Menu ringkas tapi sedap sudah semestinya dicari oleh kita para ibu. Mana tidaknya dengan hanya bahan ringkas dan masa memasak yang mudah pastinya dapat jimatkan masa ibu.
Ayam panggang atau ayam bakar sememangnya disukai seisi keluarga. Bukan sahaja anak, mak ayah pun sama-sama gemarkannya. Nak cuba menu ringkas tapi ayam yang berjus? Jom cuba resipi superb perkongsian Munira Ali. Tak hairanlah dapat perkongsian sampai 11K. Memang sedap!
Ayam bakar air fryer. Sedap sampai menjilat jari..hihi.
Bahan-bahan:
Sos tiram 3 sudu
Sos cili 3 sudu
Bawang putih 4 ulas
Halia
Rempah kari 1 sudu
Madu 3 sudu
Minyak masak 2 sudu
Serbuk lada hitam setengah sudu
Kicap 2 sudu
Secukup rasa ½ sudu
Ads
Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
Masukkan secukup rasa. Lepas tu masukkan bahan-bahan lain di atas. Perap lagi lama lagi sedap.
Saya kelar-kelar sikit ayam tu.
Ads
180’c bakar 20 minit, lepas tu balikkan bakar 15 minit lagi. Lepas tu saya terbalikkan lagi bakar dalam 5 minit, ikut saiz besar ayam.
Air yang bawah tapis air fryer tu boleh siram atas ayam bila dah masak. Lagi nampak juice.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Herba dan rempah penambah perisa semula jadi untuk makanan bayi, mama boleh masukkan dalam masakan. Seperti yang kita ketahui, garam dan gula tidak disarankan untuk bayi di bawah 1 tahun.
Jadi bagaimana untuk menambahkan perisa dalam makanan anak? Idea ibu ini boleh anda gunakan. Puan Syida Dea Lurve’ A berkongsi 13 rempah dan herba yang digunakan dalam masakan anaknya.
Penambahan herba dan rempah menambah kesedapan masakan. Anak jarang sembelit. Mula gunakan dalam masakan anak semasa anak berusia 8 bulan.
Pati kurma digunakan untuk menambahkan rasa manis apabila anak berusia setahun ke atas. Manakala setelah anak 2 tahun barulah boleh diberikan garam.
Berikut ialah jenis-jenis rempah dan herba yang digunakan ibu ini dan kegunaannya.
Oregano ini sedap letak dalam aglio olio. Sesuai juga dimasukkan dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tapi jangan banyak.
Kalau nak bakar ayam, kentang, nak bagi warna merah-merah ala ayam goreng mamak, boleh gaul dengan parika ini. Rasa tak pedas langsung. Sedap pun sedap. Kalau anak sudah ‘lulus’ dengan capsicum baru boleh guna paprika.
Sesuai untuk membuat sos bolognese. Tabur mix herbs ini. Rasa dan baunya sangat sedap. Menyedapkan sup dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pun sedap. Wangi sahaja.
Sedap dan ada sikit rasa masin. Boleh menambah rasa dalam masakan. Kalau nak buat masak goreng-goreng kunyit, gaul lauk dengan bahan ini dan kunyit. Menyedapkan masakan dan bau yang menyelerakan. Boleh juga dimasukkan dalam masakan yang memerlukan bawang putih.
Tabur lepas pasta sudah siap ‘as garnish’. Boleh tabur atas telur, atas kentang putar, atas kuah-kuah pasta. Sedap dan wangi. Kalau jumpa yang segar lagi sedap tapi kalau tiada, yang ini pun sudah cukup baik.
Sesuai diletakkan dalam perapan atau apa-apa jenis masakan seperti sup, goreng-goreng sayur. Rasa sedap dan berangin.
Serbuk lada hitam ini bertindak sebagai immune booster. Kisar kering halus biji-biji ini. Setiap kali hendak digunakan, ambil hujung sudu masukkan. Letak dalam sup, marinate, goreng gorengan pun sedap. Letak sedikit sahaja, kalau terlalu banyak akan rasa pedas, anak tak suka.
Sesuai untuk masakan pastri. Rasanya semula jadi manis tapi tidaklah terlalu manis seperti gula. Boleh gaul dengan epal kemudian bakar, buat pie, tabur cinnamon dan tambah madu pun sedap. Boleh masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, atau pastri. Sedap. Sweet and savoury.
Kalau masak sayur goreng boleh tambah. Titiskan sedikitkan minyak bijan (sesame oil) ini. Baunya ala makanan cina. Masuk dalam bubur pun bau sedap. Boleh guna untuk perapan. Bau masakan akan jadi semerbak.
Madu ini boleh dibeli di kedai makanan sunnah. Sesuai untuk anak-anak yang berusia 1 tahun ke atas.
Fungsi rempah ratus ini seperti cinnamon powder.
Lebih tertumpu pada masakan Itali seperti pasta atau pizza. Lebih kurang mix herbs tapi herba lain. Sedap dan wangi.
Ini jintan. Penambah rasa dalam masakan yang banyak juga gunanya. Selalunya dimasukkan dalam masakan bersama bawang putih. Sedap.
Pemanis yang paling banyak kegunannya dalam masakan. Gunakan sedikit sahaja. Boleh masukkan dalam masakan tom yam untuk seimbangkan rasa masam manis dan pedas seperti kari. Boleh juga dimasukkan dalam masakan seperti pancake, muffin dan juga biskut. Banyak gunanya ketika bayi berumur bawah setahun. Selepas umur anak setahun, boleh guna madu untuk natural sweet.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dadih pencuci mulut paling mudah dan cepat disediakan. Hanya guna dua bahan utama iaitu susu dan agar-agar, pastinya dadih akan menjadi menu kesukaan anak-anak. Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, orang dewasa pun akan menggemarinya kerana rasanya yang mengamit kenangan masa kecil.
Teksturnya yang lembut dan mudah cair dalam mulut ini mungkin boleh dijadikan salah satu juadah berbuka puasa lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas.
Resepi yang dikongsikan oleh Afieyza Isahak ini hanya dengan menggunakan susu full cream. Confirm sedap!
Dadih Susu full cream
Sungguh, sangat-sangat sedap! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikkan dia itu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!
Okey, Cik Fieyza salin resepi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! Kredit resepi untuk Puan Niswah Hasina.
Bahan-bahan
1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2. Kemudian, masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa anda. Cukup sampai naik wap dan boleh tutup api.
3. Biarkan sejuk sedikit, kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
Pencuci mulut seperti agar-agar atau puding antara yang menjadi pilihan ramai. Ini kerana jika dimakan sejuk-sejuk ia menambahkan lagi nikmat kesedapannya. Antara salah satu pencuci mulut yang jadi pilihan adalah puding karamel.
Sebenarnya nak buat puding karamel ini sangat mudah. Tak perlu nak pukul atau blend terlalu lama kerana ia akan berbuih dan mungkin tak cantik teksturnya bila dah masak.
Bagi yang ingin cuba buat sendiri puding karamel ini dalam bekas kecil-kecil, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Norusmila Nordin. Yang penting tak hanyir!
Resepi Puding Karamel Mini
*Dapat dalam 20+ cup ye*
Bahan blend / kacau
– 6 biji telur
– 1 sudu tepung custard
– 1 tsp esen vanila
– 1 tin susu cair
– 1/3 tin susu pekat (nak manis boleh tambah)
– 1 tin air (sukatan tin susu)
Gula Hangus
– 20 sudu gula putih
– 3/4 cawan air
Cairkan gula hingga hangus, lagi gelap lagi cantik tapi jangan lama nanti pahit. Api kecil ye. Dah bertukar warna, masukkan air. Lepas tu letak pada setiap bekas tadi.
Satukan semua bahan basah. Terpulang, nak kacau dalam periuk atau blend ye. Kalau blend jangan lama nanti berbuih sangat.
Setelah dah selesai, tuangkan dalam bekas yang dah di isi gula hangus tadi, kukus 20 minit dan bolehlah disejukkan dalam peti ais.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.