Tak sah raya tanpa membuat dan menyajikan biskut Cornflakes Madu yang menjadi kesukaan anak-anak.
Belum tiba hari raya lagi, biskut yang satu ini sudah separuh balang. Begitu hebatnya penangan Cornflakes Madu.
Tercari-cari resipi yang mudah? Resipi perkongsian saudara Muhammad Ali ini anda wajib cuba. Resipi air tangan mak yang paling mudah. Jom cuba!
Resepi Cornflakes Madu. Resepi legend dari mak saya ♥️. Jangan lupa belanja love untuk mak saya tau. Doakan mak & ayah saya sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin. Sangat senang, sangat mudah. Jom kita start!
Bahan-Bahan: (1 adunan dapat dalam 100+ mini paper cups)
3/4 cawan madu
3/4 cawan planta (nak pakai butter pun boleh)
2 sudu makan gula
300 gram cornflakes
1 cawan kacang tanah yang DIBAKAR
1 cawan bijan
1. Cairkan 3/4 cawan planta, api perlahan sahaja.
Ads
2. Bila dah cair masukkan 3/4 cawan madu. Kacau sebati.
3. Dah sebati masukkan 2 sudu makan gula. Biarkan mendidih dalam 10-15 saat. Then off api. Jangan lama sangat bagi mendidih nanti dia rasa pahit.
4. Dah off api biarkan suam dalam 15-20 minit baru tuang ke atas cornflakes.
5. Bakar pada suhu 180 selama 10 minit. Ataupun ikut suhu oven masing-masing sebab lain oven lain suhu yang sesuai. Kenali suhu oven masing-masing okay.
Ads
Tujuan bakar ni sebab nk masak bijan & kacang tadi dan juga nak bagi cornflakes tu melekat, tak senang terburai .
Kalau dah bakar 10 minit, bila buka cup tu dia masih terburai, bakar lagi selama 10 minit.
Sementara anak-anak masih belum sekolah, mama dah jenuh fikir menu. Bukan apa anak-anak celik mata mesti minta nak makan. Kalau asyik beli je terasa jugalah.
Mana yang ada masa untuk masak, sebaiknya masak je sendiri di rumah. Jimat pun jimat dan yang penting kebersihan makanan tu mama tahu sebelum nak berikan ahli keluarga makan.
Ok untuk mama yang sesekali buntu nak buat apa lagi hidangan untuk anak, boleh cuba buat Kek Butter Choc Rice.
Resipi dari Himawari Chan ini sangat mudah dan tak perlukan langkah demi langkah yang susah. Apa yang penting, kek ini confirm jadi dan anak mesti berebut makan. Boleh lah buat minum petang atau kudapan sambil tengok TV.
Para ibu baru lepas bersalin selalu risau akan sajian yang harus diambil. Bimbang akan mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi. Benar, penjaagan dalam pantang sangat penting untuk luaran dan dalaman badan. Lauk pantang haruslah memberi banyak khasiat kepada tubuh badan supaya ibu dapat pulih dengan baik. Contoh bahan yang sangat berkhasiat untuk ibu berpantang ialah halia.
Dalam menu masakan berpantang, lebih baik tambahkan halia dalam setiap masakan. Halia bersifat panas dan kering yang sangat sesuai untuk ibu berpantang. Para ibu berpantang digalakkan mengambil halia dengan banyak untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman. Seperti resepi ayam masak halia, sangat bagus untuk ibu berpantang. Boleh hirup kuahnya dan membuat badan berasa ringan dan segar.
Jom lihat resepi ayam masak halia yang dikongsikan. Resepi ini dikongsikan oleh Nurhaslin Ealin di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI AYAM MASAK HALIA
Hari tu ada belajar dari group ni ayam masak halia. Terima kasih kepada puan yang berkongsi resepi ini. Resipi asal menggunakan dada ayam dan daun bawang, tapi saya gantikan dengan bahagian ayam yang lain dan tambah sayur. Alhamdulillah menjadi.
Bahan- bahan: – 2 ulas bawang putih besar – Sedikit bawang holland – Sedikit bawang besar – Halia dipotong halus – 3-4 cili kering dibasuh bersih dan dipotong dua – Sedikit cendawan tiram dan sawi
Cara- cara: 1. Tumiskan bawang putih sehingga warna keemas an. 2. Masukkan bawang, halia dan cili kering. 3. Masukkan ayam dan tambahkan air. 4. Masukkan serbuk lada hitam. 5. Tambah air jika tidak mencukupi dan pastikan ayam masak dengan sempurna. 6. Masukkan sos tiram. 7. Masukkan garam secukupnya. 8. Masukkan air bancuhan tepung jagung. 9. Masukkan sayur- sayuran. 10. Biarkan lauk masak dengan sempurna dan angkat bila dah siap.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Para ibu berpantang bolehlah cuba lauk ayam masak halia ni. Mesti tak jemu makan lauk yang sama atau berulang je. Sekali-sekala, makan lauk pantang yang sedap dan lain daripada lain. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Setiap hari menyediakan menu untuk anak kecil kita pastinya terasa buntu. Variasikan menu pilihan yang disediakan kali ini untuk anak-anak kita. Misi ibu pastinya untuk mengenyangkan anak sekaligus menaikkan berat badan si comel.
Apa kata cuba variasi resipi di bawah untuk selera berbeza anak kita. Olah dan jadikan lebih menarik supaya dapat menarik perhatian si kecil kita. Jom cuba.
BUBUR JAGUNG PULUT
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
100gm isi jagung manis
100gm isi jagung pulut
150ml santan
Air untuk mereneh secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
3. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati.
4. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.
Info: Rasa lemak santan dan manis jagung dapat memecah selera anak-anak untuk makan lebih daripada biasa. Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.
BUBUR AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
5 biji bebola ayam cendawan |dipotong kiub kecil
100gm brokoli |dipotong kecil
2 ulas bawang putih |dicincang
Air untuk mereneh secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
3. Masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
Info: Untuk rasa yang lebih asli, gunakan isi ayam yang dipotong kecil untuk menggantikan bebola ayam cendawan.
BUBUR GANDUM SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
200gm gandum
1 biji bawang merah |dicincang halus
1 ulas bawang putih |dicincang halus
50gm lobak merah |dihiris memanjang
2 helai daun bawang |dihiris
1 sudu makan sos tiram
300ml air
Stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
5. Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.
Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.
Menu Anak 9 Hingga 12 Bulan
SUP AYAM DAN NASI PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gram isi ayam |potong dadu
Lobak merah |potong bulat
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
1 cawan air
1 mangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.
2. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar.
3. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
4. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
5. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.
SECRET FRENCH BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti french baguette
3 biji telur
4 biji bawang putih |di cincang halus
1 sudu makan mayones
Sedikit mentega
Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus
CARA MEMASAK:
1. Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
2. Ratakan sekeliling roti dengan mentega. Bakar selama 20 minit hingga garing.
3. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang, mayones. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
5. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.
Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.
STIK KEJU
BAHAN-BAHAN:
Pastri segera
3 sudu keju parmesan
3 sudu keju cheddar
Sebiji telur-dipukul
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Sapukan mentega di sekeliling pastri segera.
2. Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri tadi.
3. Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
4. Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
5. Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
6. Taburkan juga lebihan keju.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.
Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.
LEMPENG MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250ml air
Sedikit minyak zaitun
Madu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
2. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
4. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
5. Apabila masak angkat dan hidangkan bersama madu (jika perlu) di atasnya.
Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak minta sesuatu, tak semua permintaan boleh ditunaikan, walaupun nampak kecil atau tak berbahaya. Sebab setiap kali kita izinkan sesuatu yang di luar batas mereka, ia boleh jadi kebiasaan yang sukar dikawal di masa depan.