Ayam Bakar Ala Thai Bakar Guna Air-Fryer Je, Mudah & Simple. Resipi Padu Khairulming

Share

Nampak gambar pun dah membangkitkan selera, belum lagi makan ayam ala thai panas-panas dan pandankan pula dengan sos thai ini. Memang confirm tak cukup sepinggan!

Kalau nak tahu cara penyediaanya boleh ikuti resipi di bawah. Selamat mencuba!

Ayam bakar ala-ala thai je ni saya bakar dalam air fryer je ikut resepi tokey sambal nyet tu😅😀

Resepi sambalnya:

6 tangkai cili padi
4 bijik bwng putih
Limau nipis 2 bijik
2 sudu mkn gula
2 sudu mkn Sos ikan
1 sudu mkn sos tiram
Daun ketumbar hiris

Tumbuk kesemua bahan, satukan ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Akhir sekali tambahkan daun ketumbar.

 

Perapan Ayam:

5 sudu sos tiram
sedikit garam
1 sudu kicap pekat
2 sudu kicap manis
1 sudu mkn gula
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk cili
Setengah sudu teh serbuk lada hitam

Perapkan kesemua bahan, masukkan ke dalam air fryer.

Kredit: zalipah moksin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN