu,
2) Sapukan madu di bawah lidah anak yang lambat bercakap itu.
Selalu amalkan, Insya-Allah, anak tersebut dipermudahkan untuk bercakap dengan izinNya.
2) Penawar anak lambat bercakap Surah Taha Ayat 25-28
1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.
2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap-tiap kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, dan menguatkan daya ingatan.
3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri.
INSYAALLAH…
Ini juga salah satu ikhtiar bagi membantu pertuturan anak. Biar seiring dengan usaha dan doa. Barulah hasilnya juga positif.
Masalah lambat bercakap boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor.
Semua tanda ini penting untuk membantu mengenal pasti tahap perkembangan pertuturan mereka.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.