Nampak gambar pun dah membangkitkan selera, belum lagi makan ayam ala thai panas-panas dan pandankan pula dengan sos thai ini. Memang confirm tak cukup sepinggan!
Kalau nak tahu cara penyediaanya boleh ikuti resipi di bawah. Selamat mencuba!
Ayam bakar ala-ala thai je ni saya bakar dalam air fryer je ikut resepi tokey sambal nyet tu😅😀
Ads
Resepi sambalnya:
6 tangkai cili padi
4 bijik bwng putih
Limau nipis 2 bijik
2 sudu mkn gula
2 sudu mkn Sos ikan
1 sudu mkn sos tiram
Daun ketumbar hiris
Tumbuk kesemua bahan, satukan ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Akhir sekali tambahkan daun ketumbar.
Ads
Perapan Ayam:
5 sudu sos tiram
sedikit garam
1 sudu kicap pekat
2 sudu kicap manis
1 sudu mkn gula
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk cili
Setengah sudu teh serbuk lada hitam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedap betul bila teringatkan keenakan Lotus Biscoff Cheesecake. Tapi harganya agak mahal jika beli di kedai. Bagi yang pertama kali ingin mencuba keenakan Lotus Biscoff Cheesecake, anda boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Jiha Jihah.
Sekarang orang semua pakat buat Lotus Biscoff Cheesecake. Kita pun nak try lah buat, senang je rupanya. Takperlu bakar langsung. Sedap sangat rasa dia.
Cara-cara -Base Cake
1. Hancurkan lotus biscoff biscuit sampai jadi crumble.
2. Cairkan butter atas dapur, masukkan lotus biscuit yang dah dihancurkan.
3. Gaul rata dan masukkan dalam loyang dan tekan-tekan untuk jadikan base.
-Bahagian tengah-tengah (cheese)
4. Mix cream cheese + essence vanilla + 2 sudu besar lotus biscoff spread sampai sebati.
5. Bekas lain, mix whipping cream + 2 sudu besar gula icing sampai kembang.
6. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream tadi.
7. Tuang adunan tu atas base.
-Topping
8. Untuk topping, cairkan lebihan lotus biscoff spread tadi tu atas dapur. Dan tuang atas kek.
9. Sejukkan kek dan siappp untuk dimakan esok.
Senanggggggg kan? Jiha buat dalam bekas kecik-kecik, 1 adunan ni dapat 6 bekas.
Btwwww, jiha baru start jual lotus biscoff biscuit tu, kalau nak buat kek ni, boleh lah beli, tapiiiiii makan biscuit ni macam biasa pun dah sedap sangat tauuu. Ngap ngap tiba2 dah habis.
Nak order boleh beli dekat shopee jiha, free shipping. Click – https://shopee.com.my/rarekabus/3151745628/ *spread dia insyaAllah coming soon ada stock, korang beli biscuit dulu before sold. Seriusly susah nak cari bahan ni.
Korang pernah tak makan yogurt icecream llaollao, haaaaaaa ni lah lotus bisscoff sauce yang paling sedap tu.
Berilah pelbagai resipi yang sedap dan menarik pun, kuih tradisional tetap menjadi kesukaan. Sesekali nak cuba resipi kuih moden ok je tapi orang kata kuih tradisional auranya lain macam sikit.
Bagi anda yang gemar makan burger Malaysia, kali ini resipi dari Cikgu Azlina Ina wajib cuba. Teksturnya yang gebu dan sambal yang power memang ngam. Di tambah pula dengan bilis goreng ranggup, memang tak pandang kiri kanan dah bila makannya.
Berikut adalah perkongsiannya:
Resepi ni tak ada sembunyikan satu bahan pun. Buat sampai jadi ye. Salah satu yang buatkan Burger Malaysia Kayangan sedap adalah sambal! Ye sambal mesti kena power. Mak masak 3-4 jam biasa sambal tu baru betul-betul sedap.
Burger Malaysia Kayangan Viral
Bahan-bahan (Sambal)
– 10 ulas bawang merah +2 labu bawang besar belah 4
– 1/2 genggam bilis halus
– 4 ulas bawang putih (dikisar bwang merah dan putih serta bilis td ketepikan)20-30 tangkai cili kering rendam air panas tos dan kisar dgn sedikit air masak dan minyak( bg biji lada hancur)
– sedikit gula melaka
– sedikit asam jawa
– garam, gula dan perisa
– Minyak masak
Cara-cara:
* Untuk sambal, masukkan minyak masak ke dalam kuali. Lebih pun tak apa. Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.
* Masukkan cili kisar dan kacau sekata dan terus masukkan gula biasa sedikit ikut kemanisan yang anda nak. Tambah 1 gula melaka seketul dalam 200g gula melaka tu. Masak api perlahan lagi lama lagi sedap kalau mak ina memang akan lebih dari 2 jam ya dah garing plus air lagi sikit-sikit sampai sambal bertukar meroon dan minyak naik atas sambal memang baru kaw sedap. Last baru masuk garam dan perisa serta sedikit air asam jawa lebih kurang 1 sudu besar. Kalau masak sambal lama dia akan lebih tahan lama untuk niaga bagus masak lama sikit sambal tu ok sambal ni mak masak 3 jam. Tambah air banyak kali sampai pekat dan sebati betul. Jadi tak sakit perut makan pun, sedap cili tak mentah. Boleh simpan suhu luar 7-8 hari tak basi tak rosak
Doh Burger Malaysia Kayangan
BAHAN A
– Tepung High Protein – 1kg
– Garam sedikit.
– Gula – 150gm
– Susu Tepung – 40gm
– Yis – 10gm
– Bread Improver – 5gm
BAHAN B
– Air Sejuk – 550gm
– Telur – 1biji
BAHAN C
– Marjerin – 100gm
– Masukkan semua bahan A. Pukul speed 1. Kemudian masukkan bahan B perlahan-lahan. Pukul speed 1 bagi bahan-bahan semua bercampur. Ubah speed 2. Bila doh dah betul-betul sebati. Masukkan bahan C. Pukul sampai elastik.
– Rounding kan 35g tapi boleh je ikut berat sendiri-sendiri la ye. Kalau berat ni 1 kg dapat 50 biji
– Lepas tu tabur sikit-sikit tepung kat tray, tutup dengan wrap biar 30 minit.
– Goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana ya. Dah goreng kena tos betul-betul.
Tip lagi satu nak burger tu nampak cantik warna sekata, masa panaskan minyak masukkan 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas tu biar larut baru goreng burger tu ya.
– Masa nak isi burger ni pastikan sambal tadi ambil jangan bahagian minyak. Kalau mak, mak akan cedok sambal yang minyak ketepikan dulu. Kalau tak dia meresap dalam burger tu jadi berminyak tak sedap nanti.
– Mak halalkan ilmu ini, buat la ya. Jual tambah duit poket tau.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anda buntu tak tahu nak masak apa untuk jamuan atau open house, apa kata masak mi goreng? Tapi version ‘meriah’. Hari ini Pa&Ma akan kongsikan satu resipi mi goreng yang sedap, banyak lauk dalamnya dan semestinya mudah! Versi ini boleh jamu sampai 60 orang makan tau.
Resipi ini dikongsikan oleh saudari Nur Ismail. Yang bagus dan baiknya saudari Nur Ismail ni, cukup lengkap dan terperinci resipi yang dikongsikan olehnya. Tiap bahan teliti dengan jumlah. Faham je, sebab kadang-kadang kita nak masak dalam jumlah yang banyak tapi tak tahu nak agak-agak jumlah bahan yang perlu digunakan.
Bahan-bahan:
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!