Kerusi keselamatan kanak-kanak diketahui cukup selamat untuk digunakan sepanjang berada di dalam kereta. Pun begitu usah dibiarkan bayi dan anak kita tidur terlalu dalam keadaan tidak selesa. Ada bahayanya yang mengundang.
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), tindakan tersebut jika dilakukan untuk tempoh yang lama merupakan amalan tidur yang tidak selamat. Mengapa?
Ketika bayi tidur dalam keadaan duduk, kepala mereka cenderung untuk jatuh ke depan. Keadaan ini boleh menyekat saluran udara dan menyebabkan mereka berhenti bernafas. Inilah yang membimbangkan.
Situasi berbahaya ini dikenali sebagai positional asphyxiation atau sesak nafas kedudukan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh The Journal of Pediatrics pada 2015, faktor ini dilihat menjadi penyebab 48% kematian di kerusi bayi melibatkan anak berusia sehingga 2 tahun.
Sebenarnya, bagi pemanduan tempoh yang singkat – dari titik A ke B – keselamatan anak yang tidur dalam kerusi bayi tidak mendatangkan sebarang masalah.
Pun begitu, anda tidak boleh membiarkan si manja terus tidur dalam kerusi bayi setibanya di destinasi. Terus angkat dan letakkan bayi di atas alas.
Ads
Tidur dalam kerusi bayi untuk tempoh yang terlalu lama
Dalam kebanyakan kes kematian melibatkan kerusi bayi, tempoh masa menjadi salah satu punca kepada penyebab kematian. Jangan biarkan dia tidur di dalam kerusi bayinya lebih dari 90 minit tanpa rehat.
Dianggarkan lebih 30% kematian terjadi menunjukkan bayi dibiarkan tidur dalam kerusi bayi untuk tempoh yang lama tanpa pengawasan yang boleh mengancam keselamatan anak.
Kerusi bayi sememangnya direka untuk memastikan tahap keselamatan si manja ketika berada di jalan raya dan membolehkan mereka tidur dengan selesa. Namun begitu, kerana posisi duduknya boleh mempengaruhi pernafasan.
Sentiasa periksa keadaan anak
Jangan hanya biarkan bayi terlena tetapi sentiasalah berhenti kereta dan pantau keadaan anak semasa anak sedang tidur.
* Pastikan bayi tidak tidur melebihi 90 minit.
Ads
* Walaupun anak rimas, sentiasa pastikan tali pinggang keselamatan dipasang sepenuhnya untuk memastikan tahap keselamatan anak.
* Sentiasa pastikan bayi tidak terlalu panas di tempat duduk keretanya. Mak ayah boleh memegang perutnya untuk melihat adakah anak terlalu panas atau terlalu sejuk.
* Pakaikan si manja pakaian yang bersesuaian dan elakkan daripada memakaikan pakaian yang terlalu besar atau tebal jika ingin meletakkan mereka dalam kerusi bayi.
* Sekiranya anda bakal menempuh perjalanan jauh, cuba untuk berhenti seketika agar bayi anda dapat dibawa keluar dari tempat duduknya sebentar.
* Dapatkan udara segar seketika. Jangan lupa untuk menukarkan lampinnya apabila mereka terjaga.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Hellodoktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa yang menerima cahaya mata pasti mempunyai perasaan teruja tambahan pula anak tidak mengalami sebarang masalah sejak lahir dan perkembanganya seiring dengan usia. Dengan kata mudah “Anak cepat belajar”.
Namun dalam tak sedar mungkin kita sudah mengheret anak dalam perlumbaan “anak siapa lebih pandai dan lebih cepat” dalam perkembangan hidup mereka. Menurut Parent Connect hal ini menjadi trend dalam kehidupan.
APA YANG KITA KEJAR?
Dari lahirnya seorang anak, ibubapa sudah mula berlumba-lumba sesama sendiri tanpa kita sedar. Kita mengheret sama bayi dan anak kecil yang tidak tahu apa-apa dalam perlumbaan yang kita cipta. Media sosial merancakkan lagi pertandingan antara ibubapa dan menyebabkan tekanan yang melampau ke atas anak-anak walaupun kita tidak mengakuinya.
Siapa menyusu badan, siapa menyusu botol? Siapa rajin menyediakan makanan ‘home-cooked’ untuk bayi? Bayi siapa yang tidur nyenyak sepanjang malam? Bayi siapa yang paling cepat merangkak? Bayi siapa yang paling cepat berjalan? Siapa yang paling banyak menyediakan aktiviti untuk anak-anak kecilnya? Anak siapa yang paling awal membaca? Anak siapa yang paling mahir matematik? Anak siapa yang paling cepat bercakap? Anak siapa yang sering mendapat no. 1 semasa tadika? Anak siapa yang paling berakhlak? Anak siapa menghafal Al Quran dari bayi? Keputusan peperiksaan anak siapa sentiasa cemerlang? Anak siapa yang berjaya memasuki sekolah berasrama? Anak siapa yang paling berbakat? Anak siapa mempunyai skil yang hebat? Anak siapa dapat memasuki universiti awam dan terkemuka?
Persaingan tidak putus-putus.
Setelah hampir 30 tahun mengkaji tentang kesan persaingan di kalangan pelajar, Alfie Kohn, seorang Pakar Pendidikan yang terkenal, merumuskan dalam buku “No Contest – The Case Against Competition” bahawa persaingan tidak semestinya menjadikan pelajar lebih cemerlang.
Apabila peperiksaan dijadikan kaedah penilaian dari peringkat tadika lagi, kanak-kanak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang akan kehilangan motivasi untuk belajar dari awal lagi. Kanak-kanak yang cemerlang pula akan sentiasa merasa tertekan untuk mengekalkan kecemerlangan dalam persaingan secara berterusan. Kanak-kanak kecil ini tidak mempunyai peluang untuk meneroka kelebihan dan keupayaan diri kerana mereka dihakimi terlalu awal dalam persaingan dan pertandingan yang tidak mereka pinta.
Dalam kajian-kajian yang dijalankan selama 60 tahun,
1) 65 kajian mendapati bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih bermakna dan efektif apabila mereka belajar melalui kolaborasi dan bukannya persaingan sesama sendiri.
2) 8 kajian mendapati bahawa persaingan menjadikan pembelajaran lebih efektif.
3) 36 kajian mendapati bahawa tiada perbezaan kepada keberkesanan pembelajaran antara persaingan dan kolaborasi.
Kajian juga mendapati bahawa bahagian otak yang mengawal ketakutan (fear) menjadi lebih aktif apabila kanak-kanak mengetahui bahawa tugasan yang diberikan kepada mereka adalah satu pertandingan sesama mereka.
Kanak-kanak tidak merasa selamat dan selesa dalam proses pembelajaran yang berteraskan persaingan sedangkan perasaan selamat dan selesa adalah elemen penting supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan efektif.
Kurangkan persaingan dan perbanyakkan kolaborasi sesama pelajar supaya mereka lebih berminat untuk menuntut ilmu.
Sumber;
Noor Afidah Abu Bakar
Hyde Park
Disember 2019 Parent Connect Consultancy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan juga juara Master Chef Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob berkongsi gambar anaknya sebelum dan selepas kurus di instagram.
Baru berumur 9 tahun tetapi anak keduanya, Fierudz Fazley berjaya menurunkan berat badan masuk hari ke 29 dalam cabaran keto diet.
Menurut perkongsian Fazley lagi, mereka sekeluarga sepakat untuk melakukan keto diet selama 40 hari. Memang nampak perubahan berat badan yang ketara pada mereka sekeluarga.
Gambar kanan Fierudz sebelum dan gambar kiri selepas. Nampak ketara perubahan berat badanya.
“Ramai juga tanya macam mana dengan Piyush (9 years old) dalam 40 days #Ketodiet Challenge ni. Tengoklah, @fierudzfazley saya dah jumpa leher anak saya yang hilang berbulan2 lamanya. Tersorok di bawah dagu dia rupa-rupanyanya 🤣🤣🤣 #Day29”
Bagi yang tertanya-tanya, apa benda keto diet ni? Menurut Healthline.com, diet ketogenik atau diet keto adalah diet yang memerlukan pengamal mengehadkan pengambilan karbohidrat dan mengantikannya dengan pengambilan protein dan lemak. Ini menurunkan kadar gula dalam darah dan insulin, dan mengalihkan metabolisme tubuh daripada karbohidrat ke lemak dan keto.
Manakala anak sulung Fazley pula berjaya kurangkan berat badan sebanyak 9 kilo. Bukan calang-calang terutama untuk kanak-kanak, pastinya memerlukan disiplin yang kuat.
“Ramai yang tanya saya, selain saya dan @azrene_ahmad yang kurus dalam keto 40 days challenge ni, siapa lagi yang kurus? Ni anak sulung saya, Payish @fariedzfazley hilang 6kg dah alhamdulilah! (he is 12 years old) We have 14 days to go! #keto. Well done baby dida! Im so proud of you!! ❤️❤️❤️ Nak tengok tak before dan after saya dan @azrene_ahmad pulak?”
Rata-rata wargaNet terkejut melihat perubahan berat badan anak-anak Fazley. Ramai yang tak sangka mereka mampu menurunkan berat badan diusia mereka. Malah ada yang meminta tip daripada Fazley bagaimana dia boleh melakukan Diet keto untuk keluarganya.
Apa pun syabas buat keluarga Fazley kerana mengutamakan kesihatan dan berusaha mendapatkan BMI yang normal dan sihat.
Membuat aktiviti-aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak, malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka. Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan?
Ada yang hanya bertahan beberapa minit sahaja dan selepas itu mereka mula bermain atau membuat perkara lain. Untuk ibu dan ayah yang mungkin ketandusan idea apakah aktiviti yang boleh lagi dilakukan dengan anak-anak, apa yang disarankan oleh Patologis Pertuturan dan Bahasa iaitu membuat aktiviti matching color batang aiskrim dapat membantu anak-anak untuk lebih fokus.
Buat mommy daddy yg ketandusan idea nak buat aktiviti apa dengan anak-anak, haaa meh try aktiviti ni!
Jom buat aktiviti – matching color batang aiskrim
Cara bermain :
1 . Mommy daddy tebuk lubang pada kotak tidak kisah secara menegak, melintang atau serong. Cara potongan yang berbeza ini membantu anak untuk mengawal tangan bagi memasukkan batang aiskrim nanti.
Beri satu persatu batang aiskrim kepada anak dan bantu sekiranya mereka tidak pandai untuk masukkan ke dalam lubang.
Boleh bermain secara bergilir-gilir dengan adik beradik atau dengan mommy daddy sendiri. (bantu dari segi kemahiran menunggu giliran)
Nampak mudah bukan? Tapi buat anak-anak yang susah untuk fokus, susah untuk mendengar arahan…aktiviti ini sangat mencabar.. kerana aktiviti ini memerlukan fokus dan juga kemahiran koordinasi mata dan tangan
* anak umur 1 tahun ke atas dah sesuai dah untuk buat aktiviti ni, cuma bantu mereka jika masih sukar dan tidak pandai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah yang menghidap kanser mata tahap empat telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam semalam.