
Bukan ibu sahaja yang memainkan peranan besar dalam perkembangan anak, malah kehadiran seorang ayah juga memberi impak yang sangat kuat terhadap tumbesaran mereka. Ramai tak sedar, ayah rajin layan anak bukan sekadar mencipta kenangan manis, tetapi turut membantu membentuk perkembangan minda, emosi dan keyakinan diri si kecil.
Apabila ayah meluangkan masa berkualiti, berbual, bermain dan terlibat secara aktif dalam pembelajaran anak, ia memberi rangsangan positif kepada perkembangan kognitif mereka. Anak-anak yang membesar dengan sokongan serta perhatian daripada figura bapa selalunya lebih mudah mengawal emosi, berani mencuba perkara baharu dan mempunyai self-esteem yang lebih baik.
Kajian juga menunjukkan penglibatan ayah dalam kehidupan harian anak boleh memberi kesan besar terhadap pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka. Sebab itu, peranan ayah bukan sekadar mencari nafkah, tetapi turut menjadi role model, pembimbing dan sumber kekuatan dalam hidup anak-anak.
Ini adalah perkara asas yang perlu dimiliki bapa. Anda harus tahu bila dan bagaimana menukar lampin bayi. Buang alasan tak tahu atau geli. Melalui cara ini anak jadi lebih mesra kerana ayah turut menguruskan hal anak.
Kesibukan bapa sepanjang hari dengan tuntutan tugas mungkin membuatkan masa dengan anak agak terhad pada waktu siang. Jadi apa kata anda boleh membantu isteri menguruskan anak seperti melayan anak bermain atau menidurkan anak.
Bukan itu sahaja, ayah juga boleh bergilir bangun pada waktu tengah malam untuk menukarkan lampin anak atau buatkan juga susu.
Waktu ini amat penting kerana melalui interaksi tersebut anak yang diperingkat bayi tahu dan belajar mengenali suara bapanya.
Pelukan ayah akan melahirkan satu emosi yang positif dalam diri anak.Inilah yang berlaku apabila anak berada dalam pelukan ibu. Sebagai contoh, apabila anak mengamuk,ayah perlu elak meninggikan suara tetapi guna kaedah pelukan untuk menenangkan anak.
Ini boleh jadi satu tugas yang paling menakutkan bagi bapa. Sudah tentu, apabila memberi bayi anda makan, ia memerlukan kesabaran dan toleransi pada kanak-kanak. Nak mudah bagi anak makan, ayah boleh melayan anak bermain sambil menyuap atau pun bercerita semasa makan.
Bermain dengan anak-anak boleh membantu membina ikatan kasih sayang antara ayah dan anak. Layanlah anak bermain dan jangan terlalu sibuk dengan urusan sendiri.
Percayalah cara ini membuatkan anak rasa seronok walaupun kadang-kadang ayah terpaksa jadi pelbagai watak.
Peranan ayah dalam memberi nasihat kepada anak sangat penting.Walaupun anak belum boleh bercakap, tapi apa yang ayah cakap anak boleh faham.
Anak-anak memang menjadikan ibu bapanya sebagai contoh. Jagalah tutur kata, tingkah laku di hadapan anak-anak kerana mereka membesar melalui didikan yang diperoleh.
Apa sahaja yang anak lakukan selagi tidak memberi kesan negatif seharusnya ayah menyokong. Tak salah jika anda menjadi bapa demokratik untuk anak. Jangan sesekali memaksa kerana tidak ada kekuatan yang lebih besar untuk anak-anak daripada sokongan bapanya.
Contoh jika anak minat dalam bahasa, boleh hantar anak ke kelas bahasa atau pun jika anak suka muzik apa salahnya hantar anak belajar kelas muzik untuk asah kemahiran.
Apabila rasa sakit seseorang akan lebih sensitif, begitu juga dengan anak-anak. Mereka akan lebih selesa jika ibu ayah sama-sama beri perhatian. Masa inilah anak nak manja lebih. Jangan biarkan ibu sahaja yang lakukan semua perkara.
Mulai hari ini, ayah kena manfaatkan masa dengan anak dan tak boleh nak serahkan sepenuhnya pada isteri. Sama-sama membantu untuk melahirkan anak yang bijak.