Ayam goreng antara menu favourite anak-anak. Bukan anak je suka, orang dewasa pun menggemarinya. Jika nak beli dengan restoran makanan segera bajet agak besar juga. Tambah pula jika ada anak ramai.

Bagi ibu yang nak buat sendiri ayam goreng KFC dan nak dapat keruping-keruping yang ranggup tu, mesti buat teknik yang diajarkan ini. Silap teknik, tak dapat ayam ala KFC tu. Jika buat satu-satu langkah tu, mesti lepas ni tak perlu dah beli. Silap-silap haribulan boleh buat jual pulak.

Resepi lengkap yang dikongsikan oleh Suhasnida Ismail ini sangat terbaik!

RESEPI AYAM GORENG ALA KFC GUNA 3 BAHAN

Ayam Goreng Ala KFC Guna 3 Bahan. Nak Dapat Keruping Ranggup, Buat Teknik Ni!

Sejak lockdown ni kita buat menu layan tekak anak-anak, berkelah depan rumah. Ayam goreng ni kegemaran anak-anak, nak cepat memang pakai bestari jela. Ni kaksue share sapa teringin nak buat ayam goreng Ala KFC ni boleh la cuba resepi mudah ni

Bahan-bahan:

(Tepung kering)
250gm tepung bestari spicy
750gm tepung roti/high protein
Sedikit garam/serbuk perasa

IKLAN

(Tepung basah (perapan)
Tepung bestari
Air
Ayam
Bancuh pekat dan perap sejam

Ayam Goreng Ala KFC Guna 3 Bahan. Nak Dapat Keruping Ranggup, Buat Teknik Ni!

Cara penyediaan:

1. Bancuh tepung dan ayak
2. Bancuh tepung perapan tu bagi pekat.agak agak la ye.perap ayam tu sejam
3. Panaskan minyak,suhu minyak goreng ayam lebih 150 celcius
3. Sediakan bekas air biasa dalam besen untuk celup

IKLAN

Ayam Goreng Ala KFC Guna 3 Bahan. Nak Dapat Keruping Ranggup, Buat Teknik Ni!4. Ambil ayam golek-golekkan dalam tepung kering pastu celup dalam air biasa, toskan kejap dan masuk semula ke dalam tepung kering. Buat 2 atau 3x

Ayam Goreng Ala KFC Guna 3 Bahan. Nak Dapat Keruping Ranggup, Buat Teknik Ni!5. Salutan ketiga tu kirai ayam tu supaya jadi krispy, kemudian terus masuk dalam minyak panas. Goreng sampai masak lebih kurang 15minit. Depend juga saiz ayam yang korang guna.

Selamat Mencuba!

Kredit: Suhasnida Ismail

IKLAN

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ayam Goreng Ala KFC Guna 3 Bahan. Nak Dapat Keruping Ranggup, Buat Teknik Ni!

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI